Bangun tidur pagi tadi menerima berita yang amat mengejutkan daripada whatsapp dan fb inbox..salah seorang rakan sepengajian asasi & MBBS di UM meninggal dunia dalam kemalangan ke tempat kerja...Terkejut dan rasa tak percaya! Arwah adalah pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan UiTM Kuala Pilah. Kebetulan beliau tinggal sama taman dengan saya di Nilai. Saya kenal baik dengan keluarga arwah...Malahan sebelum kami ke sini beliau sekeluarga sempat hadir ke majlis doa selamat di kediaman kami...Sedihhh...
Lebih menyedihkan arwah meninggalkan seorang isteri (guru) dan tiga orang anak lelaki..Isteri beliau sedang mengandung anak mereka yang ke-empat yang dijangka lahir pada bulan Ogos nanti...Semoga Allah tabahkan hati si isteri menghadapi dugaan yang maha hebat ini..
Setiap hari ada berlaku kematian, tapi kematian di kalangan orang yang kita kenal dan seusia amat berbekas di hati...terasa mati juga semakin hampir dengan kita...Ya Allah, cucurilah rahmat dan ampunilah dosa-dosa beliau...Amin.
Saya pun terkejut baca cerita ni... Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman...
ReplyDeleteApalah jadi pada isteri arwah yang sarat mengandung tu.... Moga Allah berikan kekuatan untuk mereka menjalani hidup.... al-fatihah
Aminn...
ReplyDeleteItulah yang berlegar-legar di fikiran saya. Macam mana lah si isteri menghadapi situasi yang sukar ini..berat mata memandang berat lagi bahu memikul...