Kebiasaannya setiap hari Selasa adalah hari
Mr.Hubby bertemu sv untuk bagi report sepanjang minggu lepas dan sv pula akan
bagi task baru untuk Mr.Hubby...untung giler dapat sv yang mmg bg full guidance...aku dulu dari cari
tajuk proposal, buat proposal semua kena brainstormed sendiri..discuss ngan dia
cuma untuk dapat feedback ok ke tak..kalau x ok tukar...buat lagi literature
view, pikir lagi proposal baru sampai berasapppssss....eh bukan ni aku nak
cerita, tu la bila start menulis mula la nak merapu...yang aku nak cakap, the
next day tu (hari Rabu) hubby kata dia rasa nak legakan kepala lepas jumpa sv
and before start a new task...so dia ajak kitorang g Cambridge. Lagipun
sekarang anak-anak sedang cuti sekolah....
Oleh kerana kitorang g balik hari, so aku
dah study awal2 mana tempat nak parking and yang nak kena pergi supaya senang
sikit nak jalan2 dan tak buang masa. Cambridge ni adalah bandar
yang menempatkan University of Cambridge, antara university yang terulung di
dunia. Universiti ni telah dibina sejak tahun 1920-an lagi…lama kan?
Pagi tu aku bangun siap2kan makanan untuk
bekalan. Masak simple2 jer goreng fish fingers and nasi putih dengan sambal
telur...lepas breakfast dan settlekan anak2 bersiap lebih kurang pukul 10.00am
kami bertolak dari Coventry... Kami bercadang nak parking di Grand Arcade,
tempat parking bertingkat yang terletak kat tengah2 bandar. Jadi kami set kat
tomtom untuk ke CB2 3BJ...perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit
.
Sebelum sampai ke Grand Arcade akan lalu
kat Fitzwilliam Museum, iaitu di Trumpington Street..... jadi kitorang ke situ
dulu. Kebetulan ada parking kosong betul2 di depan muzium tu jadi kami park kat situ dan masuk ke muzium. Muzium ni menyimpan khazanah2 lama arts and antiques
dari hampir seluruh dunia. Duit lama semasa zaman kesultanan Johor dulu pun
ada! Aiman agak excited tengok barang2 perang dulu2 sebab dia dapat tengok live
apa yang dia belajar tentang the Romans, yang aku citer sebelum ni….segala
macam armours, helmets, swords dll yang bermacam jenis dan bentuk ada
dipamerkan….tapi kat dalam galeri ni tak dibenarkan untuk ambik gambar...Jadi kami bergambar kat luar je lah...
Fitzwilliam Museum kat belakang kami...
Muzium ada dua tingkat, kami sempat
ronda2 yang di tingkat bawah jer…sebab after about an hour pusing2 kat dlm tu,
anak2 mula merengek lapar...aku memang dah agak dah...walaupun tak sempat nak
pusing habis, tapi InsyaAllah ada masa dan peluang nanti mungkin kami boleh ke
sini lagi. Kemudian kami ke Grand Arcade, parking kat sana utk ke destinasi
seterusnya..selepas sesi isi perut dengan bekalan makanan yang dibawa, kitorang
ronda2 dengan jalan kaki mengelilingi bandar Cambridge yang penuh dengan
bangunan-bangunan klasik…
Kami melalui Market Square untuk ke King's College...iaitu kolej yang paling lama kat Cambridge. kalau ikut apa yang aku baca biasanya boleh masuk melawat kat dalam kolej ni ada exhibition dll...tapi hari ni tak boleh masuk pulak jadi kami tengok dari luar jer lah...walaupun boleh tengok luaran jer, tapi senibina bangunan2 kat sini memang mengagumkan...
Market square
King's College, Cambridge
Kami terus berjalan sambil tengok bangunan2 yang lain...banyak lagi college2 di sepanjang jalan ni...
Grasshopper Clock...satu lagi tarikan kat sini
Sayangnya cuaca hari ni tak berapa baik…hujan
renyai2 tapi kami belasah jalan jugak…pelancong2 lain pun ramai jugak walaupun
hari ni hari bekerja. Mungkin sebab cuti sekolah agaknya…tapi kerana cuaca tak
berapa baik kami tak ber’punting’ iaitu aktiviti utama pelancong yang dating sini…’punting’
ni adalah naik sampan yang dikayuh dengan buluh…tiket boleh dibeli di tourism
centre atau kat tempat punting tu pun ada dijual….tapi pemandangan kat sini
sangat laaa cantik…..
Mathematical Bridge..jambatan kayu yang dibina menggunakan konsep matematik,
tanpa bolts or nuts
Sambil berjalan sambil bagi ceramah percuma kat anak-anak...aku harap diorang dapat inspirasi untuk belajar bersungguh2 hingga ke universiti yang hebat macam ni....
No comments:
Post a Comment