Saturday, 9 November 2013

Awards

Dah seminggu anak-anak kembali bersekolah setelah bercuti autumn break selama seminggu. Semasa cuti sekolah kami sempat ke Nottingham dan ke Peak district, bersama-sama kawan sepejabat mr. hubby yang datang berconference di London.

Sepanjang sesi persekolahan yang lepas, alhamdulillah anak-anak menunjukkan peningkatan dalam pelajaran. Rasanya diorang dah semakin dapat menyesuaikan diri dengan sistem pelajaran, guru-guru dan kawan-kawan di sini. Seperti yang selalu saya maklumkan, yang paling merisaukan hati saya adalah anak ketiga; Aqil Danish yang terpaksa berhadapan dengan suasana yang serba-serbi baru bagi dia...Dia tidak pernah ke kindergarten semasa di Malaysia, tapi bila tiba di sini dia terus ke Reception, dan hanya selepas kurang empat bulan bersekolah dia naik Year 1 kerana sistem persekolahan di sini yg bermula setiap September. Dia berhadapan dengan cabaran berbahasa Inggeris dan pada masa yang sama perlu belajar mengikut sukatan pelajaran yang ditentukan.

Alangkah gembiranya hati bila hari demi hari Danish menunjukkan prestasi yang baik. Dia mula berbahasa Inggeris dengan saya dan abang-abang di rumah. Bermakna saya tidak perlu risau lagi tentang hubungan sosial dia dengan kawan-kawan. Saya juga sering bertanyakan keadaan dia di sekolah kepada assistant teacher yang saban hari menunggu di pintu kelas sewaktu mengambil dia pulang dari sekolah. Mungkin kerana dia sudah lebih faham apa yang cikgu sampaikan, maka pencapaian akademik dia pun lebih baik. Teacher sering memuji dia dalam pelajaran Maths. Bagi subjek literacy, dia masih perlu bekerja kuat kerana masih berusaha untuk memahirkan diri dengan phonics. Walaupun kawan-kawan lain dah mula pandai membaca sedangkan dia sedikit ketinggalan, tapi kata teacher he is a fast learner...alhamdulillah...tambah syukur saya bila di penghujung sesi yang lalu dia turut mendapat 'Golden Scroll Award' dari Head Teacher.

Di sekolah anak-anak saya di sini, pelbagai anugerah diberikan oleh head teacher semasa perhimpunan mingguan sekolah di setiap hari Jumaat. Rasanya hampir semua sekolah di UK melaksanakan perkara yang sama. Tujuannya adalah untuk memotivasikan murid-murid. Bukan yang paling cemerlang sahaja yang dapat anugerah, tetapi pelajar yang menunjukkan peningkatan; dalam apa juga segi termasuk akademik & sahsiah turut diberi penghargaan.


Untuk sesi yang lalu, semua anak-anak mama merasa naik ke pentas menerima award. Owh, kecuali Mia sebab Nursery tak terlibat dengan assembly..Along mendapat dua award iaitu 'Trust' dan 'Writer of the Week'. Tak sangka ye, budak Melayu pun boleh dapat writer of the week:)

Mama kongsikan di sini untuk kenang-kenangan terutama bila kita semua sudah kembali ke Malaysia nanti..saat itu pasti anak-anak mama semua dah besar-besar, kan....?

Semoga anak-anak mama akan lebih maju jaya di masa hadapan...

No comments:

Post a Comment