Pada 6 Mei 2013, sehari selepas PRU13 yang hangat di Malaysia; Sekolah Hidayah telah buat satu trip ke National Sea Life Centre, Birmingham. Sekolah Hidayah ni adalah kelas agama yang dibuat untuk anak-anak family post-graduate di sini. Kelas ni diadakan setiap hari Sabtu. Kat sini tak ada subjek Pendidikan Islam yang formal atau KAFA macam sekolah kat Malaysia. Jadi kelas sebegini amat perlu untuk pengisian rohani
anak-anak. Pada masa sekarang ustaz/ustazah yang mengajar anak-anak kami ialah adik2 undergrads...lagipun anak-anak memang suka pergi Sekolah Hidayah ni sebab time ni dapat jumpa kawan-kawan Melayu...
Ini trip pertama bagi anak-anak aku pergi dengan kawan2 dan ustaz/ustazah. Kami hantar diorang di Canley Train Station dan diorang akan bertolak sama2 dari situ. Ketiga-tiga anak lelaki aku ikut serta...Mia aku tak percaya pulak nak lepaskan takut merosakkan program orang jer nanti. Diorang memang sangat excited nak pergi, pengalaman baru pegi trip tanpa mama & papa:)
Macam biasa layan gambar la ye....
|
Bergambar dengan parents & ustaz/ustazah sebelum berlepas
Naik train
Ni semua gambar2 diorang kat sana....gambar adalah ehsan ustaz/abang yang jadi pengiring...terima kasih banyak2 kat ustaz/ustazah yang sabar melayan kerenah diorang sepanjang hari:)
|
No comments:
Post a Comment