Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Sunday, 22 May 2016

KS2 Year 6 SATS

Pada 9 hingga 12 Mei 2016 yang lepas Aiman menduduki peperiksaan SATs (Statutory Assessments Test) di sekolah iaitu compulsary national exam untuk Year 6 (macam UPSR). Subjek peperiksaan ialah English (2 papers) iaitu Reading Test serta Grammar Punctuation & Spelling Test dan subjek Mathematics (3 papers) iaitu  Mental Arithmetic dan Mathematic Reasoning Paper 1 & 2.

Jadual peperiksaan

Peperiksaan ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian pelajar berbanding dengan 'national average in that year group'. As long as pelajar dah within national average, teachers dah rasa happy. Sebelum-sebelum ni pelajar akan diberikan level ( 2 hingga 6) mana berdasarkan keputusan mereka. Level 6 dah dikira 'advanced stage' atau melangkaui national average. Tapi pihak sekolah maklumkan mulai tahun ini ada sedikit perubahan dalam cara penilaian. Tak pasti lagi macam mana tunggu results keluar yang dijangka pada bulan Julai.

Aiman nak pegi exam

Kalau di Malaysia, rasanya saya macam ibubapa lain juga akan sibuk menghantar anak ke tuisyen untuk memastikan anak dapat keputusan yang terbaik (5A). Mungkin sebab di negara kita pelajar yang mendapat keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih baik untuk ke sekolah berasrama penuh. Tapi di sini even sebelum exam bermula lagi kita dah tau anak-anak dapat sekolah mana untuk peringkat menengah nanti, bukan berpandukan keputusan SATs. Jadi kerisauan tentang keputusan anak tu tak menekan sangat.

Walau bagaimanapun pihak sekolah dari awal term mengadakan 'booster class' (kelas tambahan) sejam setiap hari Khamis (pukul 3.30 hingga 4.30pm) sebagai persediaan untuk exam ini. Semasa di booster class mereka diberikan soalan-soalan contoh dan past years untuk membiasakan diri dengan format exam. Pihak sekolah pastilah mengambil berat tentang exam ini kerana keputusannya nanti akan memberi kesan kepada reputasi sekolah.

Di rumah, kami sediakan juga buku latihan untuk kekalkan momentum sehingga tiba hari exam. Lagipun kami nak Aiman faham tentang pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan. Buku-buku beli online je di eBay atau Amazon. Ada juga soalan yang boleh didownload secara online. Marking scheme juga disedikan jadi kita boleh semak jawapan lepas diorang selesai menjawab.


Selain daripada tu, dapat juga kami go through soalan yang bakal Aiman hadapi. Kalau tengok contoh soalan, boleh tahan mencabar juga soalan diorang ni. Saya paling tertarik dengan paper Reading test. Buku soalan berwarna-warni dengan ilustrasi yang menarik. Kata teacher supaya pelajar lebih relax dan tak rasa stress masa menjawab soalan.

Cover untuk reading booklets - macam baca majalah

Untuk reading test, ada tiga petikan dalam setiap booklet dan pelajar dikehendaki membaca ketiga-tiga petikan dan menjawab soalan-soalan dalam petikan tersebut dalam masa satu jam.




Beberapa minggu sebelum peperiksaan berlangsung, pihak sekolah menjemput ibu bapa untuk sesi briefing tentang SAT. Semasa briefing teachers terangkan tentang keperluan exam tersebut juga bagaimana parents dapat membantu anak-anak di rumah. Kata teacher tak perlu cari extra class di luar waktu persekolahan. Apa yang mereka beri dah cukup sebagai persediaan untuk menghadapi exam. Lagipun mereka tak mahu pelajar berasa tertekan dengan exam ni.




Pada minggu peperiksaan pula, disedikan 'pre SATs breakfast club' dimana pelajar diberikan sarapan percuma bagi mematikan mereka tidak berperut kosong ketika menjawab soalan. Walaupun Aiman dah sarapan di rumah, dia nak join juga breakfast club ni sebab nak bersama dengan kawan-kawan di sekolah.


Mama dan Papa doakan Aiman mendapat keputusan yang cemerlang. Malam Jumaat sebelum Aiman mula exam kami sekeluarga membaca surah Yaasin bersama-sama untuk menunjukkan sokongan pada Aiman. Setiap pagi sebelum ke sekolah, saya berikan Aiman air zamzam untuk diminum. Mudah-mudahan Aiman mendapat ketenangan semasa menjawab soalan. Saya masih ingat waktu kecil-kecil dulu tiap pagi sebelum ke sekolah mak dan abah sediakan 'air doa' untuk kami adik-beradik minum dan berdoa supaya terang hati serta mudah menerima pelajaran. Bila menjelang minggu peperiksaan, abah akan meletakkan tangan di ubun-ubun kami sambil membacakan doa dan menghembus lembut di akhirnya. Mak pula akan membacakan surah Yaasin pada saat kami menjawab soalan peperiksaan di sekolah/universiti. Hinggakan pada masa saya menduduki viva DrPH, mak masih bertanyakan waktu saya di viva. Saya tahu pada waktu itu mak akan duduk di sejadah membaca Yaasin dan berdoa untuk saya. Kini giliran saya pula untuk lakukannya kepada anak-anak. Saya harap bila mereka dewasa, mereka juga ada memori ini sebagaimana saya yang masih terkenangkan memori indah bersama mak dan abah.

Wednesday, 6 January 2016

Award Akhir Tahun 2015

Hari ni 5 Januari 2016 hari pertama anak-anak bersekolah di tahun baru setelah bercuti winter break selama dua minggu. Rumah kembali sepi tinggal Mama sorang-sorang. Semasa hari terakhir winter term sebelum bercuti, sekolah adakan Recognition Assembly. Ibu bapa dijemput untuk hadir sama. Oleh kerana saya ada hal lain, tak dapat hadir pada hari tersebut. Semasa perhimpunan ni, murid-murid yang terpilih diberikan 'award' sebagai salah satu cara untuk meraikan pencapaian mereka dan juga memberi motivasi kepada rakan-rakan yang lain.

Semasa Recognition Assembly Aiman dilantik menjadi Sports Captain sekolah dan diberikan badge. Alhamdulillah Aiman diberikan bakat dalam bidang sukan. Selain bolasepak, dia ada wakili sekolah dalam beberapa sukan lain termasuk hoki dan running. Ikut kata Aiman semasa dia dipanggil oleh Head Teacher, Mrs. Ward Aiman ke biliknya Mrs Ward dilantik sebab selain aktif bersukan, Aiman juga mengekalkan disiplin dan akhlak yang baik semasa dalam bas ke tempat perlawanan dan juga semasa di padang. Jadi Aiman kena ambil tanggungjawab untuk sentiasa jaga tingkah laku kerana dah diberi kepercayaan oleh cikgu.

Badge Sports Captain sekolah

Nash pula dapat award untuk 100% attendance sepanjang term lepas. Dapat ice-skating pass percuma untuk dua orang. Nash memang aim untuk dapatkan ice-skating pass ni. Kalau ada tak sihat sikit-sikit Nash tetap nak pegi sekolah sebab tak nak rosakkan rekod kedatangan dia.



Mia dapat award untuk 'Respect' iaitu salah satu daripada 'values' yang ditekankan di Templars Primary School.



Di secondary school tiada parent assembly tapi head teacher menghantar post card bagi meraikan pencapaian pelajar. Bulan Disember Along dapat dua poskad.



Kurang satu tahun je lagi tempoh bermukim di bumi ratu. Saya selalu ingatkan anak-anak untuk dapatkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di sini. Mudah-mudahan Along, Aiman, Nash dan Mia lebih cemerlang di tahun 2016.  .

Thursday, 19 November 2015

Secondary School di UK

17 November 2015 lalu keputusan UPSR diumumkan. Kalau kami di Malaysia, pasti pada hari tersebut saya turut sama ibu bapa yang lain menanti keputusan UPSR Aliff dengan penuh debaran. Tapi sebab berada di sini, Aliff 'terselamat'. Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih oleh anak-anak sahabat-sahabat saya. Yang tak dapat 5A tak apa, ini cuma satu permulaan. Jauh lagi perjalanan di hadapan.

Di sini Aliff dah di Year 8 (Tingkatan 2 kalau di Malaysia). Perkongsian ini selain untuk kenangan peribadi, juga untuk memudahkan kawan-kawan yang bakal berhijrah di UK, yang tertanya-tanya macam mana keadaan persekolahan di sini. Selalu dapat soalan ni di email & comments.

Untuk daftarkan anak ke sekolah menengah, sama juga dengan primary school adalah melalui unit admission di City Council masing-masing. Biasanya kita akan cari sekolah yang paling dekat dengan rumah. Ada juga yang pilih based on ranking. Terpulanglah. Pandangan peribadi saya, hampir semua sekolah di UK ni bagus. Belajar di sekolah mana pun insyaAllah anak-anak akan mendapat peluang yang sama. Kalau anak dah memang di Year 6 di Primary School sini, borang permohonan untuk ke Secondary School biasanya akan dibuka pada pertengahan bulan September sehingga 31 Oktober tahun berkenaan. Boleh hantar borang yang hardcopy tu ke sekolah atau isi permohonan secara online. Di sini kita diminta meletakkan tiga pilihan sekolah mengikut keutamaan.

Aliff bersekolah di The Westwood Academy. Apa yang saya tulis ni berpandukan apa yang dia alami dan pelajari di sekolah. Lain sekolah mungkin ada sedikit kelainan. Di Westwood Academy, setiap pelajar di'assign'kan kepada satu college (seperti rumah sukan). Ada empat colleges iaitu Bannister, Seacole, Maxwell dan Raleigh. Di dalam college ni pula, pelajar dibahagikan pula kepada group kecil yang dipanggil  'Tutor Group'. Aliff berada di Tutor Group Banister 3. Dalam setiap Tutor Group ada pelajar-pelajar dari Year 7 hingga ke Year 11. Setiap hari ada perjumpaan Tutor Group di awal pagi sebelum memulakan kelas. Ketika perjumpaan Tutor Group ini, semua ahli berkumpul diketuai oleh seorang guru yang dipanggil 'mentor'. Untuk perjumpaan harian ini, cuma ada pelajar Year 7 hingga Year 9. Pelajar year 10 & 11 di group lain. Mereka berbincang dan bertukar-tukar pendapat jikalau ada antara ahli yang mempunyai apa-apa masalah. Adakalanya pula mentor memberikan topik sesuatu topik untuk dibincangkan bersama.

Matapelajaran bagi Year 8 ialah Math, English, Science, History, Geography, Spanish, Drama, Dance, Physical Education (PE), Technology, Art, Phylosophy & IT. Subjek 'Technology' macam Kemahiran Hidup kalau di Malaysia. Ada belajar pertukangan dan belajar masak-masak. Di sini pelajar tidak berada di kelas yang sama sepanjang hari. Kelas bertukar pada setiap mata pelajaran. Contohnya mungkin Aliff sekelas dengan Si B semasa subjek Science, tapi tidak sama kelas ketika subjek English dan Math. Begitu juga dengan matapelajaran lain. Boleh semak kekerapan setiap subjek dalam timetable kat bawah ni. Ada subjek yang diajar setiap hari, ada yang cuma seminggu sekali.


Bagi memantau keadaan anak-anak di sekolah, pihak sekolah menyediakan online portal 'My Child At School'. Cikgu akan memberi ID sekolah dan username kepada ibubapa dan kita masukkan password. Di online portal ini kita boleh menyemak kehadiran anak-anak bukan sahaja ke sekolah tapi juga di setiap kelas pada setiap hari. Selain daripada tu, ada juga laporan 'behaviour' daripada guru-guru sama ada anak kita berkelakuan baik atau sebaliknya.


Screenshot contoh paparan 'MyChildAtSchool'..tapi waktu ni teacher belum update Attendance pada hari tersebut.

Di kolum 'Behaviour' tu akan dipaparkan komen-komen teachers tentang behaviour atau akhlak anak kita di kelas. Ada beberapa komen di hari yang sama tu bermakna komen dari guru subjek yang berlainan. Kalau good behaviour, tick warna hijau keluar, tapi kalau ada yang kurang baik teacher akan bagi komen juga berserta tanda warna merah. Bulan lepas ada surprised postcard di letter box kat rumah.



Rupa-rupanya bila dah dapat banyak positive points, Head Teacher, Miss Benton akan hantar postcard personally kepada student tersebut. Sweet sangat kan?




Kat atas ni contoh paparan di Tab 'Attendance'. Bila semak kat sini baru tahu Aliff ada datang lambat ke sekolah iaitu kotak-kotak yang berwarna pink. Sebenarnya yang dia datang lambat tu adalah hari-hari saya di Tanah Suci. Itulah akibatnya bila tak ada suara Mama membebel pagi-pagi selama dua minggu.

"Along...cepat mandi. Jangan lama-lama sangat shower tu..."

"Along...cepat sarapan"

"Along...sikat rambut. Cepat dah lewat ni!"

"Along...pakai stokin cepat. Tengok jam dah pukul berapa ni?!"

Haha...ni la antara dialog-dialog rutin setiap pagi. Penattt wehhhh...

Kotak biru pula 'authorised absent'. Contohnya kalau anak tak sihat dan tak dapat ke sekolah. Sebelum jam 9 pagi kena telefon sekolah maklumkan sebab tidak dapat hadir. Kalau beberapa hari tak datang, tiap hari pun nak kena call juga untuk update pihak sekolah. Kalau kita tak call, diorang pula yang akan call kita tanya kenapa anak tak datang!...Syukur lah dalam report Aliff ni tiada kotak merah iaitu Unauthorised Absent.

Satu lagi online portal yang sekolah gunakan ialah 'Show My Homework'. Kat sini kita boleh semak apa homework yang sepatutnya anak kita buat dan bila due for submission. Kalau late atau tak hantar nanti keluarlah remark warna oren atau merah. Kalau si anak lupa apa homework dia boleh check kat sini juga. Ini biasanya masalah dengan anak lelaki huhu...




Activiti ko-kurikulum, atau dipanggil 'after school club' macam kat Malaysia juga ada macam-macam kelab yang boleh dipilih ikut minat masing-masing. Semuanya optional tapi saya galakkan Aliff join sebanyak mana yang dia larat. Dah ada peluang kenalah gunakan sebaiknya untuk kutip sebanyak mungkin pengalaman. Aliff tak minat sangat sukan outdoor macam football, jadi dia join badminton, swimming club (percuma) dan trampoline.

Selain dari online portal ni, sekolah juga gunakan Twitter sebagai satu medium komunikasi antara sekolah dan ibubapa. Kalau ada apa-apa announcement mereka akan maklumkan di Twitter. Yang lebih personal, pihak sekolah akan hantar surat melalui pos ke alamat ibu bapa.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Kalau ada apa-apa lagi yang nak tahu boleh email saya :)

Friday, 27 March 2015

Pasta Bakar Bertuna

Semalam sewaktu ambil Danish di kelasnya, dia tidak sabar-sabar bercerita. Guru kelas, Mrs. Knight bawa dia berjumpa Head Teacher, Mrs. Ward kerana prestasi dia yang bagus hari ini. Kelas mereka, 2M sedang belajar tentang 'Neil Armstrong' pada minggu ini, dan semalam Danish dapat bercerita dengan baik sekali di dalam kelas tentang apa yang dia telah pelajari. Mrs. Knight sangat gembira dengan Danish jadi dia bawa Danish berjumpa dengan Mrs. Ward untuk menerima pujian dan 'prize'. Mungkin sebelum ini Danish agak senyap dalam kelas, bila dia dah mula berkeyakinan untuk bercerita kepada kawan-kawan, perubahan ini amat menggembirakan Mrs. Knight.

Begitulah di sekolah ini, pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang 'impressive' dari segi pelajaran atau budi pekerti akan dibawa terus ke Mrs. Ward's office. Itulah cara mereka meraikan pelajar dan disamping itu bagi motivasi kepada kawan-kawan yang lain untuk sama2 buat yang terbaik. Selain award dari Mrs. Ward secara 'adhoc' macam ni, setiap kali assembly pelajar pada hari Jumaat juga award2 diberikan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik sepanjang minggu.

Untuk menunjukkan kat Danish yang Mama was very proud of him, Mama bagitau kat Danish yang Mama akan masak favourite food dia - Tuna Pasta Bake. Resepi ni saya dapat dari seorang kawan. Bila first time buat anak-anak especially Danish@Nash sangat suka. Kawan saya, Faezah bagi kat whatsapp jer. Jadi supaya tak hilang saya nak letak kat sini....

Tuna Pasta Bake

  • 250gm pasta - saya guna jer apa2 pasta yang ada stok kat rumah (makaroni/fusilli/penne etc)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • sedikit black pepper
  • 1 tin Campbell mushroom soup
  • 1 tin tuna - dihancurkan
  • 1 cawan freshmilk + 3 sudu tepung gandum
  • cendawan butang - dihiris
  • Cheese yang diparut

Cara:
  1. Rebus pasta hingga lembut dan toskan
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih dan sedikit black pepper
  3. Masukkan cendawan butang dan tuna - kacau sehingga kekuningan
  4. Masukkan 1 tin mushroom soup + freshmilk yang dah dibancuh dengan tepung
  5. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga agak pekat (10-15min).
  6. Masukkan pasta & daun parsley. Kacau hingga rata.
  7. Tuangkan ke dalam loyang/casserole/apa2 bekas untuk dibakar
  8. Taburkan cheese
  9. Bakar pada suhu 180 (gas 4) selama lebih kurang 30 minit.


Resepi yang senag dan sedap sangat. Kegemaran seisi keluarga. Thank you my friend Faezah..(kot2 terbaca kat sini:))...Danish happy sangat2 bila saya bagitau saya masakkan ini special untuk dia...dia peluk dan cakap "You're the best mom in the world"..Hehehe...

Sunday, 8 March 2015

World Book Day 2015

Tiap-tiap tahun sekolah akan anjurkan sambutan World Book Day (WBD). Pada tahun ini, WBD di sekolah disambut pada hari Jumaat yang lalu, 6 Mac 2015. Seminggu sebelum itu pihak sekolah sudah menghantar newsletter kepada ibu bapa untuk memaklumkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Semua murid-murid termasuk guru-guru digalakkan memakai costume watak yang mereka gemari dalam buku-buku yang mereka baca.


Ini yang diorang pakai...Mia ke sekolah sebagai Snow White, Aiman ambil watak Jack dalam 'Jack and the Beanstalk' manakala Danish pula pakai costume 'Horrid Henry', satu watak dalam buku dan siri televisyen yang popular di sini. 


Abang-abang menyakat Mia dengan menggelarkan dia 'Snow Brown'...bukannya snow white...hahaha..nasib lah Mia, abang2 memang suka menyakat...

Pagi itu Mr. Hubby yang hantar diorang ke sekolah, jadi saya terlepas peluang tengok diorang beramai-ramai datang dengan pelbagai costume. Yang lucunya, ada rakan di sini berkongsi di fb tentang gelagat Head Teacher, Mrs. Ward yang berlakon menjadi snow white dengan berbaring di sebuah katil di halaman sekolah sambil dipayungi oleh Deputy Head Teacher, Miss Riach yang memakai costume "Mary Poppins"...memang jadi perhatian la sebab itu peak hour parents hantar anak-anak ke sekolah....Lawak dan sporting betul diorang ni...



Mrs Ward sebagai Snow White & Miss Riach sebagai Mary Poppins...gambar ehsan Kak Ira. Thanks Kak Ira bagi izin saya share dengan kawan-kawan:)

Jam 2 petang, ibu bapa dijemput ke sekolah untuk join pelbagai aktiviti dengan anak masing-masing di dewan sekolah. Ada Scholastic Book Fair, kuiz World Book Day, aktiviti membuat bookmarks dll...

Mia buat bookmark untuk Mama

Aiman tengah khusyuk pilih buku

Semua pelajar diberi baucer GBP1.00 untuk membeli buku...setiap buku yang dibeli oleh pelajar, pihak sekolah akan menerima satu buku percuma.

Mia sempat ambik gambar dengan Miss Riach di hall.


15 minit sebelum balik, parents dijemput ke kelas anak masing-masing untuk 'story-telling session' oleh guru kelas. Mama ke kelas Mia, papa pula temankan Danish di kelasnya..

Guru kelas Mia, Miss Brattle bacakan cerita 'Jack and the Beanstalk' 

Miss Brattle baca buku dengan penuh expression diselang-seli dengan interactions with the kids. Bukan budak-budak je suka, mak bapak pun tertarik nak dengar cerita. Dapat juga idea macam mana nak tarik perhatian anak-anak bila kita bacakan story untuk diorang. Juga soalan-soalan untuk membina kefahaman diorang tentang sesuatu cerita...

Mama sebenarnya dah kurang rajin nak mengupdate blog. Tapi rasa rugi jika tak dicatatkan moment-moment sebegini. Pasti dah tak dapat melaluinya lagi bila dah balik ke tanahair...InsyaAllah, Mama akan cuba lebih rajin menaip untuk kenangan anak-anak Mama bila besar nanti...

Tuesday, 2 December 2014

Young Writers Award

Hari Rabu minggu lepas, semasa ambil anak-anak dari sekolah teacher serahkan dua pucuk surat sambil mengucapkan tahniah. Alhamdulillah, dengan izin Allah Aiman dan Danish terpilih dalam 'Young Writers' national writing competition'.  Rupa-rupanya pihak sekolah menghantar penyertaan2 dari pelajar dan dua orang pemenang dipilih dari setiap kelas. Aiman adalah salah seorang yang terpilih bagi Year 5 & Danish pula bagi Year 2. Sebelum surat ini diserahkan kepada ibubapa, para pemenang telah diraikan dalam majlis kecil dimana surat-surat yang mengandungi sijil disampaikan oleh headteacher, Mrs Ward kepada mereka. Poem Danish bertajuk 'Titanic', Aiman pula 'Fly, Swim, Hop'. Poem-poem yang terpilih akan diterbitkan dalam buku 'Out of This World - The West Midlands'. 


Sijil yang diterima...Aqil = Danish

Nama pemenang dalam newsletter sekolah. Selain Aiman & Danish, Fiqri (Y5) pun anak org Malaysia juga:)

Pastilah Mama happy sangat-sangat dengan pencapaian ini. Walaupun masa mula-mula datang sini diorang agak struggle dengan bahasa Inggeris, terutamanya Danish...tapi syukurlah nampaknya diorang dah mampu bersaing dengan kawan-kawan di sini. Tahniah Aiman & Danish!..Mama doakan anak-anak mama akan terus berjaya di dunia dan akhirat. Cukuplah ini sebagai hadiah yang bermakna untuk birthday mama yang ke 36 pada 27 November yang lalu...erk...usia dah makin meningkat. Cuma empat tahun jer lagi nak ke 4 series huhuhu.....

Terima kasih Mr. Hubby & anak-anak atas kad yang cantik ni...



Juga kad handmade anak-anak yang menyentuh hati....


Mia tak buat kad, cuma tumpang conteng kat kad Abg. Danish

Mama tahu mama tak perfect, tapi mama akan usaha untuk jadi ibu terbaik untuk kalian...Sayang semua!

Tuesday, 30 September 2014

Along dah ke secondary school

Macam biasa sesi persekolahan di UK ni bermula pada bulan September. Untuk sesi 2014/2015, sekolah dibuka semula pada 2/9/2014 selepas summer holidays yang panjang. Oleh kerana 2/9 tu kami baru naik flight balik dari Malaysia jadi anak-anak terpaksa ponteng sekolah selama dua hari. Awal-awal sesi dah ponteng hehe...tapi masa tempoh cuti tu kami pun dah bagi surat ke pihak sekolah memaklumkan ketidakhadiran diorang...

Untuk sesi baru ni Along dah mula naik ke Year 7, atau Tingkatan 1 kalau di Malaysia. Awal kan naik sekolah menengah? Umur dia baru 11 tahun. Sekarang dia bersekolah di The Westwood Academy, yang terletak berhampiran dengan University of Warwick. Mintak sekolah tu pun supaya senang Mr. Hubby nak hantar on the way dia nak ke uni.

Along semasa hari pertama ke sekolah

Bila dah naik sekolah menengah terasa sangat diorang dah makin besar. Baru-baru ni Along sakit perut. Macam biasa saya sapukan minyak angin ke perut dia. Tiba-tiba teremosi pulak sebab terkenang dok gosok perut along dari semasa baby. Dari perut sebesar tapak tangan mama, sekarang dah jauh lebih besar...Ye, anak mama dah makin meningkat dewasa....cepat sangat masa berlalu kan? suatu hari nanti akan tiba masa anak-anak akan keluar meninggalkan kita..sedihnya:(

Minggu lepas ada program 'Year 7 Settling in Evening' di sekolah Along. Ibu bapa pelajar Year 7 dijemput berjumpa dengan mentor anak-anak untuk mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah baru. Maklumlah baru bertukar dari suasana Primary School ke Secondary School. Mungkin ada yang hadapi masalah untuk menyesuaikan diri. Setiap pelajar akan mempunya seorang 'mentor'. Saya rasa lebih kurang konsep 'homeroom' di MRSM. Mentor Along namanya Mr. Walkerdine. Syukurlah so far Along tak ada masalah di sekolah. Dia dapat mengikuti semua matapelajaran dengan baik. Hubungan dengan guru-guru dan kawan-kawan pun semua OK. Thank you Along, tak bagi masalah kat mama hehe...Untuk after school club pula, dia pilih untuk masuk swimming club. Apa-apalah asalkan dia minat...

Anak-anak yang lain masih di sekolah yang sama, Templars Primary School. Aiman ke Year 5, Danish dah ke Year 2. Umur Danish masih 6 tahun, kalau kat Malaysia belum pun masuk darjah 1 lagi. Mia pula di Reception dan mula bersekolah full time dari 8.45pagi hingga 3.30ptg. Tinggallah mama sorang2 kat rumah time anak-anak semua ke sekolah...sunyi...

Macam biasa setiap hari Jumaat ada Golden Assembly kat sekolah. Guru-guru akan bagi penghargaan kepada students yang menunjukkan pencapaian yang baik dari segi akademik dan juga akhlak supaya menjadi dorongan kepada kawan-kawan yang lain...Ini awards yang Aiman dan Danish (nama kat sekolah Aqil) dapat sepanjang bulan September...


Alhamdulillah, moga Allah terangkan hati anak-anak Mama supaya mudah menerima pelajaran dan sentiasa dihiasi dengan akhlak yang baik.

Monday, 10 February 2014

Mia Dapat Award

Kat rumah, Mia memang banyak cakap. Potpetpotpet macam2 yang ditanya dan yang nak dicerita. Kadang-kadang sampai kena marah dngan abang2. Tapi kat sekolah, Mia tersangat lah pemalu. Susah betul nak bercakap dengan teachers macam ada emas dalam mulut. Mungkin dia tak berapa yakin nak berbahasa Inggeris walaupun kat rumah dia selalu jer cakap English dengan Mama dan abang-abang. Kebetulan di nursery yang sama dengan dia ada dua orang lagi kawan dari Malaysia, jadi Mia dok berkepit dengan diorang ni lah..Bila ditanya kenapa tak kawan dengan Chloe, Phobhie atau Abby (girl friends dalam group dia); dia jawab "sebab diorang tak pandai cakap bahasa Melayu.."..Adoii....

Saya selalu juga bertanyakan keadaan dia kat sekolah dengan teachers. Untuk develop her self confidence, untuk beberapa minggu, seminggu sekali saya stay dengan Mia di kelas dia. Tunggu dia sampai habis kelas. Tiga jam je boleh la Mama tunggu. Mula-mula bila teacher dengar dia bercakap English dengan saya (Mia akan reply in English kalau saya cakap English dengan dia), teacher pun terkejut sebab selama ni Mia cuma angguk dan geleng kepala jer bila teacher tanya apa2. Bertuah betul! Tiap kali saya datang teacher akan ajak sekali join activity dalam kelas...bila Mama ada ok pulak dia...Dia dulu yang angkat tangan nak jawab atau buat.."Me..me.." kata dia bila teacher tanya atau suruh buat apa2.....

Satu hari waktu ambik dia di nursery, nampak muka dia excited tak sabar nak tunjuk dia dapat award...


Alhamdulillah, usaha mama yang sedikit tu berkesan nampaknya...Harap-harap Mia dah kurang rasa malu nak bercakap dengan teachers dan nak berkawan dengan kawan2 mat/minah salleh...

Kat sini cikgu memang suka bagi 'award' as a recognition kalau anak-anak dapat buat apa2 improvement. Walaupun improvement yang kecil, tapi tetap diraikan...Cuma award di nursery diberi kat dalam kelas je, tak naik stage macam kelas-kelas lain yang lebih tinggi.

Saturday, 21 December 2013

Kad Krismas Bahasa Melayu

Hari ini bermula Winter Holiday. Sekolah bercuti dua minggu sehingga 6 Januari 2014.

Sepanjang minggu lepas, sekolah anjurkan macam-macam aktiviti sempena Krismas. Sudah tentu lah kan, ini perayaan mereka yang paling besar. Kat sekolah anak-anak dapat banyak kad ucapan krismas dari teachers dan kawan-kawan. Walaupun kita tak celebrate, dah orang bagi terima je la kan....tapi dalam banyak2 kad, kad ni paling saya tertarik....


Menarik sebab kad ditulis dalam Bahasa Melayu!

Kad ini diberikan oleh kawan Aiman yang sama team bola dengan dia - Louis.
Semasa tunggu Aiman training bola hari tu sempat berbual dengan ibu Louis, Sarah. Katanya Louis nak tulis kad dalam bahasa yang Aiman guna..jadi dia guna Google Translate.....sebab tu lah 'Merry Christmas' jadi 'gembira Christmas'.....hehehe...terima kasih Louis kerana berusaha!

Hari Rabu Mia dan kawan-kawan Nursery & Reception semuanya terlibat dengan persembahan 'Christmas Twinkling Star'. Pelajar2 Reception buat lakonan, budak2 Nursery pulak dapat watak senang jer....semua kena jadi 'stars' semasa nyanyi lagu 'twinkle-twinkle little star' - tapi lirik ditukarkan kepada 'christmas star'. Macam biasa parents cuma boleh menonton tapi tak dibenarkan ambil gambar. Tapi teacher dah tolong ambik gambar siap-siap individual photo untuk simpanan ibu bapa. First time Mia berdiri di depan orang ramai. Nasib baik dia ok jer....

Mia semasa jadi 'star'

Lepas buat persembahan semua dapat sijil..



Kemudian hari Khamis ada Christmas fancy dress party di Nursery. Mia suka sangat dapat pakai baju princess dia pegi school...suka tengok budak-budak pakai baju macam2 fesyen, ada yang pakai baju Santa, Cinderella, fairy dan macam-macam lagi....

 Mia main dengan best friendnya Nayli.

Semalam (Jumaat) pula non-school uniform day, semua boleh pakai baju biasa dan digalakkan pakai Christmas jumpers atau apa-apa baju yang kaler merah. Kelas Aiman pula dapat award kedatangan penuh minggu lepas, jadi kelas dia diberikan 'privilege' untuk pakai pyjamas ke sekolah untuk hari ini...yang ni lawak sikit. Sekolah kat sini memang macam ni. Ada hari tertentu diorang kena pakai pyjamas termasuk dengan cikgu-cikgu kelas sekali....Mama sempat snap gambar Aiman sebelum ke sekolah...


Mia sibuk nak enterframe juga...



Friday, 20 December 2013

Danish & Reading Recovery Programme

Aqil Danish anak saya yang ketiga sekarang berusia 5 tahun dan berada di Year 1. Oleh kerana sistem persekolahan di sini bermula bulan September, dia cuma sempat berada di Reception (pra-sekolah) selama lebih kurang empat bulan selepas kami tiba di sini, kemudian terus ke tahun satu.

Bila dia naik Year 1 saya bertambah risau sebab dia belum boleh menulis dan membaca, tidak seperti rakan-rakan sekelas yang lain. Ini kerana diorang berada di foundation stage selama dua tahun (Nursery & Reception). Awal term yang lalu, saya menerima surat dari pihak sekolah memaklumkan bahawa Danish (nama panggilan di rumah) dipilih ke program 'Reading Recovery' iaitu boleh dikatakan kelas pemulihan kepada pelajar-pelajar yang lemah membaca dan tidak mencapai target. 

Walaupun dimasukkan ke 'kelas pemulihan' namun sebenarnya saya bersyukur Danish berada di dalam program ini. Saya dipanggil untuk bertemu dengan teacher yang akan mengajar Danish iaitu Mrs. Borrell. Dia bagi penerangan tentang program ini dan maklumkan apa pula yang di'expect' dari parents di rumah. Maknanya parents pun kena sama2 bekerjasama untuk membaiki prestasi anak. Menurut Mrs. Borrell juga, ini adalah program di bawah Institute of Education, University of London. Malahan beliau dipinjamkan ke sekolah ini untuk membantu pelajar-pelajar yang terpilih. Pada masa saya bertemu Mrs. Borrell, katanya hanya empat orang di sekolah tersebut di bawah kendalian beliau. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Kelas diadakan secara 'one-to-one' dengan special teacher yang terlatih (Mrs. Borrell) iaitu selama setengah jam sehari. Selain dari itu, setiap hari juga Danish akan membawa pulang folder ini untuk kerja-kerja tambahan di rumah.


Jom kita tengok apa yang ada dalam folder ni:


  
Setiap hari Danish akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu story book (kadang-kadang sampai tiga) untuk dibaca dengan saya. Pada peringkat awal, buku yang dibekalkan adalah dalam kategori 'mudah' dimana satu mukasurat cuma ada ayat yang mengandungi beberapa patah perkataan. Lepas baca parents kena tandatangan kat dalam buku rekod yang kuning tu....



Sebenarnya semalam kami menemankan Aiman training bola di Woodland Sport Centre. Dia ada training setiap minggu pukul 6-7mlm. Oleh kerana cuaca di luar sejuk saya kesian kat Danish dan Mia nak tunggu di tepi padang. Jadi gunakan masa ini untuk sudahkan homework Danish. Kami lepak di cafe yang disediakan di Sport Centre ni. Sambil lepak-lepak tu yang terfikir nak share pasal program ini.


 
Along candid gambar Mama dengar Danish membaca.

Selain dari storybook, kat dalam folder ini juga ada dua sampul. Sampul yang pertama mengandungi beberapa patah perkataan yang perlu Danish susun berdasarkan cerita yang dah dibaca. Macam buat puzzle. Masa nak susun tu, teacher tak bagi tengok apa yang tertulis pada envelope. Perkataan2 ni perlu ditampal di dalam buku yang disediakan yang dinamakan 'My homework story book'. Glue-stick pun teacher dah bagi siap2 dalam folder ni.


Perkataan-perkataan yang dikeluarkan dari envelope. 


Contoh sentences yang telah ditampal dalam buku.

Selepas selesai kerja menampal, ada lagi satu envelope untuk dibuka....


Dalam ni ada banyak perkataan yang perlu ditunjukkan pada Danish setiap hari sampai dia boleh kenal/baca. Macam flash-card lah. Tapi ini yang dibuat sendiri oleh Mrs. Borrell, iaitu perkataan-perkataan penting yang perlu Danish tau.

Hasil dari program ni, surprisingly Danish dah mula boleh membaca. Buku yang kat atas tu (In Ravi's Den) dia boleh baca tanpa perlu bantuan saya. Saya ada rekodkan video tapi tak boleh pula nak upload kat sini.

Hakikatnya, kalau nak anak-anak cepat membaca memang perlukan kerjasama guru dan ibu bapa. Waktu Aliff dan Aiman dulu saya akui tak dapat berikan sepenuh perhatian pada mereka. Belikan satu set buku Grolier bersekali dengan rak buku tapi akhirnya cuma jadi tempat menadah habuk. Bila pandang rak buku dok berazam nak baca bed-time story untuk diorang tapi selalu jer tak jadi.....Teruknya Mama!!! Banyak serahkan kepada guru-guru di tadika/sekolah. Sedar-sedar je diorang dah tau baca...huhuhu.. 

Sekolah di sini memang menggalakkan anak membaca. Setiap hari semua murid (termasuk Aliff dan Aiman) perlu membawa pulang sekurang-kurangnya satu buku untuk dibaca dan ibu/bapa perlu sign di dalam 'reading diary'. Bukan itu sahaja, ibu bapa digalakkan berbincang dengan anak-anak tentang apa yang dibaca oleh mereka. Ini untuk membantu pemahaman mereka disamping dapat membantu mereka memilih perkataan/ayat yang baik semasa membuat karangan.

Walaupun tak semua perkara di UK ni saya suka, tapi saya memang patut puji sistem pendidikan mereka. Saya suka sistem pendidikan di sini yang tidak membiarkan pelajar-pelajar yang lemah terus ketinggalan. Semua pelajar diberi peluang yang sama tanpa mengira siapa mereka..Walaupun kita dianggap foreigner, tapi tidak pula mereka memberi priority hanya kepada 'orang' mereka untuk mengikuti program sebegini.

Tuesday, 17 December 2013

Arts & Crafts di Nursery

Ini cerita minggu lepas...sibuk dengan macam-macam benda, nak update blog pun asik tertangguh...Mungkin sebab waktu siang dah makin pendek, jadi masa terasa amat cepat berlalu.

12 Dec 2013.

Kelas Mia (Nursery) buat 'Arts Morning'. Ibu bapa dijemput sama buat aktiviti dengan anak-anak. Seronok dapat spent masa dengan Mia kat kelas dia buat macam-macam kerja tampal menampal dengan mengunakan colour papers, glitters dll. Selalunya cuma dapat tengok kerja2 arts and crafts Mia yang dia bawak balik ke rumah, hari ni dapat buat sama2 dengan Mia. Kalaupun ada aktiviti sebegini di taska anak-anak di Malaysia, Mama memang tak dapat join sama sebab sibuk dengan kerjaya...Peluang Mama jadi surirumah di sini memang kena gunakan sebaik mungkin.

Ini antara gambar-gambar Mia dengan hasil kerjanya...

 Tampal menampal di glass candle holder....habis comot baju sekolah..

 Hasil kerja Mia dan kawan-kawan

 Buat apa pulak tu?


 Berapa marks nak bagi ni?

 Tak nampak pulak gingerbread man tu...