Thursday, 29 January 2015

Bicester Village

Sambung cerita ex-classmate yang datang holiday kat SINI. Balik dari Old Trafford bawa wife Nazri, Zaza shopping di Portmeirion Factory Outlet, Stoke-on-Trent pula. Zaza ni keje stewardess MAS. Dah 15 tahun keje dengan MAS, memang selalu travel ke oversea. Dia memang tahu Portmeirion ni brand pinggan-mangkuk yang mahal kat Malaysia. So bila tengok harga kat outlet yang jauh lebih murah, memang buat dia geram lah. Penuh satu trolley dia memborong. Kebetulan pulak masa tu hari-hari terakhir winter sale di Portmeirion. Masih banyak items dengan sticker merah. Saya kalu pergi portmeirion memang ambik yang sticker merah ni jer...discount up to 70%! Memang murah giler...

Next day (Sabtu 24/1/2015) on the way nak hantar diorang ke Heathrow Airport, kami singgah di Bicester Village. Bicester Village yang terletak di Oxford ni tempat shopping brand2 yang high-end macam Prada, Dior, Gucci, Bally, Armani, Burberry, Fendi, Jimmy Choo dan banyak lagi lah..... Selama dok kat UK ni, baru kali kedua datang sini walaupun ni la outlet yang paling dekat dengan rumah. Tak rasa nak pergi sangat sebab kalau datang sini cuma mampu tengok jer tak mampu nak beli haha....Lagi suka pergi ke cawangan2 McArthur Glen Designer Outlets, brand yang biasa2 untuk orang kebanyakan macam kitorang ni..Tapi orang Malaysia yang datang bercuti memang suka datang  ke BV ni, mungkin sebab tak berapa jauh (1 jam) dari London. Dan yang mampu datang holiday ke London tu dah sah2 la yang poket tebal2 belaka...kami ni student jer kat sini huhu....

Kalau dari London ada bus atau boleh juga naik train dan berhenti di Bicester North Station. Untuk yang datang dengan kereta, ada banyak parking space kat sini - parking percuma jer (SatNav OX26 6WD). Tapi kalau datang time Boxing Day, mungkin cepatlah penuh agaknya...

Pagi lagi, tapi dah ramai orang...



Sebenarnya bukan nak citer pasal shopping kat Bicester Village, tapi kemudahan untuk sembahyang yang ada kat sini. Dalam banyak-banyak designers outlet yang pernah dilawati, kat sini jer yang saya jumpa ada tempat solat.

Bilik solat ni dinamakan 'Contemplation Room', macam multifaith prayer room juga..tapi rasanya majoriti yang masuk sini Muslim. Bilik solat ni terletak di bahagian penghujung BV, antara butik Prada dan Dior. Kat dalam ni ada tempat solat lelaki dan perempuan yang berasingan. Ada sejadah dan Al-Quran juga kat  situ...Owh Bible dan buku agama lain pun ada, dah namanya bilik sembahyang berbagai agama kan..

Bilik solat yang putih tu...antara butik Prada & Dior. Masuk melalui sliding door tu, ada tempat solat lelaki dan perempuan bersebelahan.

Di luar, bersebelahan dengan bilik solat ni ada tandas dan baby changing room. Untuk berwuduk, boleh masuk kat dalam baby changing room ni, memang ada disediakan tempat untuk berwuduk.

 Tempat ambil wudu'

'WuduMate' namanya...

Tak banyak sangat gambar nak share sebab masa tu tak terfikir pun nak tulis pasal ni. Tapi mungkin entry ni dapat membantu kawan-kawan yang nak ke sana dan tercari-cari tempat nak solat. Terutamanya kalau datang shopping masa winter ni, waktu solat zohor dan asar cepat habis. Pukul 4.40pm dah masuk maghrib jadi eloklah diselesaikan solat Zohor/Asar dulu sebelum sambung shopping....:)

4 comments:

  1. Ini pun dh bnyk mbantu kak... Terutama tmpt solat tu...InsyaAllah sy akan kesana Oktober nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat jadi sedikit panduan. Seri hate nak datang ke sini untuk bercuti ke?

      Delete
  2. in Syaa Allah klu xde pape...sy akan ke sana April 2017...dpt d jadikan panduan utk sy da rakan2 nnt..tq sis

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah info yg berguna, In shaa Allah je sana Jan 2017. Tengah usha2 info ni

    ReplyDelete