Wednesday 27 March 2013

Minggu pertama di Coventry


Rumah yang kami diami semasa mula-mula sampai tu ownernya Miss J. Dia orang Singapore. Oleh kerana dia berketurunan Baba dan Nyonya Melaka, dia pandai berbahasa Melayu tapi tak pandai cakap Mandarin/Kantonis. Dia dah lama tinggal di Coventry dan ada beberapa buah rumah sewa. Hebat kan? Rumah ni rumah teres 2 tingkat yang dah direnovate jadi 5 bilik tidur. Oleh kerana syarat rumah sewa kat sini satu bilik hanya boleh ada dua kanak-kanak, jadi kami terpaksa sewa dua bilik di tingkat atas. Sewa bilik ikut minggu. Untuk dua bilik ni rate untuk seminggu ialah 168gbp..lebih kurang RM840. Kalau convert mmg rasa mahal tapi tu la rate yang paling murah boleh dapat kat sini. Sebuah lagi bilik di atas disewa oleh pasangan pelajar Master yang juga dari Malaysia. Mereka la yang banyak membantu kami...manakala dua bilik di bawah masing2 disewa oleh seorang pelajar dari China dan satu pasangan dari Romania. Kami berkongsi dapur untuk memasak. Oleh kerana ada adik dari Malaysia tu, jadi dia dah tawarkan kitorang untuk guna peralatan memasak dia..so tak la susah sangat. Kadang-kadang dia pulak masak lebih and ajak kitorang makan sekali...malu pulak aku!



Hari pertama - di John Rous Avenue

Malam pertama dan kedua di Coventry, anak-anak masih jetlag lagi. Diorang bangun pukul 3-4 pagi waktu tempatan dan bermain bersuka-ria. Siap mintak nak makan nasi lagi sebab time tu kan lebih kurang 12 t/hari kat Msia...aku layan jer la sebab tahu diorang baru nak biasakan diri dengan sleep cycle kat sini tapi penat gak la larang diorang supaya tak buat bising sebab orang lain kan tengah syok tido...Dah la British house yang lama-lama ni lantai kayu..so bila berjalan sikit dah bunyi kriak-kriok apatah lagi kalau budak berlari/melompat.. Malam pertama ok lagi, tapi malam kedua tu agaknya budak perempuan Romania yang betul-betul kat bawah bilik kitorang tu dah tak boleh sabar. Dia naik atas dan sound kitorang...kitorang tak terkata apa tapi lepas tu kasi brainwash sikit kat budak-budak..diorang pun terkejut dan terus diam dan tidur balik....baru diorang paham agaknya kenapa aku dok potpetpotpet larang diorang jangan buat bising!

Lepas kena sound dengan si Romania tu kitorang tekad nak pindah rumah cepat-cepat. Rasa macam bengkek la jugak kan kn sound ngan student he he.. Actually memang dah plan nak masuk satu rumah ni sebab kami dah contact tenant lama yang kebetulan Malaysian family yang dah balik Malaysia pada hari kami sampai tu.. tapi nak kena tunggu landlord bersihkan rumah...Stress jugak masa tu duduk serumah dengan orang yang tak boleh faham keadaan budak-budak ni..Alhamdulillah hari ke-empat kami di sini landlord call untuk tengok rumah. Aku dah bincang ngan husband, kalau landlord izinkan kami nak pindah hari yang sama jugak sebab tak sanggup nak hadapi waktu malam kat rumah sewa tu lagi...penat weh nak kontrol 4 orang budak yang jetlag sampai aku rasa nak bagi ubat Phenergen jer kat diorang biar diorang tido ha ha...

So petang 7/3/2013 tu lepas check rumah dan sign tenancy agreement kitorang pun balik ke rumah sewa dan angkut barang-barang...Syukurlah ada kawan Malaysian yang sudi tolong kitorang pindah sebab time tu tak de kereta lagi...Lepas tu pulak dia tolong bawak kitorang ke Tesco berdekatan untuk beli peralatan asas rumah termasuk bantal dan duvet.
Malam tu dapat la aku tido dengan lena kat rumah baru kami...budak-budak nak bangun bermain kat bilik diorang pun aku buat tak tau jer hihi...kasi can la diorang nak lepas geram...

3 comments:

  1. Salam again Kak Isma :)

    Appreciate it that your posts are Warwick/Coventry specific.

    I will be attending Warwick U by year end and we are looking for a house or at least a temporary one while looking for something more permanent. This Miss J sounds like just the person who can help us - do you happen to have her contact no/email still?

    By the way, if you have any advice with regards to renting off campus for newbies, would be much appreciated. Thanks in advance :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam,
    You can browse these websites for houses to rent:
    http://www.rightmove.co.uk/
    http://www.zoopla.co.uk/

    Areas that are close to Uni of Warwick and 'popular' among Malaysian students are Canley, Tile Hill and Earlsdon. Use poscode CV4 or CV5 to search for these areas.

    Please add our official fb page for more information
    https://www.facebook.com/Malaysian.Coventry.Warwick.Society

    Welcome to warwick/Coventry!

    ReplyDelete
  3. Thanks for the super fast reply! I've already joined the group and got this same answer.

    I've been stalking rightmove and zoopla for quite a while. I guess what I'm really looking for is the assurance that the agents are reliable and affordable. Thanks again for your input though :)

    ReplyDelete