Saturday 30 March 2013

Applying for a UK visa in Malaysia


Ini sambungan entry sebelum ni...

Kalau dah cukup dokumen-dokumen yang kat atas tu, dah boleh mula buka online application form (VAF 9).

Untuk student tajaan JPA/KPT/MARA etc...korang kena pilih Tier 4 (General) (Sponsored ) Student.
Untuk pasangan pula pilih Study Visa -> Tier 4 (General) Dependent Partner dan Tier 4 (General) Dependent Child untuk anak-anak. Setiap seorang kena isi satu form.Jadi kalau ada empat anak (macam kitorang ni) total form yang nak kena isi 6 ler...Form untuk student quite straight forward tapi untuk pasangan dan anak-anak agak pening sikit sebab dok tanya no passport anak2 berulang-kali...kalau tak berapa sure betul ke tidak cara isi borang tu boleh printkan page yg last before turunkan signature tu nak bawa ke MABEC untuk check (percuma). They were very helpful dan akan cek satu2 borang. Bila semua dah ok, barulah proceed dengan online payment dan kemudian print and sign. Untuk anak-anak, main applicant yang kena sign. Semasa kami buat application, fee untuk UK visa adalah USD477 seorang (RM 1476.80).
Lepas tu boleh buat appointment dengan VFS office di Bangunan MCA, Jalan Ampang KL. Appointment juga dibuat secara online di website yang sama.

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa submit application ialah:

1.   Borang VAF 9 yang dah ditandatangan.
2. Borang Points Based System Appendix 8, Tier 4 (General) Student, Self-Assessment. Yang ni kena isi manually (tulis tangan). Kat dalan borang ni yang nak kena tulis CAS number tu...Apa yang Mr. Hubby buat dia isi dulu dengan pensel dan tunjukkan pada agent di MABEC untuk disemak. Dah ok semua turunkan signature kat borang tu jugak.
3. Offer letter dari universiti
4.  ATAS certificate
5. IELTS Test Report Form
6. Passport
7.  CAS statement – ada dimaklumkan cuma perlu tuliskan CAS number di borang Self-Assessment tu, tapi kami sertakan juga sebagai supporting document.
8. Apa-apa dokumen tambahan yang dimaklumkan di dalam CAS. Macam Mr. Hubby Cuma perlu sertakan Master certificate (in English) – bawa yang original dan salinan.
9.  Financial affidavit dari sponsor.
10. Gambar ukuran passport (mesti latar belakang putih)

Untuk anak-anak pula bawa:

1. Borang VAF 9 yang dah ditandatangan oleh main applicant.
2. Passport.
3. Surat beranak anak – Kalau bukan yang dwibahasa kena ditranslate oleh certified translator. Kena submit surat beranak original, surat beranak yang dah ditranslate dan salinan fotokopi kedua-duanya.
4. Gambar ukuran passport

Untuk pasangan dokumen yang diperlukan sama seperti di atas, tapi instead of surat beranak kena sertakan surat nikah asal, surat nikah yang ditranslate dan salina fotokopi kedua-duanya. Borang VAF 9 pasangan, pasangan boleh sign sendiri x perlu main applicant. Untuk main applicant dan pasangan tak payah bagi surat beranak ye....

Pada hari appointment, selepas submit application forms dan dokumen-dokumen, mereka akan panggil ke satu bilik seorang-demi seorang untuk biometric test. Kanak-kanak below 5 years old tak payah buat test. Lepas selesai biometric test, boleh la balik sambil berdoa agar visa diluluskan; kalau tak burn la duit bayaran beribu-riban itu....;)

p/s: Maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman kami membuat permohonan visa pada Feb 2013. Untuk maklumat terkini sila rujuk website UKBA dan VFS Malaysia.

15 comments:

  1. Assalamualaikum Isma Ismail,

    Thanks for this insightful blog post. My family and I are also moving to the UK and working on our VISA. My husband is a PHD student (MARA sponsored) and we have 4 children also - I actually have more questions to ask, especially with regards to finances. Do we need to prove that we have GBP450 per month, per dependent, for 9 mos as per the UKBA website? I was reading your blog post and there's no mention about showing financial evidence of the above. Hope you can help me on this as we are quite confused.

    Thanks, Maria. Could you please email me at mariaz.writing@ gmail.com. Jazak Allah khayr, Isma.

    ReplyDelete
  2. Wsalam Maria,
    TQ for your question.
    I think it’s better for me to answer it here so that it can help others who are also seeking for the same info.
    As far as I’m concerned, since last year (2012), Malaysia has been categorized as a ‘low risk’ country, thus applicants do not need to attach the financial evidence as a supporting document. You can refer here for more info http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/visas-immigration/studying/adult-students/evidence/
    However, when we asked MABEC about it, they advised us to look at the financial affidavit given by the sponsor. For example, JPA covers the students and their dependents. So basically we don’t have to attach the additional evidence as long as the total amount shown in the financial affidavit can cover the total amount required by the UKBA (GBP450 per month, per dependent, for 9 months).
    But for those who hold the scholarship only for the student her/himself, and do not cover their dependents, it is better to show other financial evidences to facilitate the application process and to reduce the probability of being rejected.
    I hope this helps. You can email me mamaliff@yahoo.com if you need further info.

    ReplyDelete
  3. salam kak isma
    pad hari appointment untuk biometric test perlu ke bawa anak yg below 5 years sekali walaupun mereka tak perlu buat biometric test?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Anak bawah 5 tahun tak perlu bawa semasa hari appointment. Tapi dokumen lain kena submit macam biasa...

      Delete
    2. Thanks kak isma, i'm waiting for my visa approval skrg. InsyaAllah saya juga akan sambung ke warwick dan registration on 30th sept. Hope kita boleh keep on touch n meet di sana :)

      Delete
    3. Selamat datang ke Warwick...InsyaAllah nanti kita jumpa ye....:)

      Delete
  4. Salam sis,

    Boleh tahu tak untuk anak-anak berapa ye kos VISA? Saya plan untuk bawa suami dan soon-to-be-born daughter. Time fly nanti insyaAllah she'll 4 months old.

    Kalau tak keberatan dan sis tahu berapa kos VISA email saya di echamyda@hotmail.com

    TQ

    Syuhada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Syuhada,

      Waktu saya apply dulu (Feb 2013) fee untuk UK visa adalah USD477 seorang (RM 1476.80). Boleh rujuk website UKBA in case ada perubahan..

      Delete
    2. Sy baru buat 2/9/2013 tempohari dah usd492, kira2 rm16++ duit kita

      Delete
  5. salam puan isma
    untuk interviu nak buat biometric card tu dorg ada interviu soalan2 kat kita x..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Waktu kami buat visa tempohari tak ada apa2 interview pun...biometric test tu just untuk ambik thumb & fingerprints dan ambik digital photo diri kita. Yang kerja kat situ pun orang Malaysia jugak!

      Delete
  6. Salam Kak Isma, ATAS tu mmg smua student post grad kna apply ke? Sbb dlm offer letter saya tidak dinyatakan apa2 mengenai ATAS kecuali CAS shja..thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, dalam offer letter husband akak pun tak de mention pasal ATAS, tapi untuk apply visa memang mintak ATAS cert. Cuba refer ke link ni..kat sini ada maklumkan course apa yang perlu/tak perlu apply for ATAS..https://www.gov.uk/academic-technology-approval-scheme

      Delete
  7. Assalamualaikum Isma..trima kasih krn.bkongsi something yg sgt mmbantu. Nk tanye, akak juga in shaa Allah akan ke manchester dlm ms tdekat ni.situasi kita hmpir sama bwk suami n 4 org anak.so ms isi online form utk apply visa tu kena bukak 6 akaun la erk.means stiap org isi scara brasingan or kita sbagai main applicant bleh apply utk dependents melalui akaun kita.fening la..kat guide dia xckp pn psl kesmcm ni. Isma bleh reply kt akk di sr_assurin@yahoo.com . Tqvm tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, ye memang kena isi satu borang setiap seorang..memang pening sikit bila nak isi banyak2 sebab banyak data info yang nak kena isi berulang-ulang....

      Delete