Monday 13 January 2014

Boxing Day 2013

Boxing Day bukan hari bergusti ye!hehe...Boxing Day ni ialah hari selepas Krismas, iaitu pada 26 Disember. Hari ini merupakan public holiday di UK. Sebenarnya, hari tersebut dinamakan Boxing Day sebab diorang membuka kotak-kotak hadiah yang diterima semasa Hari Krismas. Tetapi sekarang Boxing Day lebih dikenali sebagai hari untuk bershopping, sebab kebiasaannya kedai-kedai menjual barang-barang dengan diskaun yang banyak sebagai jualan penghabisan stok (clearance) sebelum menyambut tahun baru.

Oleh kerana ini adalah kali pertama nak rasa pengalaman 'Boxing Day', jadi sikit sebanyak ada perasaan excited jugalah nak tunggu 26 Disember mendengarkan cerita bahawa pada hari ini banyak barang dijual dengan 'harga runtuh'. Sebelum tiba 26hb lagi kwn2 kat sini dah mula tanya "nak boxing day kat mana?". Aiii...macam best jer boxing day ni....hehehe. Mulanya ingatkan nak berboxing day di Newcastle jer...sebab kononnya "tak tau nak beli apa....nak tengok-tengok jer". Tapi setelah 'dibakar' oleh kawan Mr. Hubby, akhirnya pagi-pagi sesudah Subuh lagi kami telah bertolak ke York Designer Outlet. Lagipun tempat ni dah on the way kami pulang ke Coventry....

 Ambik gambar masa dah nak balik...masa mula2 sampai gelap-gelita lagi...

Jangan tak caya, waktu kami sampai kedai-kedai belum bukak lagi...Datang awal kononnya supaya tak susah cari parking dan tak bersesak sangat dengan orang ramai sebab nak bershopping dengan kanak-kanak riang empat orang nih...Outlet yang paling awal dibuka di sini ialah NEXT, iaitu pada pukul 8 pagi. Ingatkan ni dah awal, rupanya ada sesetengah Next Outlet di tempat lain buka pukul 6 pagi!. Maka kami adalah antara orang terawal yang beratur masuk Next Outlet tu...semangat hokey!hehehe.....memang seronok pilih barang sebab orang tak ramai lagi...Tapi sekejap jer jumlah orang dalam kedai dah makin bertambah....Murah sgt ke???Hmmm...kira murah la kan sebab baju budak banyak juga yang harga £2-£10. Ikut saiz la kan...kalau size makin besar harga lebih la sket...Time jualan murah macam ni la nak beli baju anak-anak...masing2 dapat habuan. Yang paling untung mesti la si budak Mia sebab Mama manjang nampak baju girl jer yang comey2 tak boleh nak tahan nafsu....sebab geram tengok baju comey2 beli sekali kat anak-anak sedara...rezeki la sape yang dapat nanti ye...tak boleh la nak beli kat semua orang sebab anak sedara kalau campur both sides ada lebih 40 orang rasanya!...yang tak dapat kali ni tunggu ye giliran lain kali...:)Selain baju budak2 beli jugak seluar untuk bapa mertuaku.......

See....punya la awal datang kedai x bukak lagi...ada beberapa orang jer kat dalam tu......

Keluar dari Next kedai lain dah banyak bukak...pelaburan paling banyak dibuat oleh Mr. Hubby kat kedai Lacoste...ada dekat 10 helai kot baju yang dibeli untuk diri sendiri dan juga yang dikirim oleh abang dan adik-adik....Lepas tu pegi pulak ke Ralph Lauren outlet...pun banyak juga sale yang best2...Baru masuk dua-tiga outlets poket pun dah makin menyusut...so kat kedai lain just jamu2 mata jer lah!kang hujung bulan nak tunggu scholarship masuk dok mengadap baju2 jer pulak....




Tapi dalam beringat2 tak nak beli banyak tu 'ter'melabur juga di kedai Procook, Home and Cook, Clarks dll...Aduiii...memang tak kuat iman. Tambah2 masuk oulet GAP ada further reduction 40% dari harga asal yang dah sedia ada diskaun...so pilih dan pilih lagi baju....huhuhu....masa dah nak balik tu tetiba Mr. Hubby terasa nak menambah baju Ralph Lauren tapi bila balik semula ke kedai tu rupanya orang dah beratur panjang nak masuk....nasib baik kami sampai awal tadi...kalau tak, memang tak kuasa la nak beratur macam ni....



Memang best shopping kat York ni sebab kedai2 dia indoors, so tak la sejuk walaupun bershopping musim winter macam ni...Tak macam kat Cheshire Oaks atau Bicester Village yang kita kena jalan kat luar untuk pegi dari satu kedai ke satu kedai. Outlets pun banyak, ada dekat 120 buah semuanya.....Tak larat nak masuk semua....Ramai juga jumpa orang Malaysia kat sini...sempat lah bertegur-sapa dengan 2-3 orang...Sebelum ni dengar kalau jumpa orang Malaysia kat mana2 ramai yang sombong2 buat tak kenal..tapi tak semuanya macam tu......

Gambar hasil pemborongan??Alamak..segan la pulak nak tayang kat sini...hehehe....

2 comments:

  1. Kalau Next kat Bradford ni buka pukul 6.00 pagi… tak kuasa nak beratur panjang2….
    Ni jeles kat orang conventry ni… kami yang dekat dgn York pun belum pernah jejak kaki ke sana… Kak, nanti datang la lagi area sini… bermalam aje kat rumah kami…. teringin juga nak merasa roti canai…. hihhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sempat lah singgah York sebab dah termasuk dalam 'rangka lawatan'...time cuti sekolah boleh la berjalan jauh sikit...InsyaAllah ada rezeki nanti kami jelajah roti canai ke Bradford pula...:)

      Delete