Aqil Danish anak saya yang ketiga sekarang berusia 5 tahun dan berada di Year 1. Oleh kerana sistem persekolahan di sini bermula bulan September, dia cuma sempat berada di Reception (pra-sekolah) selama lebih kurang empat bulan selepas kami tiba di sini, kemudian terus ke tahun satu.
Bila dia naik Year 1 saya bertambah risau sebab dia belum boleh menulis dan membaca, tidak seperti rakan-rakan sekelas yang lain. Ini kerana diorang berada di foundation stage selama dua tahun (Nursery & Reception). Awal term yang lalu, saya menerima surat dari pihak sekolah memaklumkan bahawa Danish (nama panggilan di rumah) dipilih ke program 'Reading Recovery' iaitu boleh dikatakan kelas pemulihan kepada pelajar-pelajar yang lemah membaca dan tidak mencapai target.
Walaupun dimasukkan ke 'kelas pemulihan' namun sebenarnya saya bersyukur Danish berada di dalam program ini. Saya dipanggil untuk bertemu dengan teacher yang akan mengajar Danish iaitu Mrs. Borrell. Dia bagi penerangan tentang program ini dan maklumkan apa pula yang di'expect' dari parents di rumah. Maknanya parents pun kena sama2 bekerjasama untuk membaiki prestasi anak. Menurut Mrs. Borrell juga, ini adalah program di bawah Institute of Education, University of London. Malahan beliau dipinjamkan ke sekolah ini untuk membantu pelajar-pelajar yang terpilih. Pada masa saya bertemu Mrs. Borrell, katanya hanya empat orang di sekolah tersebut di bawah kendalian beliau. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Kelas diadakan secara 'one-to-one' dengan special teacher yang terlatih (Mrs. Borrell) iaitu selama setengah jam sehari. Selain dari itu, setiap hari juga Danish akan membawa pulang folder ini untuk kerja-kerja tambahan di rumah.
Jom kita tengok apa yang ada dalam folder ni:
Setiap hari Danish akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu story book (kadang-kadang sampai tiga) untuk dibaca dengan saya. Pada peringkat awal, buku yang dibekalkan adalah dalam kategori 'mudah' dimana satu mukasurat cuma ada ayat yang mengandungi beberapa patah perkataan. Lepas baca parents kena tandatangan kat dalam buku rekod yang kuning tu....
Sebenarnya semalam kami menemankan Aiman training bola di Woodland Sport Centre. Dia ada training setiap minggu pukul 6-7mlm. Oleh kerana cuaca di luar sejuk saya kesian kat Danish dan Mia nak tunggu di tepi padang. Jadi gunakan masa ini untuk sudahkan homework Danish. Kami lepak di cafe yang disediakan di Sport Centre ni. Sambil lepak-lepak tu yang terfikir nak share pasal program ini.
Along candid gambar Mama dengar Danish membaca.
Selain dari storybook, kat dalam folder ini juga ada dua sampul. Sampul yang pertama mengandungi beberapa patah perkataan yang perlu Danish susun berdasarkan cerita yang dah dibaca. Macam buat puzzle. Masa nak susun tu, teacher tak bagi tengok apa yang tertulis pada envelope. Perkataan2 ni perlu ditampal di dalam buku yang disediakan yang dinamakan 'My homework story book'. Glue-stick pun teacher dah bagi siap2 dalam folder ni.
Contoh sentences yang telah ditampal dalam buku.
Selepas selesai kerja menampal, ada lagi satu envelope untuk dibuka....
Dalam ni ada banyak perkataan yang perlu ditunjukkan pada Danish setiap hari sampai dia boleh kenal/baca. Macam flash-card lah. Tapi ini yang dibuat sendiri oleh Mrs. Borrell, iaitu perkataan-perkataan penting yang perlu Danish tau.
Hasil dari program ni, surprisingly Danish dah mula boleh membaca. Buku yang kat atas tu (In Ravi's Den) dia boleh baca tanpa perlu bantuan saya. Saya ada rekodkan video tapi tak boleh pula nak upload kat sini.
Hakikatnya, kalau nak anak-anak cepat membaca memang perlukan kerjasama guru dan ibu bapa. Waktu Aliff dan Aiman dulu saya akui tak dapat berikan sepenuh perhatian pada mereka. Belikan satu set buku Grolier bersekali dengan rak buku tapi akhirnya cuma jadi tempat menadah habuk. Bila pandang rak buku dok berazam nak baca bed-time story untuk diorang tapi selalu jer tak jadi.....Teruknya Mama!!! Banyak serahkan kepada guru-guru di tadika/sekolah. Sedar-sedar je diorang dah tau baca...huhuhu..
Sekolah di sini memang menggalakkan anak membaca. Setiap hari semua murid (termasuk Aliff dan Aiman) perlu membawa pulang sekurang-kurangnya satu buku untuk dibaca dan ibu/bapa perlu sign di dalam 'reading diary'. Bukan itu sahaja, ibu bapa digalakkan berbincang dengan anak-anak tentang apa yang dibaca oleh mereka. Ini untuk membantu pemahaman mereka disamping dapat membantu mereka memilih perkataan/ayat yang baik semasa membuat karangan.
Walaupun tak semua perkara di UK ni saya suka, tapi saya memang patut puji sistem pendidikan mereka. Saya suka sistem pendidikan di sini yang tidak membiarkan pelajar-pelajar yang lemah terus ketinggalan. Semua pelajar diberi peluang yang sama tanpa mengira siapa mereka..Walaupun kita dianggap foreigner, tapi tidak pula mereka memberi priority hanya kepada 'orang' mereka untuk mengikuti program sebegini.
sama dgn Aisyah… masa mula2 datang sini, beberapa bulan jer sempat masuk reception… lepas tu terus ke Year 1 :)
ReplyDeleteUntung Danish dapat ikuti program tu… lagi cepat dia pandai membaca…
Bagus kan sistem sekolah kat sini? rasa mcm nak bawa balik M'sia… biar semua dapat peluang belajar yg sama… hhiihi
Sekarang mesti Aishah dah boleh membaca dengan lancar, kan...saya harap Danish pun macam tu...
DeleteA'ah, kak isma pun selalu rasa macam tu...alangkah bagusnya kalau sistem sekolah kat Malaysia sama macam ni....