Wednesday, 17 April 2013

Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan

Salah satu halangan terbesar sebelum kami datang ke sini adalah untuk dapatkan kelulusan CTG aku. CTG mengikut pasangan ke luar negara memang salah satu kemudahan yang diberikan kepada penjawat awam, tapi mesti memenuhi syarat tertentu..yang menjadi masalah adalah kerana aku juga sedang di tahun akhir pengajian (cuti belajar) di bawah tajaan JPA. Bila aku tanya kat office macam mana nak apply CTG, diorang kata no such thing of 'cuti di dalam cuti'...bermakna aku dan anak-anak tak boleh ikut Mr. Hubby ke sini sebelum aku tamatkan pengajian...huhuhu...

On my hubby's side pula, dia seboleh-bolehnya tak nak pegi tanpa kami sebab dia dibayangi peristiwa dia terlibat dengan gempa bumi di Ibaraki, Jepun pada Mac 2011 dulu...yup, yang masa tsunami dasyat di Jepun tu dia berada di sana. Tempat dia tinggal tu agak jauh dari Sendai, tempat yang paling teruk dilanda tsunami, tapi tetap kena gempa bumi yang agak teruk sehingga terputus hubungan telekomunikasi dan jalan raya seketika..Dia kata masa tu dia cuma ingat Allah dan family, dan dah tak sanggup lagi nak berjauhan lama-lama dengan kami...

Sebab nak tunggu kelulusan cuti aku, dia dah dua kali defer tarikh mendaftar dgn universiti..Finally uni kata dah tak boleh defer lagi...kami pun kelam-kabut mengadap supervisor aku di UM, HOD, boss dan pegawai-pegawai di kementerian untuk dapatkan jugak CTG aku. Actually SV aku ok jer sbb aku dah at final stage untuk siapkan thesis. Tinggal nak buat corrections untuk write-up so kitorang blh communicate through email jer...yang susahnya ialah syarat nak apply CTG mesti 'Menamatkan Pengajian/HLP serta melaporkan diri untuk bertugas'...Memula waktu Mr. Hubby dapat scholarship tu kami ingat tak jadi masalah, apply CTG dan aku siapkan thesis  di sini. Rupanya tak seperti yang aku jangka.

Lepas jenuh turun naik sana sini, akhirnya aku berjaya buat appeal. Tapi aku tetap kena tamatkan HLP lebih awal, iaitu sebulan sebelum tarikh Mr. Hubby mendaftar (1.3.2013) dan kena lapor diri untuk bertugas. Bermakna lepas ni aku kena bayar sendiri yuran pengajian aku :(...Hari yang sama aku lapor diri di pejabat; aku submit application untuk CTG. Sepatutnya kena buat permohonan 3 bulan sebelum tarikh cuti, tapi aku dah maklumkan kat bahagian berkenaan tentang masalah aku dan diorang terima.

Aku mohon utk cuti mula CTG pada 22/2/2013 tapi aku cuma dapat kelulusan pada petang 21/2/2013. Tension giler masa tu...Plan asal untuk berangkat seminggu sebelum Mr. Hubby kena lapor diri untuk belajar terpaksa ditunda sebab JPA perlukan surat CTG aku untuk sediakan tiket dan untuk release duit scholarship. Lepas dah serah surat kelulusan CTG pada JPA, ada problem pulak nak ambik tiket sbb dah penuh (dah last minute). Finally dapat tiket 3.3.2013...Nasib la uni kata ok daftar lambat beberapa hari...Alhamdulillah, Allah izinkan kami bersama sebagai satu family di sini.

Untuk yang nak apply CTG, dokumen yang diperlukan ialah:

1) Borang permohonan. Boleh rujuk pekeliling dan download borang kat sini.
2) Surat tawaran belajar pasangan
3) Surat tawaran pembiayaan pengajian pasangan
4) Surat cuti kelulusan cuti belajar pasangan
5) Surat nikah
6) Salinan visa pemohon dan pasangan - tiada dalam pekeliling tapi KKM perlukan ini.

Untuk kes biasa, permohonan hendaklah dibuat 3 bulan sebelum tarikh mula CTG.



14 comments:

  1. Salam.i nak amik ctg follow husbnd keje kt qatar..visa tu mmg dokumen yg wajib ade eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau kerja under KKM memang wajib. Kalau kementerian lain saya tak pasti.

      Delete
  2. Salam. Boleh saya tahu masa buat appeal tu, perlu jumpa siapa? Sebab saya pun nak apply CTG, tapi kurang 3 bulan dari tarikh cuti.Jadi, ingat nak buat rayuan juga. Kalau tak keberatan, boleh share pengalaman. Boleh emel saya di qairulazhani@gmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam. Adakah kak tau tentang peraturan n tatatertib apabila kita ambil CTG ikut pasangan ke luar negara? Bolehkah kami kerja lain dalam tempoh CTG? Boleh emel saya di fish83@gmail.com Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. hi..saya nak tanya, berapa lama tempoh kelulusan cuti tanpa gaji ni?
    berapa lama notis yang perlu sebelum saya bercuti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permohonan cuti tanpa gaji hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh kita rancang untuk mula bercuti...mereka akan proses permohonan dalam tempoh tersebut...

      Delete
  5. Assalamualaikum.. ni kak isma kakak ridzuan ismail kan.. ni zizie.. buddy first year akak masa akak final year.. akak ingat tak..
    kak, zz pun ade masalah macam akak.zz nk ikut husband.. skrg ni zz tgh final year masters..bole akak email zz.. zz nak tanye few soalan.. if akak tak kisah. tq kak..
    zizi14@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam zz, of coz la ingat sangat2. Zz kan penah datang bilik akak dulu hehe...pastu kita ada terserempak kat Alamanda kan?..
      Ok,ok..akak email zz:)

      Delete
  6. Hello Isma..can i have ur email ? can i email u some enquiries...i'm a kkm staff too ....need to clarify something with you....thanks Isma.... phchuo@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, you can email at mamamia5142@gmail.com...

      Delete
  7. Assalamualaikum..hi..boleh x share experience semasa dlm CTG ni..saya nak email awak..

    ReplyDelete
  8. salam.tumpang tanya, saya nk apply CTG utk ikut psgn,berapa thn ye dibenarkan?maksimum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam cikgu Zurina. Permohonan pertama 3 tahun. Kemudian kena mohon extension 3 bulan sebelum tarikh tamat kalau nak sambung. Bergantung kepada tempoh spouse belajar/berkhidmat di luar negara dan tertakluk kepada kelulusan ketua jabatan.

      Delete
  9. Assalamaualaikum...

    Borang penilaian Prestasi cg semasa berCUTI TANPA GAJI...guna borang apa ye....sbb sy pun nak guna borang tu...

    ReplyDelete