Monday 3 June 2013

Family Day MCS

1 Jun 2013

Hari Sabtu lepas kami Malaysian Coventry Society (MCS) telah mengadakan family day atau 'Fabuloves Day' bertempat di Coombe Abbey Park, Coventry. Ini salah satu program utama MCS...pada hari ni keluarga postgraduates dan adik2 undergraduates berkumpul bersama. Ramai juga adik2 undergraduates yang tak dapat datang sebab skrg tgh musim exam...tapi yang hadir tu dah cukup untuk memeriahkan program ni....

First time dapat jumpa ramai2 Malaysian mcm ni kat sini...ada juga 3-4 family yang mmg bekerja dan telah menetap kat sini berbelas tahun. Kami family post-graduates bahagi2 tugas untuk menyediakan makanan...macam2 menu dari meehoon goreng, nasi goreng, mee goreng, kuah kacang, nasi impit, sup, bubur nasi, pasta, nuggets dan macam-macam-macam lagilah termasuk bbq....memang best sangat2 dapat berkenalan dan berborak sakan. Paling best sebab dapat makan masakan org lain coz rasa macam dah jemu hari2 mengadap makanan yang dimasak sendiri hehehe....Desserts pun semua sedap2 dan cantik.kuih moden dan tradisional sumer ada.....







Selain dari acara makan2 dan BBQ, kami juga aktiviti sukaneka. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari family postgrads+adik2 undergrads....antaranya main baling dart kat belon pastu kena teka2, cari gula2 dalam tepung, galah panjang, lambung belon isi air ke belakang dan acara kemuncak tarik tali......akhirnya majlis penyampaian hadiah oleh director Edu. Malaysia Prof Madya Dr. Anizu yang dtg dari London...yang kelakarnya tak disangka2 puding yang aku buat dipilih sebagai pemenang pertandingan desserts...hahaha lawak jer aku rasa sbb mmg x terfikir nak menang pun....






Ribuan terima kasih kat AJK MCS yang bertungkus-lumus memastikan event ni berjaya...semoga ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan...

3 comments:

  1. Salam...saya Ainun dari Shah Alam, in Sept nnt insyAllah both me and husband akan further our Masters di Uni of Warwick...surfing for info utk prep ke sana terjumpa ur blog. if possible boleh tak sy contact u thru email? Really need to know abt preparation anak2 as we will bring our 2 girls along...thanks :)

    ReplyDelete
  2. Salam..saya Azlin from Kedah. Insyallah akan further PhD di UK. Saya mencari maklumat berkenaan preparation n life kat sna...boleh x if i contact thru email of fb. T.I A..

    ReplyDelete
  3. Wsalam Ainun & Azlin,
    Boleh email saya di mamaliff@yahoo.com or fb Ismawati Ismail
    InsyaAllah saya cuba bantu...

    ReplyDelete