Perayaan Krismas cuma tinggal dua hari sahaja lagi. Sana sini sibuk dengan persediaan untuk sambutan Krismas. Tempat shopping penuh dengan pengunjung. Sekolah dah mula bercuti sejak 19/12/2015. Sebelum bercuti, kawan-kawan dan teachers bertukar kad ucapan. Kita yang tak celebrate pun dapat juga:)
Kad ucapan daripada kawan-kawan Mia
Di Broad Gate, berhadapan dengan Primark Coventry ada Christmas Coventry Market. Macam-macam barangan dijual untuk membantu pengunjung memilih barang-barang dijadikan 'Christmas gift' termasuk pakaian, handcraft, gula-gula dan coklat, paintings dan sebagainya. Ada juga gerai yang menjual juadah bukan sahaja western food tapi juga Indian dan Turkish delight.
Jalan-jalan jamu mata buat-buat sibuk time orang sibuk nak beraya....
Waktu malam suka bersiar-siar dengan kereta tengok rumah-rumah yang bergemerlapan dihiasi lampu warna-warni. Dari tingkap nampak kat dalam rumah pun banyak lampu-lampu terutamanya di sekeliling pokok Krismas. Cantik dan nampak meriah...
rumah-rumah di kawasan kejiranan - Limrick Avenue
No comments:
Post a Comment