Tiada sambutan hebat sempena harijadi saya, tapi 27 November tetap menjadi hari yang manis untuk dikenang saban tahun. Bila masuk bulan November, saya sering terkenangkan sahabat2 saya di medical school dulu. Kami bersahabat baik sembilan orang selama lima tahun pengajian di sana, sehingga kwn2 lelaki se-badge menggelarkan kami 'United 9'..hehehe...apa taknya, boleh dikatakan, ke mana2 sahaja kami sentiasa ber-9...dah mcm rombongan gitu..kalau ke dewan makan memang kami akan turun bersama-sama...beratur bersama dan duduk makan di meja yang sama...begitu juga kalau ada aktiviti2 lain ketika di kolej kediaman. Lepas tahu kami digelar begitu, kami terus gunakan nama 'United 9' untuk geng kami.
Salah satu event wajib, kami akan celebrate birthday kwn2 setiap bulan. Siapa yg lahir bulan yang sama, kami akan buat sambutan sekali...bulan November adalah hari jadi aku dan dua sahabat yang lain iaitu Sue (12 Nov) dan Lily (21 Nov). Yang bestnya, tiap kali birthday, kami akan pakat2 untuk beli kek dan birthday present to every birthday girls...so tiap2 tahun mmg tunggu hari jadi sebab konfem akan dapat hadiah!...kadang-kala kami buat collection among us yg bukan sambut bday bulan tu; dan beli satu hadiah besar..kadang-kala pula kami beli hadiah satu sorang dan bagi pada bday girl..so akan dapat at least lapan hadiah yang berlainan...itu part yang best...yang tak bestnya bila tiba hari jadi kena hati2 sebab selalu jer di'pekena' oleh diorang...siapa yg pernah dok asrama mesti biasa dgn 'acara' mcm ni...kena baling telur ditambah pulak dengan tepung gandum sampai abis putih satu badan....ada ketikanya pula aku tertipu dengan niat baik kawan aku yang kononnya dengan baik hati nak tolong bancuhkan susu untuk aku (dulu aku slalu minum susu sebelum tido)... Tapi rupa2nya dibancuh susu debngan garam instead of gula!!cisss...memang nak muntah rasanya....Itu antara kenangan manis dengan kawan-kawan....rasa bertuah kerana dapat merasai pengalaman mcm tu di zaman remaja:)
Bila dah berkeluarga, tiap tahun hari jadi disambut dengan suami dan anak-anak; selain ucapan2 dari adik-beradik, keluarga dan kawan-kawan melalui facebook, whatsapp, SMS dll. Setahun skali, terasa diri famous jap macam artis sebab timeline penuh dengan ucapan hehehe....terasa diri disayangi gitu.....Di rumah,semalam pagi-pagi sebelum anak ke sekolah hubby dah keluarkan kek..tak perasan pula bila masa dia pegi beli kek dan kat mana dia simpan...pandai juga dia main sorok2 rupanya...jadi pagi2 anak nyanyi lagu 'happy bday' dan suruh mama potong kek...lepas tu sorang2 peluk dan kiss Mama...kembang berbunga-bunga rasa hati Mama....
Sekali hadap jer kek dah tinggal 1/4..
Rupa-rupanya masing-masing dah sediakan kad untuk Mama. Bukan kad canggih pun, diorang cuma ambik kertas A4 Mama buat kad...tapi paling menyentuh hati adalah 'kad' dari Aiman....
Ini yang buat Mama meleleh airmata...terharu. Jujurnya kata hati anak-anak.
Danish dan Mia pun ikut abang Aiman buat kad untuk Mama...sbb belajar phonics, Danish eja ikut sound jer...'happy' dah jadi 'h' dengan 'p' jer...'Love' pulak dieja 'L' dan 'f'....hahaha...Mia pulak kalau melukis tak tinggal gambar "Mia and mummy"...macam2 keletah anak2...Along tak sempat buat kad untuk Mama sebab dari malam dia kurang sihat kena Asthma. Tak tahan dengan cuaca yang semakin sejuk menggigit tulang ni. Hari ini dan semalam Mama memang sibuk sikit kena monitor dia...
Tengah Mama bersiap-siap nak ambik Mia di sekolah, tiba-tiba ada orang ketuk pintu...alamak, rupanya orang hantar sejambak bunga....dari siapa lagi kalau bukan dari suami tersayang...
Surprise la konon...hehehe....
Juga tak lupa menelefon Mak di kampung untuk ucapkan terima kasih kerana melahir dan mendidik saya...dan tak putus-putus berdoa untuk kejayaan dan kebahagiaan anaknya ini...
Syukur Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmatNya. Diberikan keberkatan waktu dan rezeki juga nikmat kesihatan. Amin.
saya pun tumpang terharu baca entry ni…
ReplyDeletesweet sgt kad Aiman tu… ucapan tulus dari hati anak kecil, terus rasa sebak :)
btw, happy belated birthday kak Isma…
Moga terus bahagia di samping keluarga :)
Moga Along cepat baik juga.. kak, cuba beri Along makan habbatus sauda… mudah nak cari kat kedai pakistan… Mcm Danish, setakat ni sgt serasi dgn habbatus sauda…
Terima kasih atas ucapan dan doa dari Nur.
DeleteInsyaallah, nanti Kak Isma try cari habbatus sauda tu...risau juga ni, org kata Jan nanti cuaca lebih sejuk...