Tuesday 4 February 2014

London 1.1.2014

Percaya tak lepas hampir sembilan bulan duduk kat UK ni, inilah first time kami pergi berjalan ke Kota London..Sebelum ni, kalau pergi pun cuma di Heathrow Airport, tempat pertama touch down waktu mula2 tiba di UK dan kemudian pergi hantar kawan-kawan balik Malaysia. Walaupun London ni tak la jauh sangat dari Coventry, dalam dua jam jer...tapi Mr. Hubby tak minat sangat nak pegi sana sebab dia memang kurang suka kalau bab nak kena jalan kaki jauh-jauh...kalau ke mana2 kalau boleh nak parking depan entrance hehehe....kat London ni pulak biasanya memang nak kena 'ukur jalan' sambil menapak lah.....

Jalan-jalan di London lebih mudah gunakan bas dan tube/underground (train) sebab kat Greater London ni banyak tempat yang ada parking restriction dan kalau tempat yang boleh parking pun chargenya tentulah mahal. Kalau memasuki London pada weekdays pula (Isnin-Jumaat) antara pukul 7am hingga 6pm akan dikenakan congestion charge iaitu sebanyak 9 pound per day. Tak perlu risau walaupun guna public transport sebab macam negara-negara maju yg lain, perkhidmatannya kat sini memang efisyen.

Lepas kami balik dari Scotland tempoh hari, giliran kami pula menerima kunjungan Abg. Rasif dan family. Diorang memang dah plan nak sambut new year di London. Dalam perjalanan dari Glasgow, diorang bermalam di rumah kami pada hari Sabtu 28/12/2013. Hari Ahad kami bersiar-siar di sekitar Warwick termasuk ke Warwick Castle, kemudian ke Cadbury World dan Bull Ring di Birmingham sebelum dinner nasi arab di restoren Eastern Diners. Pagi Isnin mereka bertolak ke London.

Diorang ajak kami join sekali ke London pagi Isnin tu tapi sebab Mr. Hubby ada urusan yang nak diselesaikan kami pergi lewat dua hari kemudian. Diorang memang dah plan nak 'tawaf' London sebab ini dah tahun akhir pengajian Abg. Rasif di Glasgow University. Kami bertemu semula dengan diorang kat rumah seorang lagi ofismate Mr. Hubby dan Abg. Rasif yg memang tinggal kat London iaitu Mirul. Pagi tahun baru tu, kami breakfast sama2 di rumah Mirul. Kiranya dah separuh London diorang dah pusing selama dua hari sebelum kami sampai...tempat-tempat shopping semua dah dijelajahi. Paling tak tahan dengar diorang kena beratur hampir 4 jam untuk masuk ke Madam Tussauds...dah la hujan....mak aiii...kalau my cik abe dah tentu2 ajak balik tu....

So plan hari tersebut cuma nak ke tempat-tempat 'free' dan mesti dilawati di London. Memang sesuai sangat la dengan kitorang yang first time nak visit London ni. Sebelum keluar berjalan pada pagi tersebut, tuan rumah tempat kami menginap tu sangat baik hati bagi dua keping Oyster Card (macam kad 'Touch N Go') untuk kami gunakan. Kami cuma perlu top-up 10 pounds jer seorang untuk kegunaan hari ni. Kanak-kanak di bawah usia 11 tahun boleh guna bas & tube secara percuma so tak payah guna card. Kata Mirul ni cara termudah nak travel guna public transport dalam London. Oyster Card ni boleh dibeli/di topup di mana-mana underground station atau kedai-kedai biasa yang jual suratkhabar tu... Lagi satu yang best dia ada capped rate.Contohnya kalau untuk bas, maksimum kredit yang ditolak ialah 4.40 pounds tak kira berapa kali naik bas untuk hari tersebut...untuk tube tak sure pulak sebab lupa nak cek balance sebelum pulangkan kad kat Mirul....

 First station
 Not for sale



anak-anak excited sebab first time naik tube di UK

Berjalan dalam London yang paling penting nak kena pahamkan map. Kena tahu tube station apa yang paling dekat dengan tempat nak pergi. Untuk trip ni kitorang sebenarnya tak study apa-apa, memang totally bergantung pada Abg. Rasif dan Kak Ina untuk study map dan tentukan nak naik bus/tube apa...Untung jugak pergi dengan diorang..hehehe...Dari rumah Mirul di Du Cane Road kami naik bas untuk ke White City tube station. Dari situ kami tukar tube di Notting Hill Gate station dan terus ke Westminster Station iaitu yang paling dekat nak ke Big Ben...keluar dari station jer terus nampak Big Ben terpacak kat seberang jalan...


 Big Ben & Houses of Parliament



Yang kurang best hari tersebut cuaca tak berapa baik...hujan sepanjang hari...jadi kami berjalan dalam hujan lah....

Dari sini juga dah boleh nampak London Eye. Lepas posing2 ambik gambar di hadapan Big Ben, kami menyusuri jalan ke arah London Eye. Tak naik pun, ambik gambar jer....





Lepas tu pulak menapak ke tube station untuk ke London Bridge. Station yang terdekat memang namanya London Bridge Station...tapi nak kena jalan kaki sket la untuk ke sana...London Bridge ni biasa jer, tp sebab dah dari kecik dok nyanyi "London bridge is falling down..." nak kena gi tengok lah kot...dari sini boleh nampak Tower Bridge yang cantik dan famous itu....


Dari London Bridge blh nampak Tower Bridge kat belakang tu

Kemudian kami jalan kaki lagi melalui London Dungeon dan kemudian berjalan di sepanjang River Thames untuk ke Tower Bridge pulak...walaupun sejuk anak-anak riang-ria jer berlari-lari...Kat sungai ni juga ada sebuah kapal perang besar yang telah dijadikan muzium iaitu HMS Belfast, Imperial War Museum. Penat juga jalan kaki, kalau tengok di googlemaps jaraknya hampir 0.8miles....Kami menyeberangi River Thames melalui Tower Bridge. Di penghujung bridge ni nampak Tower of London, Historic Royal Palaces di sebelah kiri kami.




 Kat atas Tower Bridge

Oleh kerana anak-anak dah kelaparan (4 anak kami dan 3 anak Abg. Rasif/Kak Ina) kami decided untuk terus ke Malaysian Hall untuk makan dan bersolat. Plan asal untuk ke Buckingham Palace & Hyde Park dibatalkan...kaki pun dah sakit tambah pulak sejuk berjalan dalam hujan..definitely kena datang lagi lain kali. So dari situ kami cari station yang terdekat. Kami buat kesilapan sedikit, salah tempat turun...pergi turun kat Lancaster Gate Station...akibatnya jauh sket la nak kena menapak...rupa2nya station yang terhampir dengan Malaysian Hall adalah Queensway Station atau Bayswater Station..ini untuk peringatan bila nak pergi sana lagi next time.

 Salah satu escalator yang tinggi dan curam kat underground station. Kena berdiri kat sebelah kanan untuk bagi laluan kat orang yang nak cepat berjalan di sebelah kiri...

Sempat pulak posing ngan police officers kat tube station

Sampai sana terus ke canteen...Untuk ke cantten kena turun tangga ke bawah (basement). Agak penuh juga, mungkin sebab public holiday...kebanyakannya of course orang Malaysia dan dari perbualan yg didengar ada juga yang dari Indonesia makan kat situ. Lepas bersolat jama', tak sabar nak pilih makanan sebab dah lama tak dapat makan ala kedai warung kat Malaysia..dapat pilih macam-macam lauk. Saya pilih daging salai masak lemak cili api, sambal udang dan sayur. Anak-anak pun berselera makan nampaknya...Alhamdulillah rasa tak mengecewakan. Harga pun berpatutan. Air kosong boleh ambik sendiri dan percuma...Selesai makan, keluar dari situ kat luar dah gelap rupanya. Winter kan cepat gelap. Memang patut kami cancel plan nak ke tempat lain.

Dari situ ingatkan nak terus balik, tapi ada member Mr. Hubby yang belajar kat Univercity College of London jemput pula ke rumahnya. Dia dah pernah singgah ke rumah kami sebelum ni. Katanya dah dekat sangat rumah dia dari situ, jadi tak sedap pulak nak tolak pelawaan...dia bagi panduan untuk ambik bas ke rumahnya dan berhenti di Shepherd's Bush. Kat rumah dia kami dijamu makan sambil berbual...Kemudian balik semula dengan bas ke rumah Mirul...rupanya dia dan isteri pun tengah tunggu kami untuk dinner...Abg. Rasif & family dah sampai lebih awal sebab diorang terus balik ke sini dari Malaysian Hall tadi..murah betul rezeki hari ni..jamah juga sedikit nasi lauk kari ayam,telur goreng dan sayur yang dah susah2 disediakan oleh Mirul and wife. Oleh kerana penat nak balik malam itu juga, Mirul pelawa kami tidur di sana..memang tak harap Mr. Hubby untuk drive malam-malam dalam keadaan letih macam ni...malam tu memnag tidur lena sebab kepenatan.

Esok pagi lepas bersarapan kami sama-sama bertolak balik. Abg. Rasif dan family ke Glasgow dan kami pulang ke Coventry. Tapi otw balik sempat lagi singgah di Bicester Village..tak habis lagi demam Boxing Day rupanya parking penuh kena beratur nak tunggu kosong. Hampir2 nak patah balik ada orang keluar dari kotak parking..rezeki...Ini pun first time kami ke sini walaupun 45 minit jer dari rumah..tak terasa nak pergi sangat sebab tahu kat sini banyak jual barang2 high end jer macam Prada, Gucci, Burberry, Fred Perry dll...last2 yang mampu beli tetap la kat Clarks jugak.....:)

No comments:

Post a Comment