Friday, 20 March 2015

Kunjungan Keluarga Dari Malaysia

Bila dapat tahu sepupu kepada mak yang saya panggil Cik Na nak datang bersama keluarganya, perasaan saya berbunga-bunga...sebelum ini memang kami agak sering juga menerima tetamu tapi semuanya di kalangan kawan-kawan. Ini kali pertama ahli keluarga yang datang berkunjung.

Mereka tiba di Heathrow Airport pada 12 Mac yang lalu. Terima kasih Mr. Hubby sebab mengofferkan diri untuk menjemput mereka di London. Mereka datang dengan penerbangan Emirates dan tiba di Terminal 3, Heathrow Airport jam 8 malam.

Walaupun ada pertalian darah, honestly dah lama sangat saya tak jumpa Cik Na. Mereka tinggal di Kemaman, Terengganu. Sebenarnya husband dan anak-anak dia pun saya belum pernah kenal. Kuasa Allah, rupanya di sini, beribu batu dari tanahair pula kami bertemu dan menjalinkan silaturrahim...

Dan nak dijadikan cerita, rupa-rupanya sepupu suami Cik Na iaitu Pak Cik Mokhtar juga tinggal di Coventry...sepupu dia dah lama tinggal di sini kerana berkahwin dengan Mat Salleh. Dah ada anak dua pun...keciknya dunia kan....Jadi pada hari Sabtu sepupu diorang, Mr & Mrs Campbell jemput diorang dinner di rumah mereka.

Cik Na sekeluarga tinggal di rumah saya sehingga hari Selasa 17/3/2015. Dalam tempoh itu diorang dah berjalan-jalan ke sekitar Coventry city centre melawat National Transport Museum dll, ke Stradford dan Warwick Castle, carboot sale di Stoneleigh, Burton-on-the water di Cotswold, serta membeli-belah di Swindon outlet. Hari Isnin mereka ke Cardiff melawat Cardiff castle, Cardiff Bay dan lain-lain...Hari Selasa diorang bertolak ke London dan stay sana sebelum berangkat pulang ke Malaysia pada 19/3/2015.

Terima kasih Cik Na dan keluarga dalang melawat kami..tak lupa buah2 tangan dari Malaysia yang sememangnya 'barang2 berharga' di sini...



Gambar kenangan sebelum diorang berangkat pulang

No comments:

Post a Comment