Saturday, 11 May 2013

Sekolah Hidayah Trip to National Sea Life Centre, Birmingham

Pada 6 Mei 2013, sehari selepas PRU13 yang hangat di Malaysia; Sekolah Hidayah telah buat satu trip ke National Sea Life Centre, Birmingham. Sekolah Hidayah ni adalah kelas agama yang dibuat untuk anak-anak family post-graduate di sini. Kelas ni diadakan setiap hari Sabtu. Kat sini tak ada subjek Pendidikan Islam yang formal atau KAFA macam sekolah kat Malaysia. Jadi kelas sebegini amat perlu untuk pengisian rohani anak-anak. Pada masa sekarang ustaz/ustazah yang mengajar anak-anak kami ialah adik2 undergrads...lagipun anak-anak memang suka pergi Sekolah Hidayah ni sebab time ni dapat jumpa kawan-kawan Melayu...

Ini trip pertama bagi anak-anak aku pergi dengan kawan2 dan ustaz/ustazah. Kami hantar diorang di Canley Train Station dan diorang akan bertolak sama2 dari situ. Ketiga-tiga anak lelaki aku ikut serta...Mia aku tak percaya pulak nak lepaskan takut merosakkan program orang jer nanti. Diorang memang sangat excited nak pergi, pengalaman baru pegi trip tanpa mama & papa:)

Macam biasa layan gambar la ye....

Bergambar dengan parents & ustaz/ustazah sebelum berlepas



Naik train










Ni semua gambar2 diorang kat sana....gambar adalah ehsan ustaz/abang yang jadi pengiring...terima kasih banyak2 kat ustaz/ustazah yang sabar melayan kerenah diorang sepanjang hari:)






Friday, 10 May 2013

Portmeirion & Stoke-on-Trent

Kitorang ni slalu jer buat aktiviti ad-hoc bila tiba weekend. Weekend lepas kitorang pegi ke factory shop Portmeirion di Stoke-on-Trent. Actually member yang ajak...pagi Sabtu (4/5) tu dia call bagitau ada sale di Portmeirion dan ajak kitorang pegi kalau nak. Diaorang dah nak balik Msia for good bulan September nanti so nak tambah stok...aku ngan hubby ok jer so kitorang g sama2, Mr. Hubby jadi driver:)

Jarak dari Coventry ke sana nak kata jauh, tak la jauh sangat...lebih kurang 1 jam perjalanan. Tapi hari kami pergi tu ada kemalangan so jalan agak jem...dekat 2 jam jugak baru sampai kat Portmeirion Factory Shop tu...



Signboard yang mengadap tempat parking


Pintu nak masuk...jumpa Malaysian yang baru siap memborong:)

Sebelum datang sini aku tak kenal sangat Portmeirion ni...tapi bila sampai UK ni g rumah member Malaysian bila diorang hidang makanan nampak cantik jer set pinggan ni...bila time sembang2 pun diorang dok discuss pasal pinggan ni. Kiranya di kalangan Malaysian pinggan ni memang agak terkenal la lagipun harganya mahal kalau beli kat Malaysia...kat sini boleh dapat harga yang lebih murah especially kalau time sale...tapi tak sangka pulak aku terjebak secepat ni...he he...

Aku ni memang berjiwa feminine so memang suka kalau corak bunga-bungaan macam ni. Bila masuk dalam agak rambang mata juga tengok design yang cantik2. Kebanyakannya sale 30%. ada juga certain design yang dijual 3-4gbp jer sekeping...Of coz la pilih yang tu dulu kan....member aku cakap biasanya bulan November diorang akan buat sale giler2 and time tu boleh tengok orang beratur panjang...since aku akan stay kat UK ni lama lagi aku tak beli banyak sangat...nanti bulan Nov nak try pujuk Mr. Hubby datang lagi:)



Mengikut sejarahnya Portmeirion ni diasaskan pada tahun 1960 oleh pasangan suami-isteri Susan Williams Ellis dan Euan Cooper-Willis. Design yang popular sepanjang zaman ialah Botanic Garden macam ni:





Ini Botanic Garden Airtight Jar




 Ni pulak set Crazy Daisy...design ni nampak modern sket...


 Portmeirion Pomona...design buah-buahan

  
Portmeirion Botanic Roses..ada 6 corak/kaler bunga rose yg sweet2 jer semuanya


Botanic roses jugak...teaset dan mugs


Portmeirion Eden Fruits

Amacam?Terliur tak tengok?...hehehe...

Sebelum ni dok guna Corelle jer...tapi bila g umah sedara-mara dan kawan-kawan pun semua guna Corelle jugak. Ok la untuk bertukar angin kan?

Wednesday, 8 May 2013

Cerita hari-hari...

Dah seminggu jugak aku tak update blog. Sejak anak-anak mula sekolah ni aku makin sibuk. Jadi ibu,wife dan student pada masa yang sama memang penuh jadual harian. Penat fizikal & mental!..Pagi-pagi lagi dah kena bangun prepare breakfast anak2 dan diorang punya lunch box. Pastu dalam pkl 8.30pg hantar diorang gi sekolah. Mula-mula agak kalut nak bawa 4 budak jalan kaki especially time nak melintas jalan...tapi bagus juga at least aku blh exercise dgn morning walk setiap pagi..he he..cuma tak dapat ku gambarkan nak hantar diorang di musim winter nanti....




'Rombongan' parents hantar anak masing2 ke sekolah


Lepas htr diorang aku balik basuh pinggan-mangkuk-cawan yang diorang dah tinggalkan tadi...kemas rumah serba sedikit dan masukkan baju dlm washing-machine. Dah siap semua tu baru ada masa sikit untuk mengadap thesis. Alhamdulillah minggu lepas berjaya siapkan satu paper dan dah submit ke PLoSONE...tolong doakan agar paper aku ni di accept for publication ye kawan-kawan...kalau tak lambat lagi la aku blh submit thesis huhu... Requirement UM ni pelik sket, nak kena ada at least dua paper yang accepted for publication by ISI jurnal baru boleh submit thesis...menyusahkan betull la...Dalam minggu ni aku harap dapat siapkan correction untuk Chapter 5 (Discussion) aku. Prof dah tengok tapi banyak pulak komen dia yang nak kena aku betulkan....

Buat masa sekarang ni, si budak kecik Mia tu belum sekolah lagi. Susah jugak sebenarnya aku nak fokus pada keje2 aku sebab sambil buat keje sambil nak melayan Mia. Dia pun bosan tinggal sorang abang2 semua dah pegi sekolah. Then tengahari aku dah kena berenti untuk masak lunch pulak sebelum pegi ambik diorang pukul 3.30ptg...pastu bagi diorang lunch, layan diorang cerita-ceriti hal2 kat sekolah bla..bla..bla..hari pun dah lewat petang...dah nak kena prepare utk dinner pulak...


Kesian Mia, main sorang2 jer tak de kawan....


Kekadang rasa mencabar jugak situasi aku ni...sebab aku kat sini utk temankan Mr. Hubby belajar so everyday dia kena g lab untuk run experiment dia tu...jadi almost all urusan rumah tangga aku nak kena buat sendiri. At the same time aku belum melepaskan title 'student' aku ni...at least dulu kat Msia everyday aku hantar anak2 ke nursery sampai petang. So siang2 memang boleh fokus buat keje di uni atau di library. Dah tu pulak kalau rasa tak nak masak ada option untuk beli kat kedai atau pasar malam..he he. Kat sini tak boleh la macam tu...So pendek kata tanggung jawab aku memang bertambah...tak sabar2 rasanya nak habiskan pengajian tapi nak abis cepat macam mana, progress nye ciputtt jer.....kalau dah tak payah fikir pasal study baru la aku betul2 boleh rasa enjoy kat sini, kan....

Ya Allah, permudahkan lah urusan hambamu ini....aku nak abis study cepat2 Ya Allah...