Saturday 4 January 2014

Winter Holidays Part 2 - Glencoe, Scotland

Dari Lake District, kami tiba di Glasgow selepas melalui perjalanan selama hampir 2 jam setengah. Alhamdulillah perjalanan kami lancar tanpa sebarang masalah walaupun kadang-kala agak kecut perut kerana terasa kereta 'lari' akibat tiupan angin yang kuat. Tak putus-putus berdoa di dalam hati semoga perjalanan kami dipermudahkan. Sebelum tu memang dah tengok weather forecast dan dah dimaklumkan angin agak kuat di belah Scotland.

Di Glasgow kami bermalam di rumah office-mate hubby yang belajar di University of Glasgow. Ketibaan kami disambut oleh beliau dan isteri, Kak Ina serta dua anak perempuan dan seorang anak lelaki mereka. Ibarat langkah kanan, kami dijamu makan malam dengan nasi berlaukkan sup kambing dan ayam goreng. Time cuaca sejuk2 ni dapat pekena sup panas memang marvelous!...Sudah lama mereka mengajak kami ke teratak mereka, akhirnya sampai juga kami ke sana.

Berbeza dengan kebanyakan rumah student di England, student di Glasgow ini kebanyakannya menyewa di apartment. Rumah Kak Ina adalah di ground floor, dan mempunyai dua bilik tidur, serta dua bilik air. Menurut Kak Ina, di Glasgow bilangan pelajar Malaysia agak ramai...jauh berbeza dengan pelajar Malaysia di Warwick University....di apartment ini sahaja terdapat hampir 10 keluarga rakyat Malaysia yang tinggal. Oleh kerana Glasgow terletak lebih ke utara, cuaca di sini lebih sejuk tapi di kawasan sekitar bandar Glasgow tidak bersalji waktu kami tiba.

Pagi 24 Dis 2013, selepas bersarapan nasi kerabu special; lengkap dengan daging bakar, solok lada, keropok, ayam goreng dll...kami bersiap untuk keluar berjalan. Abg. Rasif dan Kak Ina membawa kami ke Glencoe, kawasan pergunungan yang terkenal dengan aktiviti ski di Scotland (Glens= a narrow and deep mountain valley).

Sekali lagi, sepanjang perjalanan kami diiringi oleh cuaca mendung dan titisan hujan. Kata Kak Ina, cuaca di Glasgow ni memang selalunya gloomy pun...Mr. Hubby memandu dengan berhati-hati sambil menuruti kereta Abg. Rasif di hadapan. Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan pemandangan semulajadi yang mempesonakan, terutamanya apabila tiba di kawasan Loch Lomond (Loch = tasik). Bayangkan suasana tasik dengan banjaran gunung di belakangnya, sebijik macam gambar-gambar pemandangan yang selalu dilihat di majalah atau di lukisan kanvas. Dari jauh juga kelihatan tompokan-tompokan salji yang memutih di puncak bukit dan gunung....Subhanallah!






Semakin tinggi kami mendaki dengan laluan yang agak bengkang-bengkok, kelihatan salji mula memutih. Makin hampir ke Glencoe, salji di permukaan jalan semakin tebal. Kelihatan juga beberapa kereta yang terbabas dan terkandas di pinggir jalanraya akibat salji yang agak tebal. Setibanya di Glencoe, kami keluar sebentar kerana anak-anak excited untuk bermain salji. Tetapi oleh kerana cuaca yang amat sejuk, ditambah dengan angin yang agak kencang...titisan salji yang turun terasa kasar hingga memedihkan muka. Mereka main sekejap aje...dah surrender nak masuk balik dalam kereta.








Bersama family Kak Ina

24 Disember sebenarnya hari ulangtahun perkahwinan saya dan Mr. Hubby yang ke-12. Alhamdulillah, tak sangka anniversary kali ni disambut bersama anak-anak tersayang di atas kawasan tanah tinggi Scotland yang cantik berlatar-belakangkan salji yang memutih!Syukur Ya Allah....


Hajat untuk meneruskan perjalanan lebih ke utara terpaksa dibatalkan. Perjalanan 2 jam lagi ke utara akan menemukan kami dengan Loch Ness. Tetapi oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kami buat keputusan untuk terus pulang. Semasa cuba membuat U-turn untuk perjalanan pulang, kereta kami pula tersangkut di dalam salji tebal tu...tak dapat bergerak. Syukurlah kami datang dengan keluarga Abg. Rasif. Jadi dia dan Mr. Hubby lah yang berusaha mengeluarkan kereta yang tersekat....






Gambar pemandangan sepanjang perjalanan pulang...

5 comments:

  1. Replies
    1. Memang cantik sesangat. Cepat beli tiket datang sini!kata member kalau time summer lagi cantik sebab nampak pokok warna-warni...

      Delete
  2. Assalamualaikum Sis,
    InsyaAllah sy & keluarga akan ke Glasgow November 2015 ni. Bole sy tahu tips memandu utk sampai ke Glencoe puncak. Sbb tgk road agak bahaya. liana_mas56@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Bestnya. Mesti tak sabar nak tunggu bulan Nov. Saya yang dah pergi ni pun terasa nak pergi lagi. Maaflah, tak dapat nak bagi apa-apa tips. Kami memandu seperti biasa, tak ada buat apa2 special preparation. Cuma tak boleh memandu laju kerana keadaan jalan yang agak licin. Kalau ada salji, akan ada salt truck yang tabur garam atas jalanraya untuk untuk cairkan ais/salji.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete