Monday, 11 November 2013

Hari 'Misai'

Hari Jumaat lepas (8/11/2013) adalah non-uniform day di sekolah anak-anak.

Di sini pada hari tertentu sekolah isytiharkan sebagai non-uniform day - bermakna boleh ke sekolah dengan berpakaian biasa. Untuk hari tersebut, mereka juga digalakkan mempunyai moustache/misai sebagai sokongan kepada 'Movember Cancer Campaign'.

'Movember' ialah charity event yang dibuat pada bulan November setiap tahun untuk mengutip dana dan memberi kesedaran tentang kesihatan lelaki (men's health) particularly prostate and testicular cancer. Jadi perkataan 'November' tu ditukarkan kepada 'Movember'. Selain boleh berpakaian biasa, pelajar juga digalakkan menderma sebanyak £1 seorang.

Jadi Jumaat lepas bersarapan mama dan papa sibuk melukis moustache anak-anak teruna kami..dah ler ada tiga anak teruna. Dan ini la hasilnya.....hehehehe....abis eyeliner mama jadi mangsa..

3 'Thakur'

Semasa di sekolah pagi tu memang kelakar tengok budak-budak lain dengan misai masing-masing...yang girls pun sporting pakai misai comey2 jer...cikgu-cikgu pun sama...Nak ambik gambar diorang tak boleh pulak (melanggar peraturan) jadi tak boleh nak share kat sini...

Balik dari sekolah, kata Aiman semasa assembly hari tersebut teacher pilih dia di antara pelajar yang mempunyai moustache yang menarik...dia dipanggil berdiri dan tunjukkan moustachenya kepada kawan-kawan yang lain....hasil kerja mama la tu....hehehe...

Macam-macam la aktiviti kat sekolah diorang ni...lepas ni apa pulak agaknya ye?....



Sunday, 10 November 2013

Nasi Carrot dan Daging Masak Hitam

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini terasa nak berkongsi resepi. Saya kongsi resepi di sini bukan nak tunjuk yang saya pandai masak...huhu jauh panggang dari api...Datang merantau ke sini baru la nak mencuba pelbagai resepi sebab takut anak-anak dan mr.hubby boring mengadap menu yang sama....Saya letakkan resepi di blog ini supaya senang saya nak merujuk bila nak ulang resepi yang sama...sebab biasanya sebelum cuba masak, dah ambik masa 'study' resepi-resepi yang ada di internet...tengok review2...kalau rasa feasible dan hasilnya memuaskan hati baru saya letak kat sini. Kalau tak lain kali nak buat lagi dah lupa pulak ambik resepi dari mana...kan....

Nasi carrot ni saya dah buat berulang-kali dan memang menjadi kegemaran anak-anak. Diorang ni memang susah nak makan sayur, jadi bila buat nasi carrot secara tak langsung diorang terpaksa jugak makan carrot yang ada dalam nasi tu sebab dah dipotong kecik-kecik tak boleh nak dipisahkan lagi....Resepi diambil dari buku Chef Hanieliza 'Senangnya Memasak Nasi'...siap bawak buku resepi nak datang sini....;)
Lagipun kat sini beras yang digunakan sehari-hari adalah beras basmathi, jadi tak ada masalah nak buat nasi tumis2...dulu sewaktu di Malaysia, jarang-jarang beli beras basmathi sebab mahal hehe...bila ada mood nak buat nasi tumis2 ni stok beras pulak tak ada...terus cancel plan...



Ok. Meh kita tengok resepi...

Nasi Carrot/ Lobak Merah
Sumber: Chef Hanieliza

Bahan A
6 cawan beras basmathi
1 cawan lobak merah - dipotong dadu kecik-kecik
1/2 cawan susu cair
7 cawan air
1 kiub ayam
1 sudu kecil gula (sekiranya suka)
garam secukup rasa

Bahan B (Bagi Menumis)


2 sudu besar rempah kurma

5 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 cm halia
4 sudu besar minyak sapi
2cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar (diracik)
3 helai daun pandan (disimpul)

Cara Membuat

1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan.
2. Apabila sudah wangi, masukkan rempah kurma. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, lobak merah dadu dan daun ketumbar.
5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi dan biarkan masak seperti biasa.
6. Hidangkan bersama ayam masa merah dan acar timun - saya tukar selera, hidang dengan daging masak hitam seperti di bawah.


Daging Masak Hitam

Sumber: Dari Dapur MaDiHaA (resepi asal dari majalah Mingguan Wanita)

Bahan-bahan

1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis

Bahan kisar

4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara

1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya dan renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Biar kuah agak pekat dan secukp rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah dihidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk, boleh tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kuah agak kering).


Selamat mencuba!!








Saturday, 9 November 2013

Awards

Dah seminggu anak-anak kembali bersekolah setelah bercuti autumn break selama seminggu. Semasa cuti sekolah kami sempat ke Nottingham dan ke Peak district, bersama-sama kawan sepejabat mr. hubby yang datang berconference di London.

Sepanjang sesi persekolahan yang lepas, alhamdulillah anak-anak menunjukkan peningkatan dalam pelajaran. Rasanya diorang dah semakin dapat menyesuaikan diri dengan sistem pelajaran, guru-guru dan kawan-kawan di sini. Seperti yang selalu saya maklumkan, yang paling merisaukan hati saya adalah anak ketiga; Aqil Danish yang terpaksa berhadapan dengan suasana yang serba-serbi baru bagi dia...Dia tidak pernah ke kindergarten semasa di Malaysia, tapi bila tiba di sini dia terus ke Reception, dan hanya selepas kurang empat bulan bersekolah dia naik Year 1 kerana sistem persekolahan di sini yg bermula setiap September. Dia berhadapan dengan cabaran berbahasa Inggeris dan pada masa yang sama perlu belajar mengikut sukatan pelajaran yang ditentukan.

Alangkah gembiranya hati bila hari demi hari Danish menunjukkan prestasi yang baik. Dia mula berbahasa Inggeris dengan saya dan abang-abang di rumah. Bermakna saya tidak perlu risau lagi tentang hubungan sosial dia dengan kawan-kawan. Saya juga sering bertanyakan keadaan dia di sekolah kepada assistant teacher yang saban hari menunggu di pintu kelas sewaktu mengambil dia pulang dari sekolah. Mungkin kerana dia sudah lebih faham apa yang cikgu sampaikan, maka pencapaian akademik dia pun lebih baik. Teacher sering memuji dia dalam pelajaran Maths. Bagi subjek literacy, dia masih perlu bekerja kuat kerana masih berusaha untuk memahirkan diri dengan phonics. Walaupun kawan-kawan lain dah mula pandai membaca sedangkan dia sedikit ketinggalan, tapi kata teacher he is a fast learner...alhamdulillah...tambah syukur saya bila di penghujung sesi yang lalu dia turut mendapat 'Golden Scroll Award' dari Head Teacher.

Di sekolah anak-anak saya di sini, pelbagai anugerah diberikan oleh head teacher semasa perhimpunan mingguan sekolah di setiap hari Jumaat. Rasanya hampir semua sekolah di UK melaksanakan perkara yang sama. Tujuannya adalah untuk memotivasikan murid-murid. Bukan yang paling cemerlang sahaja yang dapat anugerah, tetapi pelajar yang menunjukkan peningkatan; dalam apa juga segi termasuk akademik & sahsiah turut diberi penghargaan.


Untuk sesi yang lalu, semua anak-anak mama merasa naik ke pentas menerima award. Owh, kecuali Mia sebab Nursery tak terlibat dengan assembly..Along mendapat dua award iaitu 'Trust' dan 'Writer of the Week'. Tak sangka ye, budak Melayu pun boleh dapat writer of the week:)

Mama kongsikan di sini untuk kenang-kenangan terutama bila kita semua sudah kembali ke Malaysia nanti..saat itu pasti anak-anak mama semua dah besar-besar, kan....?

Semoga anak-anak mama akan lebih maju jaya di masa hadapan...