Kali ini kami pergi beramai-ramai, sebelum kepulangan kawan-kawan yang dah menamatkan pengajian dan akan pulang ke Malaysia tak lama lagi. Ada tujuh family yang join trip kali ini berserta beberapa orang geng2 bujang. Saya dan keluarga bertolak ke sana pada petang Jumaat 21/9/2013. Macam biasa tunggu anak-anak balik sekolah dan bersiap gitu-gini baru boleh gerak. Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam setengah dari Coventry. Kami menginap di Travelodge di Colwyn Bay. Asalnya nak book Travelodge di Bangor tapi dah penuh. Travelodge ni lebih kurang 30 minit jer dari Bangor. Untuk 3D2N harganya £115 (harga promosi).
Di UK ni, boleh dikatakan Travelodge merupakan hotel dengan harga yang paling berpatutan. Kadang-kadang boleh dapat harga lagi murah bila time ada promotion. Biasanya kat setiap bandar mesti ada Travelodge. Boleh pilih Single Room, Twin Room atau Family Room. Check-in after 3pm dan check-out 12pm. Sepatutnya Family Room adalah untuk 2 adults dan 2 children. Oleh kerana ada anak empat, so kena pandai2 'seludup' yang lagi dua orang untuk naik ke bilik hehehe...Bilik Alhamdulillah selesa, ada toilet sekali kat dlm bilik cuma tak boleh memasak ler...
Travelodge di Colwyn Bay
Oleh kerana tiba kat sana dah malam, jadi malam tu bila dah selesai urusan check-in, kami tido aje lah sambil menanti aktiviti keesokan harinya....
Esoknya lepas breakfast sendiri-sendiri kat bilik masing-masing kami bergerak ke destinasi pertama. Mulanya nak ke Marquess of Anglesey's Column (tak tau tempat apa, ikut jer ketua rombongan), tapi bila sampai kat sana rupanya tutup la pulak hari ni...Kemudian kami ke tempat dengan nama yang terpanjang di Europe..tak reti nak menyebutnya, baca jer lah ye kat signboard tu....
Kat dalam ni ada jual barang-barang cenderamata...Portmeirion pun ada!tapi tak banyak koleksi la...
Hantar poskad untuk Aki/Tok Wan di Jengka dan Tok Ayah/TokMa di Kota Bharu. Beli poskad dan stem boleh terus 'cop' sendiri kat situ...
Takde apa-apa sangat di sini, cuma sesi ambik2 gambar sebagai tanda dah pernah sampai kat sini...hehe...Kemudian kami kembali ke Colwyn Bay untuk ke Llandudno. Tak jemu-jemu menatap keindahan bumi Wales yang berbukit-bukau...
Sebelum tiba di sana kami berhenti posing dulu di tepian pantai sebab nampak cantik kawasan ni...Rasa tenang jer dok kat tepi pantai..
Akhirnya kami tiba di Llandudno. Seberang jalan sepanjang pantai tu terdiri bangunan2 dengan senibina Victorian. Cuaca yang baik pada hari ke sana menambahkan cantiknya pemandangan di situ. Ramai juga orang kat sini. Agak susah nak cari parking sebab kebanyakannya penuh. Jadi terpaksalah parking jauh sikit dan exercise berjalan kaki:)
Dengan Amin & Diyana yang dah nak balik Msia. Diorang ni la yang mula2 sambut kami waktu mula2 tiba di Coventry..
Dari situ kami ke surau yang terletak berhampiran dengan ASDA untuk solat jama' Zohor dan Asar. Selesai solat, kami berkonvoi ikut 'Mayor' kami Abg. Fuad untuk ke tempat crabbing, yang tak jauh dari Menai Bridge. Nak ke sana kena lalu Menai Bridge dulu....
Kat atas jambatan
Pandangan dari seberang
Menai Bridge ni dibina pada tahun 1826..bayangkan, masa tu diorang dah mampu buat jambatan macam ni...sedangkan datuk/nenek moyang kita di Tanah Melayu??? Kalau tak silap masa ni Tanah Melayu dah mula dijajah British...ye ke? owh, saya dah tak ingat sejarah:(
Ini pengalaman pertama tengok orang crabbing. Ingatkan susah sangat...rupanya cuma gunakan jaring-jaring dan umpannya isi/tulang ayam...baling aje jaring nanti ketam akan makan umpan dan lekat pada jaring-jaring tu...nak lagi senang, guna guni bawang yang jaring2 tu...lagi besar lagi banyak la ketam yang lekat....best juga rupanya...seronok bila tengok banyak ketam lekat pada jaring....kebetulan time kami datang tak ada orang kat situ....
Cuba nasib jugak hehe...
Hasil tangkapan
Dah puas hati dengan hasil tangkapan, kami balik semula ke hotel...dinner malam ni order dengan anak sedara mayor yang kebetulan student di Bangor University. Nasi minyak dengan ayam madu..hmm...sedappp tambah2 dah letih seharian berjalan...
Sebenarnya kawan-kawan lain stay lagi satu hari. The next day (Ahad) diorang ke Snowdonia dan Coernarfon Castle..tapi lepas Subuh kami dah balik sebab....macam biasa la, Aiman ada football match huhu....oleh kerana kami yang pulang awal, jadi kami ditugaskan untuk bawa pulang ketam....yang kelakar, bila kami buka kereta pagi tu...banyak ketam yang merayap2 dalam boot kereta cuba menyelamatkan diri...aduyai....cik abang la yang terpaksa menangkap ketam2 tu sebab saya mmg tak berani nak pegang ketam hidup....hahaha..
Sampai di Coventry terus layan maggi ketam sebelum ke tempat bola....
Hmmm...sedappp mkn maggi ketam time sejuk2...
Ketam-ketam tu kami bahagi-bahagi kat semua 'orang2 kampung' Coventry...minggu tu macam2 menu ketam kedengaran...ketam celup tepung, ketam masak cili api dll....maklum lah masing2 dah rindu nak makan ketam....
No comments:
Post a Comment