Sunday, 10 November 2013

Nasi Carrot dan Daging Masak Hitam

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini terasa nak berkongsi resepi. Saya kongsi resepi di sini bukan nak tunjuk yang saya pandai masak...huhu jauh panggang dari api...Datang merantau ke sini baru la nak mencuba pelbagai resepi sebab takut anak-anak dan mr.hubby boring mengadap menu yang sama....Saya letakkan resepi di blog ini supaya senang saya nak merujuk bila nak ulang resepi yang sama...sebab biasanya sebelum cuba masak, dah ambik masa 'study' resepi-resepi yang ada di internet...tengok review2...kalau rasa feasible dan hasilnya memuaskan hati baru saya letak kat sini. Kalau tak lain kali nak buat lagi dah lupa pulak ambik resepi dari mana...kan....

Nasi carrot ni saya dah buat berulang-kali dan memang menjadi kegemaran anak-anak. Diorang ni memang susah nak makan sayur, jadi bila buat nasi carrot secara tak langsung diorang terpaksa jugak makan carrot yang ada dalam nasi tu sebab dah dipotong kecik-kecik tak boleh nak dipisahkan lagi....Resepi diambil dari buku Chef Hanieliza 'Senangnya Memasak Nasi'...siap bawak buku resepi nak datang sini....;)
Lagipun kat sini beras yang digunakan sehari-hari adalah beras basmathi, jadi tak ada masalah nak buat nasi tumis2...dulu sewaktu di Malaysia, jarang-jarang beli beras basmathi sebab mahal hehe...bila ada mood nak buat nasi tumis2 ni stok beras pulak tak ada...terus cancel plan...



Ok. Meh kita tengok resepi...

Nasi Carrot/ Lobak Merah
Sumber: Chef Hanieliza

Bahan A
6 cawan beras basmathi
1 cawan lobak merah - dipotong dadu kecik-kecik
1/2 cawan susu cair
7 cawan air
1 kiub ayam
1 sudu kecil gula (sekiranya suka)
garam secukup rasa

Bahan B (Bagi Menumis)


2 sudu besar rempah kurma

5 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 cm halia
4 sudu besar minyak sapi
2cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar (diracik)
3 helai daun pandan (disimpul)

Cara Membuat

1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan.
2. Apabila sudah wangi, masukkan rempah kurma. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, lobak merah dadu dan daun ketumbar.
5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi dan biarkan masak seperti biasa.
6. Hidangkan bersama ayam masa merah dan acar timun - saya tukar selera, hidang dengan daging masak hitam seperti di bawah.


Daging Masak Hitam

Sumber: Dari Dapur MaDiHaA (resepi asal dari majalah Mingguan Wanita)

Bahan-bahan

1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis

Bahan kisar

4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara

1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya dan renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Biar kuah agak pekat dan secukp rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah dihidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk, boleh tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kuah agak kering).


Selamat mencuba!!








No comments:

Post a Comment