Showing posts with label JFC. Show all posts
Showing posts with label JFC. Show all posts

Wednesday, 20 May 2015

Aiman & Football Spring Trophy

Lama tak tulis pasal Aiman dan football clubnya. Aiman masih kekal dengan club yang lama iaitu Mount Nods Jets walaupun di pertengahan musim baru-baru ni ada berlaku sedikit 'drama'. Aiman menjalani training dengan pasukannya setiap hari Rabu jam 6 petang. Manakala hari Ahad pula adalah hari match/tournament.

 Dengan rakan sepasukan dan coaches

Hari Ahad 10 Mei 2015 team Aiman terpilih untuk ke perlawanan akhir Spring Trophy Coventry's JFC. Team Aiman, Mount Nods Jets bertemu dengan team Rugby Town JFC. Sepanjang Spring Cup ini team Aiman menunjukkan pencapaian yang sangat baik di mana mereka tidak pernah kalah dalam 14 perlawanan. Dalam game sebelum ini mereka seri dengan team Rugby Town.

Sejak Aiman main bola dengan JFC ni, kami pun kena ikut dia bila dia ada away games. Merata jugak la kami pergi dalam Coventry ni. Antara team yang jadi opponents team dia ialah Stradford Town JFC, Leamington, Chapelfield Colts, Dunlop, Christ The King dan Rugby Town.

Perlawanan akhir diadakan di 'home' iaitu di Ponderosa. Secara umumnya perlawanan diorang masa final hari tu agak sengit. Di tepi padang riuh dengan sorakan penyokong kedua-kedua pasukan yang terdiri daripada ahli keluarga masing-masing. Datuk & nenek diorang pun ada yang datang. Orang England kan memang suka football jadi diorang memang supportive sangat-sangat.

Sempat lagi ambik gambar before kick off


Main bola musim spring padang pun berbunga-bunga



Kedua-dua pasukan bermain bersungguh-sungguh dan dengan penuh semangat. Kawan Aiman, Kyle yang injured terpaksa keluar dan menangis bukan sebab sakit tapi sebab kecewa tak dapat bermain lebih lama. Tetapi nasib lebih menyebelahi team Rugby (jersi oren). Mereka menang 2-0. Sekali lagi nampak air muka kekecewaan di pasukan Aiman. Ada beberpa orang yang kelihatan mengesat airmata termasuk Aiman. Begitulah bersemangatnya mereka berjuang tapi ditakdirkan kemenangan bukan milik mereka.

Muka-muka sedih dan kecewa

Lepas berakhir perlawanan tersebut adalah penyampaian pingat oleh Club Chairman.


 Spring Trophy yang dimenangi oleh pihak lawan



Walaupun cuma naib juara, mereka tetap diraikan oleh coaches dan management team. Small party sebelum berehat untuk summer.




Haha this is funny!

Yang ni pun menyibuk jugak

Semoga Mount Nod Jets lebih berjaya di season akan datang.



Tuesday, 10 September 2013

Aiman is Nine

8 September 2013 (Ahad).

Genap 9 tahun umur Aiman. Dalam kelas Year 4 nya, Aiman antara yang paling tua sebab lahir awal bulan 9.

Sehari sebelum birthday dia, Aiman bagitau hasratnya nak raikan hari jadi dengan kawan-kawan football club dia. Kebetulan hari Ahad tu diorang ada match. Last minute tempah kek dengan Kak Shilla yg memang terer masak hehe...Oleh kerana pagi Ahad tu Kak Shilla ada hal lain, so pukul 5.30pagi dah kena pegi ambik kek kat rumah dia. Aiman pegi ambik dengan papanya. Excited betul, sanggup bangun awal2 pagi...



Sekarang routine hampir setiap hari Ahad join parents yang lain pegi tengok Aiman and his team lawan bola. Tak boleh dah nak rayau-rayau di carboot sale. Ahad tu diaorang ada away match di Cache Avenue, bukan kat tempat biasa. Pasukan lawan ialah Whitley Juniours. Sebelum masuk padang dah pesan, sempena birthday ni main la betul-betul. Buat yang terbaik. Alhamdulillah memang nampak Aiman main bersungguh-sungguh. Dia main wing tak la banyak sumbat gol tapi banyak assist kawan dia untuk jaringkan goal. Gol yang dia jaringkan pun cantik dapat pujian dari coach dan parents kat tepi padang. Akhirnya diorang menang dengan 9-0. Happy sangat2.

Habis game ada acara penganugerahan award. Tak sangka pulak Aiman dapat award 'Player of the week'. Award ni hasil undian parents yang datang. Masa tengah match ada borang diedarkan siapa pemain pilihan diorang. Seorang lagi kawan Aiman, Brendon pulak dapat award pilihan coach. Brendon ni memang dah main lama untuk club, dia memang terer dan selalu sumbat goal.

 Aiman dan Brendon

Lepas dapat award kami bagitau coach nak ajak kawan2 Aiman celebrate birthday. Keluarkan kek dan sedikit snacks + drinks. Rasanya birthday paling bermakna kot untuk Aiman setakat ni...Menang match, dapat award dan dapat celebrates dengan kawan-kawan dia...

Happy 9th Birthday to you my dear..

Tahniah Aiman. Mama and Papa very proud of you!

Tuesday, 2 July 2013

Aiman dan Football Club

Aiman anak saya yang kedua.
Dia memang minat main bola, sama macam papanya.
Kalau Mr. Hubby pegi main bola/futsal petang2 kat sini dia akan ikut...kalau tak de kawan lain nak main dia akan practice sorang2 jer...Abang dia Aliff (kami panggil Along), usia cuma berbeza setahun tapi kurang berminat main bola. Walaupun dari 'acuan' yang sama, tapi setiap anak miliki minat dan potential yang berbeza...kita sebagai ibubapa cuma bagi sokongan dan semangat untuk diorang.

Apa yang menggembirakan kami, Aiman terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam football team di sekolah dia. Oleh kerana minat dia dalam bola, suatu hari Mr. Hubby bawa dia ke satu Junior Football Club (JFC) di sini. Pada mulanya coach club tu ragu-ragu untuk terima Aiman dengan bagi alasan diorang dah cukup pemain. Mungkin dia ingat Aiman baru nak 'belajar' main bola...tapi seorang lagi coach di situ lebih positive dan bagi Aiman peluang untuk cuba main pada hari tersebut...Hasilnya, diorang agak impressed dengan permainan Aiman dan setuju untuk diterima dalam kelab tersebut.

Masa ni kekonon acara tandatangan kontrak mcm EPL 

Pada minggu berikutnya Aiman wakili kelab tersebut untuk satu match. Lawannya adalah another football club yang lebih lama dilatih. Surprisingly team dia menang! Aiman turut sumbangkan penalty kick untuk team dia...Coach dia punya la happy...datang jumpa kitorang dan siap ucap terima kasih sebab bawak Aiman masuk club dia..hehehe..

Ahad lepas pulak (30/6/2013) diorang ada tournament. Ada empat team semuanya jadi team Aiman ada 3 games hari tu...satu menang, satu seri dan satu kalah...dia sumbat 2 gol. OK lah kan, yang penting dia dapat peluang belajar dan bermain kat sini...dapat tambah kawan2 jugak.....Mama macam biasa la excited..tunggu tengok dia main dari pagi sampai habis game dekat pkl 3pm...senang jer nak cam Aiman dari tepi padang sbb dia sorang jer yg rambut 'paling hitam'.....ramai juga parents yang datang tegur aku ngan hubby puji permainan Aiman..Alhamdulillah, harap2 dia tak leka dengan pujian dan berusaha lagi untuk baiki permainan dia...

Ni gambar masa tournament hr tu...








Mama doakan bakat Aiman dapat digilap lebih lagi di sini...:)