Antara yang disampaikan, parents perlu meletakkan garispanduan tentang penggunaan internet oleh anak-anak seperti:
- Parent perlu tahu laman web yang sering dilawati oleh anak-anak dan dengan siapa mereka berinteraksi secara online.
- Perlu ada persetujuan antara parent dan anak-anak tentang masa yang mereka boleh gunakan untuk online.
- Ingatkan anak-anak bahawa apa sahaja yang mereka letakkan secara online boleh dilihat di seluruh dunia.
- Ajar anak-anak supaya tahu bagaimana untuk meletakkan setting 'privacy' dan how to 'block people' - ini untuk mengelakkan 'cyber bullying'
Selain pada tu, mereka juga berkongsi tentang websites interaktif yang bagus untuk pendidikan anak-anak. Kat sekolah pun diorang guna website ni untuk bantuan pembelajaran. Sekolah kat sini memang guna Macbook dalam kelas...tu salah satu yang buat budak2 suka pegi sekolah!..Ni websites yang cikgu bagi:
Website ni sangat best - dapat award winning free website. Kena register dulu ('Join us'). Boleh pilih untuk 'Reading' atau 'Maths'. Kat sini ada 250 ebooks yang boleh dibaca secara percuma. Lagi best sebab tablet-friendly, so lagi senang anak-anak nak baca. Antara yang ada adalah buku-buku dalam siri 'Read with Biff, Chip and Kipper' dari Oxford Reading Tree. Waktu Danish mula-mula belajar membaca, buku-buku inilah yang dibekalkan oleh teacher setiap hari dari sekolah. Kebanyakan sekolah kat UK gunakan buku-buku ini untuk belajar membaca. Kat sini memang amat menggalakkan kanak-kanak membaca sebab tu bermula dari Reception lagi (4 tahun +) murid-murid kena bawa balik buku untuk dibaca di rumah dan ibu bapa perlu tanda tangan dalam 'Reading Diary'. Sebelum pandai membaca, buku-buku yang dibawa balik adalah buku-buku bergambar. Anak-anak diminta bercerita dengan ibubapa tentang gambar di setiap pages.
Lagi satu website ialah http://www.phonicsplay.co.uk/freeIndex.htm
Honestly, yang ni jarang guna...hehehe..so tak boleh bagi review. Cuma nampak website ni lebih kepada 'play'...ada yang free dan ada yang kena subscribe.
Yang ni pulak http://www.bbc.co.uk/bitesize/
Ini mungkin lebih ikut education system kat UK. Sebab aktiviti disusun mengikut Key Stage 1 (KS1 - Year 1 & 2), KS2 dan seterusnya. Untuk key stage 2 ada subjects English, Maths dan Science. Boleh bantu mereka ulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih menarik.
Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment