Friday, 10 May 2013

Portmeirion & Stoke-on-Trent

Kitorang ni slalu jer buat aktiviti ad-hoc bila tiba weekend. Weekend lepas kitorang pegi ke factory shop Portmeirion di Stoke-on-Trent. Actually member yang ajak...pagi Sabtu (4/5) tu dia call bagitau ada sale di Portmeirion dan ajak kitorang pegi kalau nak. Diaorang dah nak balik Msia for good bulan September nanti so nak tambah stok...aku ngan hubby ok jer so kitorang g sama2, Mr. Hubby jadi driver:)

Jarak dari Coventry ke sana nak kata jauh, tak la jauh sangat...lebih kurang 1 jam perjalanan. Tapi hari kami pergi tu ada kemalangan so jalan agak jem...dekat 2 jam jugak baru sampai kat Portmeirion Factory Shop tu...



Signboard yang mengadap tempat parking


Pintu nak masuk...jumpa Malaysian yang baru siap memborong:)

Sebelum datang sini aku tak kenal sangat Portmeirion ni...tapi bila sampai UK ni g rumah member Malaysian bila diorang hidang makanan nampak cantik jer set pinggan ni...bila time sembang2 pun diorang dok discuss pasal pinggan ni. Kiranya di kalangan Malaysian pinggan ni memang agak terkenal la lagipun harganya mahal kalau beli kat Malaysia...kat sini boleh dapat harga yang lebih murah especially kalau time sale...tapi tak sangka pulak aku terjebak secepat ni...he he...

Aku ni memang berjiwa feminine so memang suka kalau corak bunga-bungaan macam ni. Bila masuk dalam agak rambang mata juga tengok design yang cantik2. Kebanyakannya sale 30%. ada juga certain design yang dijual 3-4gbp jer sekeping...Of coz la pilih yang tu dulu kan....member aku cakap biasanya bulan November diorang akan buat sale giler2 and time tu boleh tengok orang beratur panjang...since aku akan stay kat UK ni lama lagi aku tak beli banyak sangat...nanti bulan Nov nak try pujuk Mr. Hubby datang lagi:)



Mengikut sejarahnya Portmeirion ni diasaskan pada tahun 1960 oleh pasangan suami-isteri Susan Williams Ellis dan Euan Cooper-Willis. Design yang popular sepanjang zaman ialah Botanic Garden macam ni:





Ini Botanic Garden Airtight Jar




 Ni pulak set Crazy Daisy...design ni nampak modern sket...


 Portmeirion Pomona...design buah-buahan

  
Portmeirion Botanic Roses..ada 6 corak/kaler bunga rose yg sweet2 jer semuanya


Botanic roses jugak...teaset dan mugs


Portmeirion Eden Fruits

Amacam?Terliur tak tengok?...hehehe...

Sebelum ni dok guna Corelle jer...tapi bila g umah sedara-mara dan kawan-kawan pun semua guna Corelle jugak. Ok la untuk bertukar angin kan?

3 comments:

  1. Salam,
    Saya planning nk ke factory ni dan google terjumpa blog awak.

    Nak tanya sikit senang ke nak cari factory ni saya akan datang bercuti seminngu di london, insyaallah akan drive dari zone 3 London planning nak sewa kereta lagi satu murah ke harganya..

    Harap feedback ya..

    Wsalam

    Jazakallah
    Marina Adnan
    Perantau M'sia dari
    Saudi Arabia

    ReplyDelete
  2. Wsalam Marina,
    Terima kasih singgah di sini.
    Kat sini kalau nak sewa kereta boleh book secara online. Banyak syarikat yg tawarkan perkhidmatan sewa kereta jadi Marina blh minta quotation n compare. Kawan saya pernah guna yg ni https://www.enterprise.co.uk/car_rental/home.do?language=en

    Untuk ke Portmeirion factory outlet tu, rasanya tak susah. Kat sini kalau nak berjalan ke mana2 kami guna navigator jer (eg:tomtom).Masa nak booking keta tu maybe boleh minta yang ada navigator sekali atau guna phone. Masukkan poskod tempat tu(ST4 7QQ)InsyaAllah senang je nak cari. Kami pergi first time aritu pun bergantung kat tomtom jer...:)

    ReplyDelete