Showing posts with label UK. Show all posts
Showing posts with label UK. Show all posts

Monday, 3 August 2015

Prof Dave Datang Beraya

Masih lagi dalam mood beraya.

Minggu lalu kami menerima kedatangan tetamu yang agak special, Prof Dave yang merupakan supervisor PhD Mr. Hubby. Dia datang dengan isterinya, Pippa. Kat sini walaupun ada pangkat Professor, tapi di kalangan pelajar PhD, diorang lebih suka dipanggil nama biasa. Mungkin untuk rasa lebih mesra.

Mulanya saya risau juga bila Mr. Hubby bagitau diorang nak datang beraya. Risau nak masak apa. Tertanya-tanya boleh ke diorang makan makanan kita yang agak pedas. Takut pulak kalau diorang tak boleh nak telan nanti huhu. Karang kena potong markah pulak PhD Mr. Hubby hehe..Macam-macam lah fikir. Untuk selamat, saya decide nak masak Nasi Lemak sebab MAS punya inflight meals pun serve nasi lemak. Diorang mesti dah buat research apa yang foreigner suka makan, kan?. So saya sediakan nasi lemak with sambal & friends, lontong & friends dan rendang ayam. Mr. Hubby buat lemang. Untuk desserts saya buat kuih bakar pandan dan Along pula tolong buat cornflakes cookies (ni bukan kuih tradisional hehe).

Dave & Pippa sampai tepat-tepat jam 6.30 petang seperti dijanjikan. Punctual sungguh. Nasib baik semuanya dah ready. Terharu juga diorang sudi datang ke rumah. Sebelum makan-makan kami berbual di ruang tamu, saling berkenalan sebab saya baru pertama kali bertemu dengan mereka. Kedua-duanya baik dan peramah.

Kemudian sambung berbual di meja makan sambil introduce makanan-makanan kita tu. Mula-mula diorang makan nasi lemak dengan sambal & rendang. Tengok Dave makan slow,slow saya dah mula risau takut dia terpaksa makan jer. Tapi dah habis sepinggan dia minta tambah. Owh ok lah...lega...Pippa dari awal steady je makan. Dia kata dia suka rendang ayam tu. Alhamdulillah. Lepas makan nasi diorang makan lemang dan sambung dengan lontong pula. Pun habis semangkuk sorang makan lontong walaupun dah kenyang makan nasi. Sambil-sambil bersembang diorang makan kuih bakar dan cookies. Lega sungguh saya diorang ni tak cerewet.

Kat dalam tureen tu kuah lodeh/lontong

Oleh kerana saya tak sure macam mana nak prepare minuman untuk diorang, saya cuma letak gula dan freshmilk untuk diorang buat bancuh teh sendiri. Mujur juga, rupanya diorang tak guna gula langsung. Cuma teh dan freshmilk!errkkk..kalu saya tak boleh telan macam tu. Padanlah orang-orang kat sini nampak sihat walaupun dah berusia.

Mia je yang sempat ambik gambar dengan diorang. 
Lupa nak bergambar ramai2 sebelum balik

Seronok berbual-bual dari kisah anak-anak mereka, adik beradik (rupanya Dave ada twin di Uni of Chester).,citer honeymoon diorang pun keluar. Macam dah kenal lama pulak, tak terasa dah Dave tu 'boss' Mr. Hubby. Bertuah sungguh Mr. Hubby dapat SV yang baik macam ni.

Hampir 3 jam juga mereka di rumah kami, sebelum balik diorang bagi presents pulak. Coklat & gula2 untuk anak-anak. Saya dan Mr. Hubby pun dapat hadiah juga :)..Memang budaya diorang agaknya bawa hadiah bila ke rumah orang. Macam kita juga bawa buah tangan bila menerima jemputan.

Sesi buka hadiah

Coklat dah selamat awal-awal. Maaf sayang, Haribo tu tak boleh makan, tak halal.

Strawberry jem tu Pippa buat sendiri dari strawberries di allotment mereka. Diorang suka gardening, macam-macam plants diorang tanam di rumah mereka di Kenilworth. Katanya orchard pun ada untuk tanam pokok yang lebih besar. 

Diorang minta diri untuk balik bila hari dah beransur gelap. Lebih kurang jam 9.30pm. InsyaAllah, suata hari nanti kita jumpa di Malaysia pula.

Esoknya Mr. Hubby dapat email dari Dave.


Mat salleh (yang baik-baik) memang very appreciative walaupun yang kita buat tu takde lah hebat sangat. Puji-memuji macam dah jadi budaya diorang. Cikgu-cikgu di sekolah pun macam tu. Orang kita, kadang-kala yang berpangkat besar agak ego dengan orang bawahan. (Ayat2 manis rupanya nak ajak meeting hehe).








Sunday, 1 June 2014

Ice-skating

Dalam term lepas, Aliff dan Aiman dua-dua dapat award untuk kehadiran penuh ke sekolah. Yang bestnya siapa yang dapat award ini akan diberikan kupon ice-skating bersama keluarga. Saya hampir terlupa tentang kupon ni hinggalah beberapa hari sebelum tarikh kupon tersebut tamat, iaitu pada 23 Mei. Masanya pada hari bekerja, jadi kena la pujuk Mr. Hubby untuk balik awal dari uni....hehe..Tempat ice-skating ni tak jauh sangat dari rumah kami, iaitu di Sky Dome, Coventry yang bersebelahan dengan IKEA.

Kami pergi betul-betul last day kupon tu...Rupanya bayaran ice-skating untuk package family of 4 berharga £40...kalau saja2 nak pegi dan bayar rasanya memang tak pergi laa kot....mujur dapat kupon percuma ni:)

Ini pengalaman pertama diorang main kat sini. Kena sewa kasut setiap seorang £2. Untuk yang belum pandai skating boleh main tolak2 pingu yang comel, yang disewa sebanyak £3.


Mia memang main tolak pingu aje dari awal sampai balik:)
Danish mula2 masuk je tolak si pingu lepas tu dah berani sikit dah untuk skate sendiri...
Aliff dan Aiman dah besar, so senang sikit nak imbang badan...
Semua seronok sampai tak nak berhenti walaupun banyak kali jugak jatuh gedebuk-gedebak. Satu sesi dua jam, jadi petang tu diorang main dari pukul 4.15-6.15pm...mama dan papa jadi penonton jer dari luar. Tak berani pulak nak masuk sebab rasa maluuu kalau jatuh:p






Tengok budak-budak lain yang dah biasa memang terer siap main pusing-pusing lagi...ada tegur sorang mom yang dok tunggu anak dia bagitau, dia memang hantar anak dia pegi kelas belajar ice-skating ni. No wonder la terer semacam walaupun umur lebih kurang Mia jer...

Nak datang lagi kena tunggu dapat kupon lagi...Bermakna kena rajin datang sekolah dan tak boleh ponteng!:)

Wednesday, 26 March 2014

Ulangtahun Yang Pertama

Lama betul rasanya tak jenguk blog sendiri dan berziarah ke blog kawan-kawan. Patutlah tiba-tiba hari ni terasa rindu ke 'rumah' ini. Rupanya hari ini genap setahun blog ini dibuka....

Dulu saya berhasrat untuk buat catatan pada 3.3.2014, sempena setahun kami merantau di bumi England. Tapi entah apa yang disibukkan, tarikh tersebut berlalu tanpa sempat meninggalkan coretan di sini. Bukan mudah berhijrah meninggalkan 'comfort zone'. Tambahan lagi dengan keluarga dan empat orang anak. Setelah segalanya ditinggalkan di tanahair, di sini perlu dimulakan kembali dari awal. Kediaman baru, kenderaan baru, sekolah dan kawan-kawan baru untuk anak-anak...semuanya bermula dengan satu pengalaman baru...Walaupun kebanyakan masa perkara-perkara menarik sahaja yang dipaparkan, namun hakikatnya bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang. Kehidupan mana yang tidak diuji Tuhan.  Alhamdulillah, setelah pelbagai perkara pahit, manis, suka, duka dan macam-macam pengalaman baru yang ditempuhi di sini, kami berjaya melalui tahun pertama. Semoga Allah kuatkan lagi hati kami untuk menempuhi hari-hari mendatang dan memayungi kami dengan kasih-sayangNya. Sempena setahun kami di sini, pada 3.3.2014 yang lalu, sempat buat nasi kerabu untuk jamuan seisi keluarga...Alhamdulillah...



Ada juga yang bertanya kenapa blog ini namanya 'Gelama Busuk'??Tak komersil langsung kan?haha...

Sebenarnya ada peristiwa di sebalik nama ini. Sebelum kami berangkat ke sini setahun yang lalu, ibu mertua yang saya panggil 'Ma' telah membeli dua ekor ikan gelama masin yang besar. Hasratnya, sebagai bekalan untuk kami bawa ke sini. Dibawa ikan tersebut berbungkus rapi menaiki pesawat dari Kota Bharu ke KLIA sewaktu mahu menghantar kami..Berkali-kali Ma dan Ayah ulang tentang kesedapan ikan ini.  Isinya tebal dan nampak gebu sekali...bukan macam ikan2 masin biasa yang kami beli di Nilai 3. Harganya pun bukan biasa-biasa. Hati seorang ibu, pastilah mahu yang terbaik untuk anak, menantu dan cucu-cucu...Dalam kesibukan kami berkemas sebagai persiapan akhir ke UK, Ma sempat menggorengkan sedikit dari ikan tersebut untuk kami rasa. Hmmm...memang sedap! cukup sekadar dengan nasi putih panas-panas tak ada lauk lain pun tak apa!...menyelerakan. Terbayang senyum puas Ma tengok kami makan dengan penuh selera. "Tentu sedap makan begini di dalam cuaca sejuk di UK nanti"..pasti itu yang bermain di fikiran Ma untuk kami. Sayangnya hajat Ma tidak kesampaian. Entah dimana silapnya, mungkin cara packing yang tak kena...ikan tersebut terkandas di KLIA! Berat hati rasanya nak memulangkan kembali ikan tersebut kepada Ma dan Ayah untuk dibawa pulang kembali...Pasti ada rasa terkilan di hati mereka. Sehingga kini, bila teringin nak makan ikan masin...pasti ikan tersebut yang disebut Mr. Hubby...Itulah nasib sang gelama, yang tak dapat bersama kami di sini...:) Tapi kami abadikan namanya tanda kasih sayang kami untuk Ma dan Ayah yang sentiasa mendoakan kami.....

Friday, 14 February 2014

Snow Singgah di Coventry

Hari ni anak-anak mula bercuti, mid term break selama seminggu. Lega sekejap tak payah berjalan kaki redah kesejukan musim winter untuk ambik diorang dari sekolah..ada sesetengah hari sampai empat trip - 11.45am ambik Mia, 3.30ptg ambik Danish, 4.30ptg - Along habis booster class (preparation utk SATS exam) dan 5.30ptg Aiman habis football training...fuh!!memang menguji kesabaran...

Dalam pada tak tahan sejuk tu, anak-anak dok menuggu snow turun. Katanya nak main baling-baling snowballs dengan kawan-kawan, nak buat snowman dan nak sledging juga...tapi nampaknya belum kesampaian. Cuaca di sini tak menentu, sekejap ada matahari (tapi tetap sejuk), sekejap mendung, sekejap hujan...di tambah pula dengan angin yang kuat berderu-deru bunyinya....

Selasa lepas (11 Feb) dalam pukul 10 pagi tiba-tiba nampak titisan salji di luar rumah...terkejut juga, tak sangka salji nak turun pada hari tu...tapi sebab cuma tinggal sorang2 kat rumah, rasa excited tu kurang sikit...kalau anak-anak ada di rumah mesti diorang bersorak keriangan tengok salji yang turun putih bersama hujan gerimis....tapi tak banyak dan tak sempat berkumpul pun...sampai di bumi terus cair...salji yang macam ni dipanggil 'sleet'....

Sempat ambil gambar dari tingkap bilik....





Sekejap jer salji turun...sejam je kot..nama pun singgah, kan?

Monday, 27 January 2014

Winter Frost

Minggu lepas minggu yang agak busy, lepas terima boss Mr. Hubby beberapa hari di rumah kami, then sambung pulak dengan kenalan yang datang dengan familynya untuk konvo....Kebetulan adik saya yang kat Southampton pun datang jengok kami beberapa hari lepas dia habis exam. Selain tu jugak kalut finalisedkan thesis untuk dihantar kat supervisor..Alhamdulillah dah siap email kat sv dan sekarang tunggu sv untuk review. Doa sangat2 agar Allah tak bolak-balikkan hati SV untuk cadangkan macam2 changes lagi huhu...dah tak larat nak mengadap thesis yang dah setebal 310 pages itu...Hari ni bila anak-anak dah ke sekolah dan Mr. Hubby ke uni, bila dah tak ada tetamu2....dan tak perlu fikir nak baca jurnal dan mengadap thesis untuk seketika...tetiba rasa sunyi dan tak tau nak buat apa hehe...

Tapi perasaan 'lega' tu sekejap jer..pukul 10.00pg sekolah telefon maklumkan ada kemalangan kecil berlaku kat Mia...dan minta saya datang tengok keadaan Mia. Bila tiba di Nursery, nampak Mia ok jer tengah melukis...teacher Mia, Mrs. Stephenson cerita apa yang berlaku...salah seorang pelajar tertolak painting board yang agak berat dan jatuh atas kepala Mia...kata tcher Mia menangis juga sekejap tadi..walaupun nampak tak ada apa-apa, bump pun tak ada kat kepala, tapi teacher prefer mommy datang assess sendiri...Biasa lah, diorang ni kan terlebih concern pasal hal2 macam ni....Tanya Mia tentang kejadian tu tapi dia macam tak kisah jer...sibuk tunjuk dia lukis 'fire fighter'.

Alamak, panjang pulak story-mory....Hari ni just nak kongsi gambar winter frost. Ini gambar minggu lepas sebenarnya. Keluar rumah waktu hantar anak-anak ke sekolah hari Selasa lepas baru perasan frost yang putih menutupi rumput. Biasanya frost cuma meliputi cermin kereta; pagi2 kena scraped dulu cermin kereta untuk buang frost. Tapi pagi tu, frost agak tebal atas rumput di hadapan rumah dan sepanjang perjalanan ke sekolah.


di halaman rumah

Frost atas rumput di perkarangan sekolah

Sekali tengok kat gambar nampak mcm snow kan? Tapi ini bukan snow. Frost terjadi bila embun membeku kerana suhu waktu malam/awal pagi di bawah takat beku.

sunny morning tapi sejukkkkk...


Sehingga hari ini, snow belum tiba lagi di bumi Coventry di musim winter kali ni...bila lah agaknya ye?....

Monday, 13 January 2014

Boxing Day 2013

Boxing Day bukan hari bergusti ye!hehe...Boxing Day ni ialah hari selepas Krismas, iaitu pada 26 Disember. Hari ini merupakan public holiday di UK. Sebenarnya, hari tersebut dinamakan Boxing Day sebab diorang membuka kotak-kotak hadiah yang diterima semasa Hari Krismas. Tetapi sekarang Boxing Day lebih dikenali sebagai hari untuk bershopping, sebab kebiasaannya kedai-kedai menjual barang-barang dengan diskaun yang banyak sebagai jualan penghabisan stok (clearance) sebelum menyambut tahun baru.

Oleh kerana ini adalah kali pertama nak rasa pengalaman 'Boxing Day', jadi sikit sebanyak ada perasaan excited jugalah nak tunggu 26 Disember mendengarkan cerita bahawa pada hari ini banyak barang dijual dengan 'harga runtuh'. Sebelum tiba 26hb lagi kwn2 kat sini dah mula tanya "nak boxing day kat mana?". Aiii...macam best jer boxing day ni....hehehe. Mulanya ingatkan nak berboxing day di Newcastle jer...sebab kononnya "tak tau nak beli apa....nak tengok-tengok jer". Tapi setelah 'dibakar' oleh kawan Mr. Hubby, akhirnya pagi-pagi sesudah Subuh lagi kami telah bertolak ke York Designer Outlet. Lagipun tempat ni dah on the way kami pulang ke Coventry....

 Ambik gambar masa dah nak balik...masa mula2 sampai gelap-gelita lagi...

Jangan tak caya, waktu kami sampai kedai-kedai belum bukak lagi...Datang awal kononnya supaya tak susah cari parking dan tak bersesak sangat dengan orang ramai sebab nak bershopping dengan kanak-kanak riang empat orang nih...Outlet yang paling awal dibuka di sini ialah NEXT, iaitu pada pukul 8 pagi. Ingatkan ni dah awal, rupanya ada sesetengah Next Outlet di tempat lain buka pukul 6 pagi!. Maka kami adalah antara orang terawal yang beratur masuk Next Outlet tu...semangat hokey!hehehe.....memang seronok pilih barang sebab orang tak ramai lagi...Tapi sekejap jer jumlah orang dalam kedai dah makin bertambah....Murah sgt ke???Hmmm...kira murah la kan sebab baju budak banyak juga yang harga £2-£10. Ikut saiz la kan...kalau size makin besar harga lebih la sket...Time jualan murah macam ni la nak beli baju anak-anak...masing2 dapat habuan. Yang paling untung mesti la si budak Mia sebab Mama manjang nampak baju girl jer yang comey2 tak boleh nak tahan nafsu....sebab geram tengok baju comey2 beli sekali kat anak-anak sedara...rezeki la sape yang dapat nanti ye...tak boleh la nak beli kat semua orang sebab anak sedara kalau campur both sides ada lebih 40 orang rasanya!...yang tak dapat kali ni tunggu ye giliran lain kali...:)Selain baju budak2 beli jugak seluar untuk bapa mertuaku.......

See....punya la awal datang kedai x bukak lagi...ada beberapa orang jer kat dalam tu......

Keluar dari Next kedai lain dah banyak bukak...pelaburan paling banyak dibuat oleh Mr. Hubby kat kedai Lacoste...ada dekat 10 helai kot baju yang dibeli untuk diri sendiri dan juga yang dikirim oleh abang dan adik-adik....Lepas tu pegi pulak ke Ralph Lauren outlet...pun banyak juga sale yang best2...Baru masuk dua-tiga outlets poket pun dah makin menyusut...so kat kedai lain just jamu2 mata jer lah!kang hujung bulan nak tunggu scholarship masuk dok mengadap baju2 jer pulak....




Tapi dalam beringat2 tak nak beli banyak tu 'ter'melabur juga di kedai Procook, Home and Cook, Clarks dll...Aduiii...memang tak kuat iman. Tambah2 masuk oulet GAP ada further reduction 40% dari harga asal yang dah sedia ada diskaun...so pilih dan pilih lagi baju....huhuhu....masa dah nak balik tu tetiba Mr. Hubby terasa nak menambah baju Ralph Lauren tapi bila balik semula ke kedai tu rupanya orang dah beratur panjang nak masuk....nasib baik kami sampai awal tadi...kalau tak, memang tak kuasa la nak beratur macam ni....



Memang best shopping kat York ni sebab kedai2 dia indoors, so tak la sejuk walaupun bershopping musim winter macam ni...Tak macam kat Cheshire Oaks atau Bicester Village yang kita kena jalan kat luar untuk pegi dari satu kedai ke satu kedai. Outlets pun banyak, ada dekat 120 buah semuanya.....Tak larat nak masuk semua....Ramai juga jumpa orang Malaysia kat sini...sempat lah bertegur-sapa dengan 2-3 orang...Sebelum ni dengar kalau jumpa orang Malaysia kat mana2 ramai yang sombong2 buat tak kenal..tapi tak semuanya macam tu......

Gambar hasil pemborongan??Alamak..segan la pulak nak tayang kat sini...hehehe....

Friday, 30 August 2013

Aidilfitri Pertama di UK

Hari ni dah 23 Syawal 1434H.

Baru berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah di sini..Maaf Zahir dan Batin. Bermula bulan Ramadhan sibuk dengan bermacam-macam perkara sampai tak sempat nak update blog. Untuk catatan raya di perantauan, kena coretkan juga sesuatu buat kenangan di kemudian hari.. Alhamdulillah kami menyambut raya seadanya bersama komuniti Malaysia di Coventry.

Hero Malaya di Coventry

Pada tahun ni rumah kami dipilih untuk jadi tuan rumah sambutan hari raya. Pada kebiasaannya, sambutan raya di buat di rumah seorang PR yang dah lebih 15 tahun tinggal di Coventry bersama keluarganya. Kami gelarkan dia sebagai 'Mayor' di sini...:) Memang kebanyakan aktiviti2 persatuan di buat di rumah beliau. Tetapi kebetulan pula tahun ni beliau dan family balik beraya di Malaysia...ntah macam mana semasa meeting diorang decide nak buat di rumah kami...cuak juga pada mulanya dah la baru beberapa bulan jer kat sini, dah diberi tanggungjawab begitu. Tapi aku dan hubby menerima amanah yang diberi....

Untuk sambutan hari raya, kami bergotong-royong memasak juadah sehari sebelum lebaran..hasil perbincangan kami bersetuju memasak nasi beriyani, kari kambing, ayam masak merah, lontong, rendang dan sate. Setiap keluarga juga digalakkan bawa pot luck...pada hari gotong-royong, kaum bapa cari idea nak buat lemang. Hasil kreativiti diorang, dapat juga kami merasa lemang walaupun tak ada buluh...ok lah juga kan?...Selepas penat bergotong-royong kami berbuka puasa bersama-sama di hari terakhir Ramadhan..


Buat lemang bawah pokok epal. Nampak buah2 yang hijau tu? buah epal yang belum masak

Kami sambut Aidilfitri sama dengan Malaysia, hari Khamis 8 Ogos 2013. Bangun awal pagi tu sebab nak kemas2 rumah, panaskan lauk-pauk yang dimasak semalam etc...Kemudian kejut anak-anak untuk mandi sunat Aidilfitri lepas tu pegi sembahyang sunat Aidilfitri di Prayer Hall University of Warwick dengan muslim lain yang ada kat sini...Selepas selesai solat ada jamuan ringan disediakan dgn pelbagai kek dan kuih-muih orang arab/Pakistan. Lepas tu cepat-cepat balik nak siapkan tempat untuk jamuan tetamu yang datang nanti. Jam 10 tetamu dah mula datang..masing-masing bawak pot luck hasilnya penuh meja dengan pelbagai hidangan termasuk biskut2 raya..Alhamdulillah, sederhana tetapi meriah..




Untuk ceriakan kanak-kanak, AJK MCS anjurkan acara bagi duit raya kat diorang...seronok tengok diorang beratur tak sabar nak dapat duit raya hehehe....



Oleh kerana hari pertama open house cuma di rumah kami, jadi diorang lepak sampai lewat petang. Ada yang balik sekejap kemudian datang semula sambung makan petang tu...Selain student2 postgrad & undergrads yang tak balik beraya di Malaysia, Malaysian yang bekerja kat sini, yg dah dapat PR or yang kawin dgn Mat Salleh pun datang bawak family masing2...Time2 macam ni jer dapat berkumpul ramai2....






Memang penat jadi tuan rumah sampai rasa macam nak demam...tapi syukur sangat semuanya berjalan lancar dengan kerjasama rakan-rakan yang lain...lega...Gambar raya yang complete sefamily pun tak sempat nak ambik sebab sibuk melayan tetamu...

 Hubby and me
 With my sons..Mia merajuk, tak mau masuk dlm gambar..
Mia masa tengah excited pakai baju kurung

Raya kedua pula kawan aku dari Leicester, Dr. Airi dan sorang lagi dari London, Tie datang beraya kat rumah. Diorang ni classmates aku dan hubby semasa di MRSM...yup, aku dan hubby dulu classmate masa Form 4 & Form 5..hihi...Dr. Airi dan Tie memang dah lama tak jumpa sejak abis sekolah sbb lepas SPM Airi buat Medic di UK dan terus kerja kat sini...so berjejak kasih kat rumah aku la...seronok jumpa kawan2 lama. Jauh tu jejak kasih di bumi UK..

Bergambar sblm diorang balik

Raya ketiga pula kami beraya di beberapa rumah kawan-kawan di Coventry...ni adhoc punya plan jer...Hari Sabtu semua tak de menda nak buat so ada member cadangkan kitorang buat acara ziarah. Sempat beraya di 3-4 rumah member..aktiviti tak dirancang so tak expect tuan rumah sedia menu hebat2, cuma nak rasa suasana raya jer...Itupun macam2 juadah dapat kami rasa...thanks a lot to them yang kena terjah..hehehe...

Macam konsep snowballing...rumah terakhir dah jadi segerombolan pulak..:)

Weekend berikutnya ada lagi jamuan open house..Tapi tak sebanyak macam kat Msia lah. Satu hari cuma satu rumah jer yang buat jamuan...

Begitulah serba-sedikit cerita raya kami....Memang tak sama dengan kemeriahan Syawal di tanahair, tapi kehadiran kawan2 dapat mengubat kerinduan pada keluarga tercinta. Sangat sedih dah sayu semasa berskype dengan family dan tengok gambar2 raya family yang dipost di facebook...huhuhu...

Salam Aidilfiri buat semua...:)



Monday, 3 June 2013

Family Day MCS

1 Jun 2013

Hari Sabtu lepas kami Malaysian Coventry Society (MCS) telah mengadakan family day atau 'Fabuloves Day' bertempat di Coombe Abbey Park, Coventry. Ini salah satu program utama MCS...pada hari ni keluarga postgraduates dan adik2 undergraduates berkumpul bersama. Ramai juga adik2 undergraduates yang tak dapat datang sebab skrg tgh musim exam...tapi yang hadir tu dah cukup untuk memeriahkan program ni....

First time dapat jumpa ramai2 Malaysian mcm ni kat sini...ada juga 3-4 family yang mmg bekerja dan telah menetap kat sini berbelas tahun. Kami family post-graduates bahagi2 tugas untuk menyediakan makanan...macam2 menu dari meehoon goreng, nasi goreng, mee goreng, kuah kacang, nasi impit, sup, bubur nasi, pasta, nuggets dan macam-macam-macam lagilah termasuk bbq....memang best sangat2 dapat berkenalan dan berborak sakan. Paling best sebab dapat makan masakan org lain coz rasa macam dah jemu hari2 mengadap makanan yang dimasak sendiri hehehe....Desserts pun semua sedap2 dan cantik.kuih moden dan tradisional sumer ada.....







Selain dari acara makan2 dan BBQ, kami juga aktiviti sukaneka. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari family postgrads+adik2 undergrads....antaranya main baling dart kat belon pastu kena teka2, cari gula2 dalam tepung, galah panjang, lambung belon isi air ke belakang dan acara kemuncak tarik tali......akhirnya majlis penyampaian hadiah oleh director Edu. Malaysia Prof Madya Dr. Anizu yang dtg dari London...yang kelakarnya tak disangka2 puding yang aku buat dipilih sebagai pemenang pertandingan desserts...hahaha lawak jer aku rasa sbb mmg x terfikir nak menang pun....






Ribuan terima kasih kat AJK MCS yang bertungkus-lumus memastikan event ni berjaya...semoga ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan...

Tuesday, 28 May 2013

Sekolah di UK - Part II

Minggu ni anak-anak bercuti seminggu for half term holiday. Alhamdulillah nampaknya diorang dah dapat adapt dengan sekolah baru di sini.

Hari Selasa minggu lepas anak sulung aku, Aliff ikut lawatan sekolah ke tempat-tempat menarik di London. Trip ini untuk Year 5 and Year 6 students. Mama pun belum ada kesempatan nak ronda2 kota London lagi...Seronok Aliff bercerita dia dan kawan2 ke Burkingham Palace, London Bridge, London's Big Ben (clock tower) etc. Kemudian diorang berhenti rehat & lunch di Hyde Park. Sayangnya teacher tak benarkan bawa phone/kamera so tak boleh nak suruh Aliff ambik gambar....


Mama sempat ambik gambar waktu Aliff turun dari bas jer....

Aiman pula di Year 3. Dia pun happy dapat ramai kawan2 baru. Aiman ni memang peramah dan senang dapat kawan. Tambah pulak dia jenis jenis loyar buruk sket...Walaupun pada mulanya aku agak risau takut diorang ketinggalan dari segi pelajaran sebab masuk sekolah dah lewat (school term mula pada bulan September 2012, diorang start sekolah April 2013) tapi sekarang dah tak risau sangat.

Sekolah di sini tak fokus kepada akademik semate...yang penting budak2 suka nak pegi sekolah. Betul juga approach macam ni, sebab bila dah rasa seronok nak ke sekolah baru la senang nak belajar kan? Diorang pun tak beza2 kan mana budak yang pandai dengan yang kurang pandai. Tak de streaming group A paling pandai dan yang tak pandai masuk group C...sebab diorang tak de exam pun. Tapi cikgu dapat kenalpasti keupayaan diorang daripada aktiviti2 dalam kelas...kerja2 kelas dan homework diberikan berdasarkan keupayaan bdk2 ni. Maksudnya tak semua budak akan buat homework yang sama. Sebenarnya diorang mmg ada buat laporan bagi setiap murid, dan mereka juga tentukan band yang dicapai oleh setiap seorang. Tapi cara diorang assess tu tak obvious sgt sehinggakan budak2 tak rasa diorang diassess dan berada di band mana...jadi tak ada la rasa rendah diri atau inferior dgn kawan-kawan...

Untuk bagi motivasi kat students pulak, diorang ada chart di setiap kelas. Bermula dari level red, green, bronze, silver, gold dan platinum...So tiap2 hari diorang akan berlumba2 untuk ke platinum level...ni level yang ter baik la..tapi cikgu bukan tgk diorang pandai jawab soalan jer..kalau ada buat perkara2 yang baik pun boleh naik level...Cikgu akan bagi stickers, chocolate dll kat sesape yg naik level..kalau dapat platinum pulak dapat medal...tu yang diorang ni suka!


Aiman excited dapat dua platinum!

Kat dalam kelas biasanya ada 2 orang cikgu. Seorang yang mengajar kat depan dan seorang lagi dipanggil assistant teacher untuk tlg dalam kelas tu...Jadi cikgu dapat fokus pada tugas mengajar. Assistant teacher ni jugak yang selalu tunggu di pintu kelas dan akan greet parents/students yang datang hantar/ambik anak2...x putus2 cakap hi, hello, good morning, how are you today?...buat murid2 rasa kedatangan mereka ke sekolah diraikan...

Diorang belajar tiga subjek utama iaitu English, Math & Science. Pastu ada belajar foreign languages mcm French and Spain...Yang aku nampak cara diorang ajar tentang sesuatu topik tu more comprehensive walaupun masih di sekolah rendah. Contohnya baru ni Aiman (Year 3) belajar tentang The Romans...so dia diterangkan macam mana ciri2 orang roman, pakaian2 dia dan senjata2 zaman ancient Romans tu (yang mana aku pun tak tahu...hu hu). Pastu sebagai homework aiman kena buat poems tentang The Romans...mesti sebab cikgu nak tengok diorang paham ke tak pasal topik tu.....Kemudian diorang belajar pulak pasal Haiku poems dan berlatih buat poem...Aiman pulak yang ajar mama tentang Haiku poem: baris pertama dan ketiga mesti ada lima syllabus dan baris kedua/tengah ada tujuh syllabus. Nampaknya bukan anak2 jer belajar benda baru, mama pun tumpang belajar sama!

Aku juga kagum dengan semangat anak ketiga aku, Danish. Walaupun belum pandai berbahasa Inggeris, cuma berbekalkan "Yes"," No", "I want to weewee"...nampaknya dia tak jemu ke sekolah. Kata cikgu "Aqil (nama cikgu panggil kat sekolah) is brilliant, he's trying hard to learn and mixed around with friends"....Bagus jadi budak kecik...tak ada rasa malu dan rendah diri...dan tak perlu rasa stress dengan kekurangan diri...

Mama sentiasa doakan anak2 mama berjaya di dunia dan akhirat....