Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, 27 March 2015

Pasta Bakar Bertuna

Semalam sewaktu ambil Danish di kelasnya, dia tidak sabar-sabar bercerita. Guru kelas, Mrs. Knight bawa dia berjumpa Head Teacher, Mrs. Ward kerana prestasi dia yang bagus hari ini. Kelas mereka, 2M sedang belajar tentang 'Neil Armstrong' pada minggu ini, dan semalam Danish dapat bercerita dengan baik sekali di dalam kelas tentang apa yang dia telah pelajari. Mrs. Knight sangat gembira dengan Danish jadi dia bawa Danish berjumpa dengan Mrs. Ward untuk menerima pujian dan 'prize'. Mungkin sebelum ini Danish agak senyap dalam kelas, bila dia dah mula berkeyakinan untuk bercerita kepada kawan-kawan, perubahan ini amat menggembirakan Mrs. Knight.

Begitulah di sekolah ini, pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang 'impressive' dari segi pelajaran atau budi pekerti akan dibawa terus ke Mrs. Ward's office. Itulah cara mereka meraikan pelajar dan disamping itu bagi motivasi kepada kawan-kawan yang lain untuk sama2 buat yang terbaik. Selain award dari Mrs. Ward secara 'adhoc' macam ni, setiap kali assembly pelajar pada hari Jumaat juga award2 diberikan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik sepanjang minggu.

Untuk menunjukkan kat Danish yang Mama was very proud of him, Mama bagitau kat Danish yang Mama akan masak favourite food dia - Tuna Pasta Bake. Resepi ni saya dapat dari seorang kawan. Bila first time buat anak-anak especially Danish@Nash sangat suka. Kawan saya, Faezah bagi kat whatsapp jer. Jadi supaya tak hilang saya nak letak kat sini....

Tuna Pasta Bake

  • 250gm pasta - saya guna jer apa2 pasta yang ada stok kat rumah (makaroni/fusilli/penne etc)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • sedikit black pepper
  • 1 tin Campbell mushroom soup
  • 1 tin tuna - dihancurkan
  • 1 cawan freshmilk + 3 sudu tepung gandum
  • cendawan butang - dihiris
  • Cheese yang diparut

Cara:
  1. Rebus pasta hingga lembut dan toskan
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih dan sedikit black pepper
  3. Masukkan cendawan butang dan tuna - kacau sehingga kekuningan
  4. Masukkan 1 tin mushroom soup + freshmilk yang dah dibancuh dengan tepung
  5. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga agak pekat (10-15min).
  6. Masukkan pasta & daun parsley. Kacau hingga rata.
  7. Tuangkan ke dalam loyang/casserole/apa2 bekas untuk dibakar
  8. Taburkan cheese
  9. Bakar pada suhu 180 (gas 4) selama lebih kurang 30 minit.


Resepi yang senag dan sedap sangat. Kegemaran seisi keluarga. Thank you my friend Faezah..(kot2 terbaca kat sini:))...Danish happy sangat2 bila saya bagitau saya masakkan ini special untuk dia...dia peluk dan cakap "You're the best mom in the world"..Hehehe...

Saturday, 1 February 2014

Butter Chicken

Saya mula-mula makan butter chicken masa memenuhi jemputan makan di rumah seorang kawan di sini. Mula-mula nampak lauk atas meja ingatkan rendang, tapi bila makan lain rasanya...tanya kat tuan rumah, itu butter chicken katanya...ooo...x pernah makan sebelum ni hehe...tapi sedap!

Kemudian cari resepi untuk dicuba di rumah. Tertarik dengan resepi kat blog Kak Azie sebab tajuknya pun dah 'Butter Chicken Yang Sangat Sedap'...lepas cuba kali pertama, dah banyak kali masak guna resepi ini sebab mudah dan rasanya pun sangat-sangat sedap. Dah jadi favourite Mr. Hubby pulak. Saya pun suka nak masak ni sebab senang sangat tak payah nak tumis2...tak payah nak kupas2 bawang or rendam cili kering bagai...simple and tasty:)



Jom tengok resepi...

Ayam Masak Butter

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 cili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - optional
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Sunday, 10 November 2013

Nasi Carrot dan Daging Masak Hitam

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini terasa nak berkongsi resepi. Saya kongsi resepi di sini bukan nak tunjuk yang saya pandai masak...huhu jauh panggang dari api...Datang merantau ke sini baru la nak mencuba pelbagai resepi sebab takut anak-anak dan mr.hubby boring mengadap menu yang sama....Saya letakkan resepi di blog ini supaya senang saya nak merujuk bila nak ulang resepi yang sama...sebab biasanya sebelum cuba masak, dah ambik masa 'study' resepi-resepi yang ada di internet...tengok review2...kalau rasa feasible dan hasilnya memuaskan hati baru saya letak kat sini. Kalau tak lain kali nak buat lagi dah lupa pulak ambik resepi dari mana...kan....

Nasi carrot ni saya dah buat berulang-kali dan memang menjadi kegemaran anak-anak. Diorang ni memang susah nak makan sayur, jadi bila buat nasi carrot secara tak langsung diorang terpaksa jugak makan carrot yang ada dalam nasi tu sebab dah dipotong kecik-kecik tak boleh nak dipisahkan lagi....Resepi diambil dari buku Chef Hanieliza 'Senangnya Memasak Nasi'...siap bawak buku resepi nak datang sini....;)
Lagipun kat sini beras yang digunakan sehari-hari adalah beras basmathi, jadi tak ada masalah nak buat nasi tumis2...dulu sewaktu di Malaysia, jarang-jarang beli beras basmathi sebab mahal hehe...bila ada mood nak buat nasi tumis2 ni stok beras pulak tak ada...terus cancel plan...



Ok. Meh kita tengok resepi...

Nasi Carrot/ Lobak Merah
Sumber: Chef Hanieliza

Bahan A
6 cawan beras basmathi
1 cawan lobak merah - dipotong dadu kecik-kecik
1/2 cawan susu cair
7 cawan air
1 kiub ayam
1 sudu kecil gula (sekiranya suka)
garam secukup rasa

Bahan B (Bagi Menumis)


2 sudu besar rempah kurma

5 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 cm halia
4 sudu besar minyak sapi
2cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar (diracik)
3 helai daun pandan (disimpul)

Cara Membuat

1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan.
2. Apabila sudah wangi, masukkan rempah kurma. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, lobak merah dadu dan daun ketumbar.
5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi dan biarkan masak seperti biasa.
6. Hidangkan bersama ayam masa merah dan acar timun - saya tukar selera, hidang dengan daging masak hitam seperti di bawah.


Daging Masak Hitam

Sumber: Dari Dapur MaDiHaA (resepi asal dari majalah Mingguan Wanita)

Bahan-bahan

1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis

Bahan kisar

4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara

1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya dan renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Biar kuah agak pekat dan secukp rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah dihidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk, boleh tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kuah agak kering).


Selamat mencuba!!








Monday, 2 September 2013

Kek Nenas Terbalik

Hahaha...lawak tak nama kek ni? Nama omputihnya Pineapple Upside Down Cake..

Saya mula-mula kenal kek ni bila dibawa oleh seorang kawan sebagai buah tangan ke rumah. Jatuh cinta pada pandangan pertama..hehe...nampak cantik dan rasa pun sedap. Terus minta resepi...

Kebetulan Sabtu lepas ada open house rumah member so saya buat kek ni untuk dibawa ke sana. Ni percubaan pertama, rupa tak cantik sangat. Next time kena cuba perbaiki lagi. Gambar pun tak edit sebab m***s. Kalau nak tengok yang lebih cantik dan menggiurkan boleh cari kat google image..



Macam biasa letak resepi supaya mudah nak rujuk bila nak buat lagi next time...

Pineapple Upside Down Cake

Bahan-bahan:
454g butter
1 setengah cawan gula castor
4 biji telur
2 tsp baking powder
2 2/3 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan jus dari can pineapple
1 tsp esen vanilla.
Beberapa kepingan nenas dalam tin, ikut design yang disukai
Glazed cherry.

Cara:
1. Pukul butter dan gula castor (butter cream)
2. Tambah 4 biji telur satu persatu dan esen vanilla.
3. Dalam mangkuk yang lain - ayak baking powder dengan tepung naik sendiri
4. Tambahkan campuran tepung+baking powder ke butter cream tadi sikit2 bergilir2 dengan jus dari can pineapple.
5. Panaskan oven 180 celcius dan cover baking tin dengan baking paper.
6. Tabur gula pasir, gula perang dan 2 tablespoon butter.
7. Masukkan dalam oven sampai caramelised. Ratakan caramel.
8. Susun nenas dan glazed cherry cantik2 dan masukkan semula dalam oven selama lebih kurang 10minit hingga nenas tu caramelised.
*Ingat nanti kita nak terbalikkan kek, so pastikan bahagian cherry yang licin berada di bawah.
9. Tuang adunan tepung tadi.
10. Bakar selama 30-40minit.
11. Bila dah masak, tunggu sejuk sedikit dan terbalikkan...

Kek yang dibuat di atas, menggunakan separuh adunan sahaja...

Wednesday, 24 July 2013

Kuih Bakar Pandan

Nak kongsi resepi kuih bakar pandan. Ada juga yang panggil kuih bengkang atau bingka. Ni salah satu kuih kegemaran saya. Dulu cuma tau makan jer...ni hasil percubaan pertama...




Masa mula-mula keluar dari oven, ingatkan tak jadi sebab bila potong jadi lembik kat bawah bijan yang garing tu...rupa-rupanya kena tunggu betul-betul sejuk baru  elok cantik bila dipotong....

Kuih Bakar Pandan
Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan - sebagai hiasan

Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blender hingga sebati.
2. Sapukan loyang dengan sdikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya.
3. Taburkan bijan (jika suka).
4. Bakar selama 40 minit pada suhu 180c hingga masak. Untuk dapatkan permukaan yang berkerak/garing boleh tambah masa membakar..

Asalnya kawan saya kat sini yang selalu bawa kuih ni bila ada majlis. Tapi makan kat rumah orang segan la nak makan banyak-banyak walaupun sukeee sangat hehehe....bila buat sendiri baru boleh makan puas2:)







Thursday, 27 June 2013

Resepi Roti Canai & Kuah Dhal

Sambungan dari post saya sebelum ni di SINI dan permintaan rakan blogger, saya letakkan resepi roti canai dan kuah dhal di sini. Kedua-dua resepi ni sebenarnya diambil dari My Resipi. Terima kasih kepada kedua-dua penyumbang.

Roti Canai oleh Joayee

Bahan-bahan (12-16 biji):

550gm tepung gandum
*250gm air
*Sebiji telur
*3 tsp susu pekat manis
*1 tsp garam
*1 tsp butter/marjerin
1-2 tsp tepung gandum untuk ditambah kalau terlembik masa menguli

Cara:
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam bekas, kacau hingga sebati
2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung
3. Uli hingga menjadi doh
4. Rehatkan doh selama 10 minit
5. Uli lagi selama 5 minit

** Ulang step No. 4 & 5 sebanyak 3 kali

6. Bentukkan bulat-bulat, sapu dengan marjerin sebelum disimpan.

#Kalau ikut resepi asal, simpan selama tiga jam atau lebih....tapi Mr. Hubby dan kawannya uli pada malamnya dan tebar keesokan pagi..Memang elok jer waktu tebar tak koyak..Roti pun lembut...

7. Masa nak tebar/kibar, penyekkan dulu sebesar tapak tangan, kemudian baru tebar...

Untuk menebar ni yang perlukan skill...kalau tak pandai boleh guna dulang besar yang diterbalikkan (teringat mak buat macam ni masa saya kecik-kecik dulu...)


Ni hasil sebelum kena goreng....cantik dan gebu:)


Kuah Dhal oleh S shamen

Bahan-bahan ( 6 orang )

1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat)
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
minyak untuk menumis
garam & gula sesedap rasa
Cara-cara

Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing 

.
.
.

Saya memang recommend resepi kuah dhal ni untuk first timer macam saya...sebab bahan-bahannya biasa jer, caranya mudah dan hasilnya memang tak mengecewakan...

Selamat mencuba!




Saturday, 8 June 2013

Puding Roti Pelangi

Aku ada mention pasal aku menang pertandingan dessert semasa Family Day MCS kat sini.

Macam yang aku bagitau, aku memang tak jangka pun nak menang sebab kawan2 kat sini handal2 memasak....aku just buat sebab semua family digalakkan bawa satu dessert. Puding roti ni aku memang selalu buat kat rumah sebab anak2 suka makan. Lagipun aku selalu nak elakkan membazir tepi2 roti yang dibuang waktu prepare bekal mereka ke sekolah..Anak2 aku ni memang jenis tak makan bahagian keras tepi roti tu....Cuma kali ni aku tambah kaler2 nak bagi nampak menarik sket...aku rasa sebab tu pun puding ni terpilih. sebab kalau nak ikutkan dessert yang lain2 tu lagi hebat. Ada fruit tart, brownies, tiramisu dan macam2 lagi....aku tau buat kuih yang senang2 jer hehehe....




Resepinya aku tak ingat ambik dari mana. Tapi memang banyak resepi puding roti ni kat internet...asalnya ialah puding roti marble tapi aku dah warnakan sesuka hati....

Bahan2:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu butter/marjerin
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko atau apa2 pewarna ikut citarasa...

Cara2:
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula.

2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan). Masukkan ke dalam periuk agar2 yang dah larut tadi.

3. Masukkan butter/marjerin - kacau sampai mendidih.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian sama banyak mengikut warna yang nak dibuat - aku buat 4 kaler (biru, kuning, merah dan warna asal). Kena kacau cepat2 hingga kaler semua dah rata...

5. Sendukkan ke dalam bekas secara berselang-seli. Ulang sampai habis. Kena buat cepat2 sebab puding ni cepat mengeras.

6. Untuk buat corak tu aku guna pencungkil gigi yang bersih, tarik dari tengah ke tepi pada setiap penjuru.

7. Dah siap simpan dalam peti sejuk sampai betul2 keras/membeku.



Ni la hadiah yang aku dapat....;)

Owh..kalau guna agar2 tali yang kering tu...petua sukatan air untuk agar2 tali ialah macam ni (mak aku ajar):

Rendam agar2 tali hingga lembut.
Toskan agar2 tu kemudian sukat guna bekas yang sesuai (aku selalu guna gelas).
Sukatan untuk masak agar2 adalah 3 kali bekas yang sama.
Contohnya kalau agar2 yang dah rendam/ditoskan tu 1 gelas, maka air untuk masak adalah 3 gelas (yang sama).


Friday, 12 April 2013

Murtabak Perantau


Satu perkara yang tak best bila berada di perantauan ialah kita tak boleh nak gi beli makanan kat pasar malam kalau tekak terasa nak makan sesuatu. Kalau kat Msia dulu aku memang dah hafal jadual pasar malam selama seminggu di sekitar kawasan tempat tinggal aku. Jadi bila time malas nak masak, balik keje boleh terus singgah atau kirim kat Mr. Hubby...tapi bila dah berada di perantauan ni terpaksa la buat sendiri bila ada permintaan dari Mr. Hubby atau anak-anak...actually dah few days Mr. Hubby sebut nak makan murtabak dan dia dah belikan kulit spring roll@popia tapi baru semalam aku ada mood nak buat....

Terima kasih kak NoorMasri atas resepi ini:

MURTABAK PERANTAU

Bahan-bahan : anggaran 12 keping murtabak
  • 12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
  • 2 cawan daging atau isi ayam cincang
  • 4 ulas bawang merah } dikisar
  • 1 cm halia } dikisar
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 1 labu bawang besar } dipotong dadu
  • 500 g kentang } dipotong dadu
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • garam dan gula secukup rasa
  • 6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
  • minyak untuk memasak
Cara membuat inti:
  • Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
  • Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
  • Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
  • Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
  • Angkat dan sejukkan.
Cara membuat murtabak:
  • Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
  • Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
  • Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
  • Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
  • Ulang proses diatas sehingga habis.

    Aku modified sket tang step telur tu...aku masukkan telur semasa inti masih atas dapur then kacau sampai kering. Sebab dulu aku penah try wat exactly macam ni tapi kulit popia tu terkoyak bila aku nak pindahkan ke dalam pan sebab inti dia masih basah....Untuk semalam aku cuma buat separuh resepi jer..sekali hadap jer dah habis!


Tuesday, 9 April 2013

Kerutuk Daging

Aku kenal kerutuk/krutuk/kerutub daging ni cuma selepas aku kawen ngan Mr. Hubby. Ni lauk yang berasal dari Kelantan (aku rasa la..). Oleh kerana Kerutuk Daging nie favourite Mr. Hubby so aku belajar dgn MIL camana nak buat...Sewaktu tetamu kitorang datang dari Glasgow minggu lepas, aku hidangkan Kerutuk Daging ni bersama-sama dengan Nasi Hujan Panas dan acar...

Aku letak resepi kat sini supaya aku tak lupa bila aku nak buat lagi..lagipun resepi my MIL lain sket dari yang ada kat internet....

Bahan-bahan:
1/2 kg daging

10 ulas bawang merah  
3 ulas bawang putih                    
1 setengah inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
10 biji cili kering 
-  Kesemua bahan di atas dimayang/dihiris nipis. Kemudian gorengkan sebentar sehingga kekuningan dan dikisar.
3 sudu besar biji ketumbar – Juga digoreng sebentar dan dikisar bersama bahan di atas. 
3 sudu besar rempah kerutuk *aku beli kat kelantan
3 cawan santan pekat
Gula kerek/ gula melaka
Asam keping
2 sudu besar kerisik

Cara-caranya:
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi (bawang merah/putih, halia,lengkuas,serai, cili kering, biji ketumbar)
2. Bila tumisan dah masak/naik minyak, masukkan rempah kerutuk yang telah dibancuh dengan sedikit air terlebih dulu.
3. Masak lagi sampai tumisan naik minyak.
4. Kemudian masukkan daging. Biarkan empuk baru masukkan santan, garam, gula kerek & asam keping.
6. Dekat-dekat nak angkat baru dimasukkan kerisik.

Masa hari aku masak tu aku sibuk dengan tetamu-tetamu so lupa pulak nak ambik gambar Kerutuk Daging and friends...kalo buat lagi lain kali nanti aku letak gambar kat sini....