Thursday 28 March 2013

Dokumen untuk apply visa UK


Entry ini ditulis untuk memudahkan kawan-kawan yang baru nak apply UK visa. Ramai kawan-kawan Mr. Hubby yang tanya proses nak apply visa coz dalam badge dia yang dapat HLP 2013, dia antara yang terawal register di Uni. Walaupun Mr. Hubby yang akan sambung study di sini, sebagai isteri mithali banyak hal-hal admin kat rumah kami aku yang buat...


Sebelum kitorang apply visa, aku banyak gak buat rujukan dari blog-blog lain..tapi untuk tahun 2013 ada sedikit perubahan yang dibuat oleh UK Border Agency (UKBA) iaitu perlu buat TB screening test dan bayaran visa kena buat secara online. Panduan yang aku bagi ni mainly untuk post-graduate student di UK.

Sebelum buat visa kena ada:

  1. Passport
    • Memula sekali korang kena check bila tarikh tamat tempoh passport korang tu. Untuk lebih mudah dan tak pening di kemudian nanti, sebelum apply CAS elok pegi renew dulu passport supaya tempoh tamatnya sehingga korang tamat study. Jadi nanti tak payah lagi nak susah-susah renew passport masa dah kat UK atau nak kena bawak dua passport ke mana2 sebab visa dok kat passport lamaJ. Lagipun buat passport sekejap jer satu hari pun boleh siap. Boleh buat sekali masa buat passport anak-anak yang tak ada passport lagi. Macam Mr. Hubby aku ari tu..memula dah apply CAS guna passport lama, pastu ada kawan advised untuk renew passport supaya tempohnya sampai tamat belajar. Bila dah buat passport baru, then only perasan nanti no passport baru tak sama dengan CAS. Memula cuak jugak takut ada masalah masa apply visa ....maklum la kalau visa tak approve tak boleh refund. Tapi bila contact VFS Malaysia diorang kata tak pe sebab kat belakang passport baru tu nanti akan diprint no passport lama...Fuh, lega... 
  1. Academic Technology Approval Scheme (ATAS)
    • Diperlukan untuk postgraduate research student. Biasanya pihak universiti akan bagi link melalui offer letter yang dihantar melalui email. Semasa buat ATAS application ni, kena bagi summary of your research proposal. Mesti apply yang ini dulu sebab ia akan ambik masa lebih kurang 4 minggu untuk approval. Sebaiknya sejurus dapat offer letter terus buat application.
    • Bila dah dapat, printkan.
           
  2. CAS number
    • CAS pulak ialah Confirmation of Acceptance for Study yang akan diberikan oleh UKBA melalui universiti. Uni akan proses CAS no. bila kita dah accept unconditional offer by that university. Kalau nak tukar uni lain kena apply CAS no. yang lain pulak from that particular uni. Uni hanya akan proses CAS no ni dalam masa 6 bulan sebelum start date. Kalau start date lambat lagi diorang tak akan bagi lagi. Maklumat masa apply CAS ni kena isi betul-betul macam maklumat untuk apply visa nanti.
           
  3. TB Screening test
    • Syarat ni mula diwajibkan mulai 31.12.2012. Dan-dan time kitorang nak apply visa. TB screening test ni kena buat kat klinik-klinik yang diorang dah tetapkan jer. Kalau di KL cuma di Gleneagles Hospital dan Life Care Diagnostic Medical Centre (LCDMC) di Bangsar South sahaja. Dekat Penang, Sabah dan Sarawak pun masing-masing ada satu klinik. Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat sini. Kitorang buat kat Life Care Diagnostic. Kos seorang ialah RM210 so kalau enam orang macam family aku ni cer kira agak2 kena brp RM hu hu hu.... Yang sadisnya JPA tak bagi claim lak tu kos TB screening test ni.... Kat Hospital Gleanegles kosnya murah sikit (RM170/person, kalau tak silap) tapi waktu kami nak buat appointment tu lagi lambat nak kena tunggu. Oleh kerana kami kesuntukan masa jadi kami buat je kat LCDMC tu...
    • TB Screening test untuk UK visa cuma buat medical check-up dan chest x-ray sahaja. Tak perlu buat Mantoux test. X-ray pun cuma untuk adult jer kanak-kanak bawah 11 tahun yang Dr sahkan takde sign and symptoms of TB tak payah buat...Kanak-kanak kena bawak sekali sebab Dr kena buat medical check-up untuk diorang. Bila dah siap nanti Dr akan keluarkan certificate bagi setiap seorang yang nak kena bawa masa buat visa nanti. Jangan lupa bawa pasport dan sekeping gambar berukuran pasport sebab nak kena lekatkan di borang/certificate tu nanti.
  4. IELTS Test Report
    • Yang ni pun nak kena ada masa apply visa nanti.
Untuk steps seterusnya, bersambung lepas ni....


8 comments:

  1. Salam kak..UKBA memang akan mintak IELTS ke walaupun uni y kita nk masuk xperlukan IELTS? Harap akak dapat bantu.Thanks

    ReplyDelete
  2. Wsalam.Akak kurang psti pulak kalau ada uni yang x perlukan IELTS. Tapi waktu husband akak nak buat CAS tu uni memang mintak IELTS results. Semasa isi self assessment form pun kena isi maklumat tentang IELTS begiu juga masa submit semua dokumen ke vfs kena attachkan IELTS cert tu...mungkin u blh refer kat sini http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/visas-immigration/studying/adult-students/evidence/cas/

    ReplyDelete
  3. Salam, tumpang tanya, financial affidavit from kementeria dah cukup ke atau kena tunjukextra financial support. Kindly advise.

    ReplyDelete
  4. Wsalam Ija,
    Msia dah disenaraikan sbg low risk country. Financial affidavit jer dah cukup, tak perlu tunjuk extra financial support. Tapi kalau ada dependants make sure amount tu blh cover dependants juga.Cara nak calculate ada di website UKBA.
    Nak ke mana nanti?

    ReplyDelete
  5. salam. saya ada isu yg sama tentang passport tu. saya dah apply cas dengan current passport yg akan tamat tahun depan (2014). cas number dah dapat drp uni unk 3 tahun pengajian. perlu ka saya contact VHF unk maklumkan perkara ini? atau ada procedure lain yang perlu saya buat. saya nak buat passport baru tapi sebab masalah nie saya tangguhkan dulu....

    ReplyDelete
  6. Wsalam.Exactly sama case dgn suami saya.Tak perlu maklumkan pada VSF. Dulu kami ctc pasal nak clarify apa yang patut dibuat. Kami dimaklumkan tak payah risau apa2 sebab masa submit dokumen nanti kita akan hantar sekali pasport2 yang lama/lepas. Dan no pasport lama yang you bagi untuk CAS tu akan dicatatkan kat page belakang passport baru...Satu lagi option/suggestion yg diberi oleh MABECS kat kami ms tu; maklumkan kat uni yang you buat passport baru dan minta uni buat amendament pada CAS tentang no. passport tu...tapi proses ni ambik masa sikit lah....

    ReplyDelete
  7. Assalam . Akk sy nak tnya . Kalau nak buat tb test tapi masih conditional offer boleh ke ? Terima kasih akk .

    ReplyDelete
  8. Assalam . Akk sy nak tnya . Kalau nak buat tb test tapi masih conditional offer boleh ke ? Terima kasih akk .

    ReplyDelete