Ini cerita semalam. Aiman telah menyertai acara Coventry's Half Marathon dalam kategori Schools' Challenge. Half Marathon ini telah diadakan di Coventry City Centre dan banyak juga sekolah di sekitar Coventry yang menghantar penyertaan. Aiman salah seorang yang mewakili sekolahnya bersama-sama ahli 'running club' yang lain. Yuran penyertaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah.
Asalnya Aiman berbelah-bahagi untuk masuk acara ini sebab kebetulan pada hari yang sama dia juga ada perlawanan bola dengan team Mount Nod Jets. Tapi dia kata ini peluang terakhir untuk dia join sebelum balik ke Malaysia, jadi dia pilih untuk sertai marathon. Saya dan Mr. Hubby ikutkan sahaja kehendak dia. Dia memang minat bersukan, kami sekadar memberi sokongan dan dorongan.
Ahad tu pagi-pagi lagi dah bersiap sebab perlu berkumpul di city centre pada pukul 8 pagi. Kena keluar awal sikit kerana beberapa jalan ditutup untuk event ini dan hanya car park tertentu dibuka. Waktu kami tiba di City Centre jalan dah mula jammed tapi syukurlah dapat parking dan sempat sampai di tempat berkumpul pada masanya.
Sekolah Aiman dah menetapkan untuk berkumpul berhampiran 'Lady Godiva Statue'. Di situ cikgu-cikgu dah menunggu untuk memberikan T-shirt dan race number.
Baju free
Dengan kawan sekelas
Selepas pendaftaran dan semua pelajar memakai T-shirt beserta nombor yang diberi, mereka dibawa ke 'school challenge holding area'. Semua pelajar sekolah dikumpulkan di sini iaitu diasingkan dari peserta dewasa. Di dalam area ini, ibu bapa pun tidak dibenarkan masuk atas sebab-sebab keselamatan. Jadi kami cuma tunggu di luar kawasan berpagar bersama ibubapa yang lain. Di sini pelajar-pelajar memanaskan badan dan membuat stretching sambil dipimpin oleh pihak penganjur.
Tempat pelajar-pelajar sekolah berkumpul
Ramai juga yang menyertai acara marathon ni. Kelakar tengok pakaian peserta yang macam-macam. Yang sarung plastik sampah pun ada!.Rasanya diorang ni mewakili kumpulan/pertubuhan tertentu. Saje ambik gambar gelagat peserta-peserta yang menuju ke Start Line.
Kemudian tunggu Aiman habis larian. Semua pelajar yang tamat larian dapat medal dan goodybag dari pihak penganjur.
Alhamdulillah Aiman dapat pengalaman berlari dengan orang putih..Mama pun dapat experience joined the crowd. Kalau bukan sebab Aiman masuk acara ni, mama tak kuasa nak bangun awal di pagi hari Ahad untuk tengok orang berlari.
Medal
Habis larian sekitar pukul 10 pagi. Tiba-tiba Aiman kata "Sempat ni Aiman nak pegi main bola". MasyaAllah, terkejut saya...tak penat ke budak ni?. Game dia start pukul 11.00pagi dan biasanya berkumpul setengah jam lebih awal untuk warm up. Sebelum ni dia dah inform coach tak dapat datang sebab nak join marathon. Dah dia nak pegi juga kami balik rumah untuk dia tukar pakaian lepas tu Mr. Hubby hantar dia ke padang.
Saya ingat dia penat dan main sebagai reserve je. Tak sangka pula dia dapat sumbat gol dan kata Mr. Hubby dia main pun bagus hari ni. Coach pilih dia sebagai 'man of the match'. Rezeki Aiman dapat dua medal hari ni.
No comments:
Post a Comment