Thursday, 6 June 2013

Print dari Mendeley

Korang pakai reference manager apa untuk simpan papers/articles? Dulu2 aku guna Endnotes tapi kemudian aku bertukar kepada Mendeley sebab rasa Mendeley lebih user friendly.

Siapa yang tak tahu lagi, Mendeley Desktop boleh didownload di http://www.mendeley.com/ secara percuma. Kalau nak tahu lebih details pun blh masuk ke website ni.

Aku cuma nak buat notes di sini, untuk peringatan aku dan panduan kat siapa2 yang memerlukan. Setakat ni kalau nak print PDF tak boleh print directly daripada Mendeley Desktop tu....

Jadi caranya adalah macam ni:-

1. Open "All document"

2. Select paper yang kita nak print tu.

3. Right click kat situ.

4. Select " Open file externally"

5. Bila dah buka PDF file kat luar boleh la print macam biasa....

Contoh:



Monday, 3 June 2013

Family Day MCS

1 Jun 2013

Hari Sabtu lepas kami Malaysian Coventry Society (MCS) telah mengadakan family day atau 'Fabuloves Day' bertempat di Coombe Abbey Park, Coventry. Ini salah satu program utama MCS...pada hari ni keluarga postgraduates dan adik2 undergraduates berkumpul bersama. Ramai juga adik2 undergraduates yang tak dapat datang sebab skrg tgh musim exam...tapi yang hadir tu dah cukup untuk memeriahkan program ni....

First time dapat jumpa ramai2 Malaysian mcm ni kat sini...ada juga 3-4 family yang mmg bekerja dan telah menetap kat sini berbelas tahun. Kami family post-graduates bahagi2 tugas untuk menyediakan makanan...macam2 menu dari meehoon goreng, nasi goreng, mee goreng, kuah kacang, nasi impit, sup, bubur nasi, pasta, nuggets dan macam-macam-macam lagilah termasuk bbq....memang best sangat2 dapat berkenalan dan berborak sakan. Paling best sebab dapat makan masakan org lain coz rasa macam dah jemu hari2 mengadap makanan yang dimasak sendiri hehehe....Desserts pun semua sedap2 dan cantik.kuih moden dan tradisional sumer ada.....







Selain dari acara makan2 dan BBQ, kami juga aktiviti sukaneka. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari family postgrads+adik2 undergrads....antaranya main baling dart kat belon pastu kena teka2, cari gula2 dalam tepung, galah panjang, lambung belon isi air ke belakang dan acara kemuncak tarik tali......akhirnya majlis penyampaian hadiah oleh director Edu. Malaysia Prof Madya Dr. Anizu yang dtg dari London...yang kelakarnya tak disangka2 puding yang aku buat dipilih sebagai pemenang pertandingan desserts...hahaha lawak jer aku rasa sbb mmg x terfikir nak menang pun....






Ribuan terima kasih kat AJK MCS yang bertungkus-lumus memastikan event ni berjaya...semoga ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan...

Sunday, 2 June 2013

Jalan-jalan ke Cambridge

29 Mei 2013

Kebiasaannya setiap hari Selasa adalah hari Mr.Hubby bertemu sv untuk bagi report sepanjang minggu lepas dan sv pula akan bagi task baru untuk Mr.Hubby...untung giler dapat sv yang  mmg bg full guidance...aku dulu dari cari tajuk proposal, buat proposal semua kena brainstormed sendiri..discuss ngan dia cuma untuk dapat feedback ok ke tak..kalau x ok tukar...buat lagi literature view, pikir lagi proposal baru sampai berasapppssss....eh bukan ni aku nak cerita, tu la bila start menulis mula la nak merapu...yang aku nak cakap, the next day tu (hari Rabu) hubby kata dia rasa nak legakan kepala lepas jumpa sv and before start a new task...so dia ajak kitorang g Cambridge. Lagipun sekarang anak-anak sedang cuti sekolah....

Oleh kerana kitorang g balik hari, so aku dah study awal2 mana tempat nak parking and yang nak kena pergi supaya senang sikit nak jalan2 dan tak buang masa. Cambridge ni  adalah bandar yang menempatkan University of Cambridge, antara university yang terulung di dunia. Universiti ni telah dibina sejak tahun 1920-an lagi…lama kan?

Pagi tu aku bangun siap2kan makanan untuk bekalan. Masak simple2 jer goreng fish fingers and nasi putih dengan sambal telur...lepas breakfast dan settlekan anak2 bersiap lebih kurang pukul 10.00am kami bertolak dari Coventry... Kami bercadang nak parking di Grand Arcade, tempat parking bertingkat yang terletak kat tengah2 bandar. Jadi kami set kat tomtom untuk ke CB2 3BJ...perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit .

Sebelum sampai ke Grand Arcade akan lalu kat Fitzwilliam Museum, iaitu di Trumpington Street..... jadi kitorang ke situ dulu. Kebetulan ada parking kosong betul2 di depan muzium tu jadi kami park kat situ dan masuk ke muzium. Muzium ni menyimpan khazanah2 lama arts and antiques dari hampir seluruh dunia. Duit lama semasa zaman kesultanan Johor dulu pun ada! Aiman agak excited tengok barang2 perang dulu2 sebab dia dapat tengok live apa yang dia belajar tentang the Romans, yang aku citer sebelum ni….segala macam armours, helmets, swords dll yang bermacam jenis dan bentuk ada dipamerkan….tapi kat dalam galeri ni tak dibenarkan untuk ambik gambar...Jadi kami bergambar kat luar je lah...

Fitzwilliam Museum kat belakang kami...






Muzium ada dua tingkat, kami sempat ronda2 yang di tingkat bawah jer…sebab after about an hour pusing2 kat dlm tu, anak2 mula merengek lapar...aku memang dah agak dah...walaupun tak sempat nak pusing habis, tapi InsyaAllah ada masa dan peluang nanti mungkin kami boleh ke sini lagi. Kemudian kami ke Grand Arcade, parking kat sana utk ke destinasi seterusnya..selepas sesi isi perut dengan bekalan makanan yang dibawa, kitorang ronda2 dengan jalan kaki mengelilingi bandar Cambridge yang penuh dengan bangunan-bangunan klasik…

Kami melalui Market Square untuk ke King's College...iaitu kolej yang paling lama kat Cambridge. kalau ikut apa yang aku baca biasanya boleh masuk melawat kat dalam kolej ni ada exhibition dll...tapi hari ni tak boleh masuk pulak jadi kami tengok dari luar jer lah...walaupun boleh tengok luaran jer, tapi senibina bangunan2 kat sini memang mengagumkan...

 Market square


King's College, Cambridge

Kami terus berjalan sambil tengok bangunan2 yang lain...banyak lagi college2 di sepanjang jalan ni...

Grasshopper Clock...satu lagi tarikan kat sini


Sayangnya cuaca hari ni tak berapa baik…hujan renyai2 tapi kami belasah jalan jugak…pelancong2 lain pun ramai jugak walaupun hari ni hari bekerja. Mungkin sebab cuti sekolah agaknya…tapi kerana cuaca tak berapa baik kami tak ber’punting’ iaitu aktiviti utama pelancong yang dating sini…’punting’ ni adalah naik sampan yang dikayuh dengan buluh…tiket boleh dibeli di tourism centre atau kat tempat punting tu pun ada dijual….tapi pemandangan kat sini sangat laaa cantik…..





Mathematical Bridge..jambatan kayu yang dibina menggunakan konsep matematik,
 tanpa bolts or nuts

Sambil berjalan sambil bagi ceramah percuma kat anak-anak...aku harap diorang dapat inspirasi untuk belajar bersungguh2 hingga ke universiti yang hebat macam ni....