Friday 6 December 2013

Banjir

Sedih dan sebak melihat banjir besar yang melanda Kuantan dan Kemaman. Kuantan ibu negeri tempat saya membesar, manakala Kemaman pula tempat lahir saya..:( Takziah buat semua mangsa-mangsa yang terlibat. Ramai juga kawan-kawan dan saudara-mara yang menjadi mangsa.

Syukurlah mak dan abah tinggal di Jengka, Pahang. Rumah masih selamat tidak dinaiki air. Salah seorang kawan yang buat PhD di sini (Uni of Warwick) diberikan ujian oleh Allah Taala. Rumah yang ditinggalkannya di Kuantan terlibat dengan banjir dan hampir tenggelam. Kesian betul kat dia, dah la rumah penuh dengan barang-barang, perabot, dokumen2 penting, gambar-gambar perkahwinan etc...cuma mampu mendengar dan melihat gambar2 yang dihantar oleh jiran tetangga dari jauh. Semoga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk dia dan mangsa-mangsa yang lain.

Air yang mencurah dari atas bangunan mahkamah Kuantan, dah macam air terjun.
Sumber: Facebook



Di masjid bandar Rompin, tempat abang sulung saya bertugas.

Rumah sepupu di Indera Mahkota, Kuantan.


Rumah ibu saudara di Kemaman...selepas dua hari ditinggalkan, air dah surut sedikit tapi masih di paras peha.


Jambatan di Bandar Chukai, Kemaman.

Jambatan yang retak ni berada hampir dengan klinik pak cik saya di bandar Chukai. Walau pun klinik tidak terjejas, tapi terpaksa juga ditutup kerana staff klinik tidak dapat datang bekerja akibat terputus hubungan. Banyak jalan-jalan ditutup. Selain tu, sehingga semalam bekalan elektrik dan air pun tak pulih lagi...Kemarau di musim banjir..huhuhu....kesian kat penduduk2 yang tak sihat di musim macam ni pasti sukar mendapatkan rawatan. Klinik/hospital kerajaan rasanya mesti penuh dengan pesakit dan pasti masa menunggu pun lama...Tambahan pulak ramai kakitangan kesihatan yang kena bertugas di pusat2 pemindahan banjir. Bila berlaku situasi banjir macam ni, penyakit berjangkit macam diarrhea/cirit-birit, tifoid (demam kepialu), taun (cholera), dan leptospirosis (kencing tikus) boleh meningkat kerana bekalan air telah tercemar. Begitu juga penyakit2 yang berkaitan dengan saluran pernafasan seprti batuk dan selsema...

Sekalung penghargaan kepada kawan-kawan dan para sukarelawan yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Salah seorang rakan yang baru balik dari sini dan dapat dihubungi oleh Mr. Hubby memaklumkan dia turut membantu mendapatkan minyak-minyak diesel untuk bot-bot pergi menyelamatkan mangsa. Orang-orang kampung walaupun mempunyai bot tapi tak boleh bergerak kerana stesyen minyak yang berhampiran ditutup atau turut terjejas dengan banjir. Jadi mereka terpaksa membantu dengan mendapatkan diesel dari kawasan lain yang agak jauh. Juga terharu dengan usaha-usaha lain seperti aktiviti memasak beramai-ramai oleh kaum ibu untuk di pack dan dihantar ke pusat2 pemulihan banjir. Cara begini lebih bersih dan selamat untuk mangsa. 

Semoga sahabat2 yang diuji bersabar dan tabah. Doakan yang terbaik untuk mereka.



2 comments:

  1. Tgk gambar2 tu pun dah rasa sayu, apatah lagi yang mengalaminya… Moga mereka tabah dgn ujian banjir ni…
    Rumah adik saya di kemaman pun naik air hingga paras dada…. dia pula kat kampung, so mmg xde barang yg sempat diselamatkan… kereta pun tenggelam sama :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah utk adik Nur...kesian kan kat mangsa-mangsa banjir, kerugian akibat harta-benda memang banyak...penat nak mencuci rumah lagi...:(

      Delete