Tuesday, 16 June 2015

Tanda di Dahi Mia

Kejadian Sabtu lepas, waktu hampir maghrib. (Itulah, kan orang tua dah kata, time maghrib tak elok main kat luar).

Musim summer anak-anak riang ria main di backyard. Masa musim sejuk bosan berkurung je dalam rumah. Satu saya suka rumah di sini halamannya terletak di belakang. Jadi anak-anak bebas bermain, tak perlu risau terlajak ke jalan-raya atau kena culik *Nauzubillah*. Sambil-sambil kat dapur atau di living room boleh jenguk-jenguk tengok diorang bermain.

Tapi dalam suka ada duka. Abang-abang asyik main bola, tak semena-mena bola melayang ke dahi Mia. Mula-mula ingatkan tak serius, dah agak biasa juga kejadian kena bola ni. Tapi masa datang nak tengok apa jadi, nampak darah meleleh-leleh dari dahi Mia. Rupanya kulit dahi terkoyak sedikit. Saya maklumkan kat Mr. Hubby, "Nak kena bawak ke hospital ni.."

Masa ni darah dah stop

Lepas buat apa2 yang patut untuk stopkan bleeding, cepat2 bersiap sambil dalam kepala berfikir nak ke mana. First time berlaku kejadian macam ni, dah tu during weekend pula. GP kami memang tak buka lah. Teringat kawan-kawan di sini ada bagitau tentang NHS Coventry walk-in centre di Stoney Stanton Road. Kami terus ke sana. Syukurlah kebetulan tak ramai orang sebab sebelum ni ada juga dengar yang nak kena tunggu lama.

NHS Coventry walk-in centre ni terima semua patient yang register dengan mana-mana GP atau yang tak pernah register. Boleh walk-in sahaja kalau tak ada appointment. Dibuka setiap hari jam 8 pagi hingga 10 malam.

City of Coventry NHS Healthcare Centre, 
Stoney Stanton Road CV14FH.
*Gambar ehsan Mr Google

Kat bilik dokter, lepas dokter interview sikit sebanyak, Mia dibawa ke treatment room. Nurse cuci luka dan letak glue stitches atau skin glue kat situ. Syukur sangat ada orang cipta glue stitch ni, tak payah nak jahit guna benang lagi. Teringat Along dulu kena jahit di bawah dagu sebab jatuh dalam bilik air. Meronta-ronta nak kena stitches. Aiman pun ada luka tempat yang sama, di dagu...kes jatuh longkang. Masa Aiman tu dah guna glue stitches. Lega. Macam tu lah nak besarkan anak. Kenalah bersedia dengan situasi-situasi macam ni.

Mia kat treatment room, tunggu nurse prepare peralatan.

Mia sangat brave, dia tenang jer and very cooperative sepanjang procedure. Good girl Mia!


Sepanjang minggu lepas, Mia pegi sekolah dengan dua strip kat dahi, sementara nak tunggu luka healed. Mia kata penat dia nak jawab teacher dan kawan-kawan tanya apa jadi dengan dahi dia:)

No comments:

Post a Comment