Friday 21 June 2013

Roti Canai made in UK

16 June 2013 (Ahad)

Alhamdulillah setelah tiga bulan lebih kami di sini, kami mengadakan sedikit jamuan bagi meraikan kawan-kawan Malaysia di Warwick/Coventry...pada asalnya Mr. Hubby dan member2 dia la pakat nak makan roti canai, dan kebetulan Mr. Hubby memang penebar roti canai yang 'berjaya' sejak kecil hehe....nanti kalau rajin next time aku citer pasal 'Mr. Hubby dan roti canai'...Oleh kerana memahami roti canai adalah barang limited edition di UK ni jadi finally kitorang decide panggil jer semua family postgrads makan2 sambil mengeratkan silaturrahim:)...memikirkan tak kan la nak makan roti canai jer kan...so aku buat nasi lemak + sambal ikan bilis + ayam goreng dan kawan2nya yg lain sebagai menu tambahan.

Nasi lemak tu ok la memang dah biasa masak cuma this time kena melipat-gandakan  jumlah hidangannya. Tiga round aku tanak nasi sebab rice cooker ada sebijik jer...tapi nak buat kuah dhal untuk roti canai tu ni la first time dalam hidup aku...jadi perantau baru la sibuk nak cari resepi buat kuah dhal kan...kalau kat Msia takde maknanya nak buat kuah dhal sendiri. Kat Nilai tu aje pun bersepah-sepah ada kedai mamak...so agak berdebar la jugak dengan percubaan pertama dahtu nak kena buat dengan amount yang banyak...google2 resepi kat internet tengok satu resepi ni nampak senang dan ramai yang bagi review kata sedap...so aku pun copy-paste jer la...syukur la kuah dhal aku menjadi dan tetamu pun kata sedap hehe...(makan free ko.... berani kata x sedap hahaha..). Untuk roti canai tu Mr. Hubby uli dengan sorang kawan dia so selamat sikit tenaga aku kat situ...Kawan dia ni jugak yang buat teh tarik kaw istimewa masa jamuan tu....memang sedap rasa teh tarik dia. Aku tengok dia masak fresh milk atas dapur. Tapi sebab sibuk melayan tetamu x sempat nak belajar betul2. Nanti nak kena mintak resepi dengan dia....

Walaupun aku sediakan dua menu utama jer tapi memang style kat sini kalau ada jamuan masing2 bawa potluck...jadi turned out meja picnic kat backyard aku tu penuh jugak dengan pelbagai makanan lain. Ada yang bawak mee hoon goreng, popia, red velvet cake, sausage roll, donat, buah-buahan dll...Alhamdulillah murah rezeki.....

Seperti yang dijangkakan roti canai 5kg tepung (lebih kurang 80 biji) dan seperiuk kuah dhal sold out! Puas hati jadi tuan rumah macam ni..:)

  Sebelum digoreng

 Roti telur pun ada...

   Mamak UK

Jejaka misteri tolong tebar roti jugak!

  Sebahagian tetamu yang datang

 Rumah kecik so kena solat jemaah kat luar

Makan...sembang...makan

Geng2 ladies makan sambil bergossip kat dalam rumah.....tak masuk gambar kat sini.

2 comments:

  1. wah roti canai lengkap dgn kuah dhal.. best best..
    nak resepi boleh tak?

    ReplyDelete
  2. terima kasih Nur, singgah di sini..nanti saya buat entry baru ye..

    ReplyDelete