Wednesday 29 January 2014

Websites Pendidikan Anak-anak

Baru-baru ini sekolah jemput parents ke ICT parents' workshop. Semasa workshop ni, pihak sekolah berkongsi maklumat tentang cara untuk memastikan keselamatan anak-anak semasa melayari internet dan juga cara-cara untuk mengelakkan mereka pergi ke websites yang tak sepatutnya untuk kanak-kanak. Perkara ini penting sebab anak-anak pada hari ini didedahkan tentang penggunaan internet sejak kecil lagi.

Antara yang disampaikan, parents perlu meletakkan garispanduan tentang penggunaan internet oleh anak-anak seperti:

  • Parent perlu tahu laman web yang sering dilawati oleh anak-anak dan dengan siapa mereka berinteraksi secara online.
  • Perlu ada persetujuan antara parent dan anak-anak tentang masa yang mereka boleh gunakan untuk online.
  • Ingatkan anak-anak bahawa apa sahaja yang mereka letakkan secara online boleh dilihat di seluruh dunia.
  • Ajar anak-anak supaya tahu bagaimana untuk meletakkan setting 'privacy' dan how to 'block people' - ini untuk mengelakkan 'cyber bullying'
Selain pada tu, mereka juga berkongsi tentang websites interaktif yang bagus untuk pendidikan anak-anak. Kat sekolah pun diorang guna website ni untuk bantuan pembelajaran. Sekolah kat sini memang guna Macbook dalam kelas...tu salah satu yang buat budak2 suka pegi sekolah!..Ni websites yang cikgu bagi:



Website ni sangat best - dapat award winning free website. Kena register dulu ('Join us'). Boleh pilih untuk 'Reading' atau 'Maths'. Kat sini ada 250 ebooks yang boleh dibaca secara percuma. Lagi best sebab tablet-friendly, so lagi senang anak-anak nak baca. Antara yang ada adalah buku-buku dalam siri 'Read with Biff, Chip and Kipper' dari Oxford Reading Tree. Waktu Danish mula-mula belajar membaca, buku-buku inilah yang dibekalkan oleh teacher setiap hari dari sekolah. Kebanyakan sekolah kat UK gunakan buku-buku ini untuk belajar membaca. Kat sini memang amat menggalakkan kanak-kanak membaca sebab tu bermula dari Reception lagi (4 tahun +) murid-murid kena bawa balik buku untuk dibaca di rumah dan ibu bapa perlu tanda tangan dalam 'Reading Diary'. Sebelum pandai membaca, buku-buku yang dibawa balik adalah buku-buku bergambar. Anak-anak diminta bercerita dengan ibubapa tentang gambar di setiap pages. 


Honestly, yang ni jarang guna...hehehe..so tak boleh bagi review. Cuma nampak website ni lebih kepada 'play'...ada yang free dan ada yang kena subscribe.



Ini mungkin lebih ikut education system kat UK. Sebab aktiviti disusun mengikut Key Stage 1 (KS1 - Year 1 & 2), KS2 dan seterusnya. Untuk key stage 2 ada subjects English, Maths dan Science. Boleh bantu mereka ulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih menarik.

Semoga bermanfaat!


No comments:

Post a Comment