Saturday 31 May 2014

May Birthdays

Hari ni hari terakhir bulan Mei, bulan yang agak istimewa bagi saya. Kedua-dua lelaki paling penting dalam hidup saya dilahirkan dalam bulan Mei.

Mr. Hubby dilahirkan pada 21 Mei dan abah tersayang menyambut ulangtahun kelahiran ke-64 pada 26 Mei 2014.

Macam biasa kami sambut birthday Mr. Hubby secara sederhana di rumah dengan anak-anak. Oleh kerana anak-anak memang suka makan cheesecake, kali ni saya sediakan Blackcurrant Cheesecake. Sehari sebelum birthday Mr. Hubby, saya dan Mia ke kedai yang berhampiran dengan rumah untuk  beli kad birthday dan bahan-bahan untuk buat cake. Saya dah pesan kat dia, jangan bagitau Papa sebab kita nak buat surprise. Beria-ia dia janji dengan saya untuk rahsiakan sampai hari esok.....Bila papanya balik kerja petang tu boleh pulak dia pegi bagitau "Papa, mama tak beli kad birthday pun untuk papa. Kek pun mama tak buat....". Aduhai anak....excited sangat punya pasal lah tu!:)




Semoga Mr. Hubby dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam urusan pengajian di sini.

Semasa birthday abah pula, hanya dapat sampaikan ucapan melalui telefon. Alhamdulillah abah masih sihat. Terima kasih abah, kerana memimpin saya ketika kecil, mendidik saya dengan tegas tapi penuh kasih sayang dan mendoakan saya sehingga kini. Takkan terbalas jasa abah pada saya.

Dengan mak & abah tersayang, sewaktu balik Msia baru2 nie...

***HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND ABAH. I LOVE BOTH OF YOU SOOO MUCH!!!***

Tuesday 27 May 2014

Holland Park, London

Walaupun kecewa tak dapat masuk ke Keukenhof Gardens, tapi terubat sedikit bila Mr. Hubby bawa ke Holland Park di London pada 20 April yang lepas.

Sebenarnya tujuan asal ke London untuk berjumpa dengan saudara sekampung Mr. Hubby yang datang dengan rombongan Tan Sri Annuar Musa ke Malaysian Hall, London. Itupun tak dirancang. Kebetulan hari tersebut Mr. Hubby call ayah di kampung dan ayah maklumkan kedatangan mereka. Kata ayah kalau dapat, pegi lah jengok saudara sekampung...maka kami pun bergerak ke London petang Sabtu tersebut. Gembira Ayah Jie tak sangka kami datang bertemu dengan dia kat situ walaupun ambik masa 2 jam juga nak sampai ke London. Jejak kasih la konon.

Malam itu rupanya ada majlis penyampaian jersi penyokong kelab TRW di Malaysian Hall. Dah alang-alang kat situ kami pun join sekali...

Aiman with Tan Sri. Kata Aiman dia penyokong TRW:)

Selesai majlis kami ke rumah kawan Mr. Hubby di Du Cane Road untuk bermalam kat sana. Nampaknya rumah diorang lah yang bakal jadi tempat persinggahan kalau kami ke London. Sampai kat rumah diorang kami dijamu dengan tomyam seafood dan seabass tiga rasa...best..best...Terima kasih ye Rafiq dan Norley, semoga Allah murahkan rezeki. Maaflah kami mengganggu hari minggu anda berdua...:)

Masa borak-borak dengan mereka berdua kami diberitahu ada Holland Park tak jauh dari situ. Keesokan pagi dalam perjalanan balik kami singgah di sana.

Subhanallah! Cantik sungguh tengok bunga-bunga tulip berwarna-warni...Memang geram sangat rasa macam nak duduk kat situ sepanjang hari...









Kat dalam park ni ada juga kawasan lain yang ditanam dengan pokok bunga ros, tapi sewaktu kami datang belum banyak yang berbunga.

ada sekuntum dua jer ros yang baru keluar






Ada juga playground utk budak2 kecik (bawah umur 5 tahun) dan untuk budak besar. Bagi anak-anak main kat sini dulu sampai puas baru balik ke Coventry...






Monday 26 May 2014

Amsterdam

*Ini entry tertunda...yang terperap dalam draft*

Masa balik Malaysia bln April yg lalu, saya transit di Schiphol Airport, Amsterdam...lama tu transit dekat 7 jam. Dah la sorang-sorang...sebenarnya masa saya balik tu tengah musim bunga kat sana. Amsterdam popular dengan kebun bunga terbesar (di dunia??) iaitu Keukenhof Gardens. Kat sini ditanam hampir 700 jenis bunga tulip!...Kebetulan ni...jejak kaki kat sini tengah musim dia...sebab Keukenhof ni buka dari bulan Mac sampai Mei sahaja setiap tahun. Rasanya tempat ni menjadi wishlist semua kaum wanita especially yang minat bunga-bungaan termasuk la saya..hehehe...dok terpikir2 sempat ke nak masuk round2 kat dalam ye...dah survey shuttle bus dan ticket nak masuk..tak la mahal sangat. Cuma berbaloi ke masuk sekejap jer, orang kata at least kena spend satu hari kat dalam tu...

Sampai Amsterdam, pusing2 dulu kat airport sambil kepala buat kira2...nak pergi, tak nak pergi....
Kat dalam dan kat luar airport ni pun banyak bunga2 tulip...kat sana mesti lagi cantik dengan bunga pelbagai warna, fikir saya...


 souvenir yang popular kat sini

 kat depan Schipol Airport



Finally saya decide untuk naik shuttle bus ke sana...saya naik bus trip yang paling awal iaitu pukul 8.30pagi di Schiphol Airport. Tiket boleh beli online, atau kat tempat tunggu shuttle bus ni pun ada jual tiket, untuk bus sahaja atau tiket combo shuttle bus+tiket masuk. Untuk hari itu, saya just beli tiket bus di stall berhampiran bus stop untuk ke Keukenhof...di pintu keluar penjuru kiri Schipol Airport. Saya tak jadi nak beli tiket masuk, pertama sebab kekangan waktu dan kedua rasa tak best nak masuk dan selfie sorang-sorang.


Sepanjang laluan bas ke Keukenhof selama lebih kurang 30 minit, saya nikmati keindahan bandar Amsterdam...ada juga ladang-ladang tulip di kiri kanan jalan...mungkin milik persendirian..






Pemandangan...dari dalam bas

Sampai di Keukenhof Garden, rupanya dah ramai orang yang datang dengan bas-bas pelancong tunggu gate untuk masuk ke dalam garden di buka...


Ada ucapan 'Selamat Datang':)

Dapat jengok sikit-sikit jer dari luar. Tapi memang nampak sangat cantik kat dalam tu..huhuhu..geram sangat nak masuk tapi takut terlepas flight balik....terpaksalah pujuk hati sendiri..moga2 Allah murahkan rezeki, dapat ke sini sekeluarga..kalau tak tahun depan, tahun 2016, InsyaAllah...(lepas tu dah nak balik Msia hukhuk)...