Tuesday, 26 March 2013

3.3.2013 – Mendarat di bumi Ratu


Hari berganti hari, minggu berganti minggu.. akhirnya hari yang ditunggu pun tiba. Pada 3.3.2013 jam 10.40 pagi kami berlepas dari KLIA ke Heathrow, London. InsyaAllah, kami akan menetap di Coventry selama 3 tahun kerana menemani Mr. Hubby yang akan sambung study kat University of Warwick...dan dengan rasminya juga aku menyandang jawatan surirumah sepenuh masa.

Pemergian kami telah diiringi oleh adik-beradik dan sanak-saudara...Meriah KLIA hari tu..dah macam nak pegi haji pulak. Terharu rasanya bila mak/abah & mertua, adik-beradik, ipar-duai dan anak2 sedara datang hantar  kitorang...adik-beradik aku jer dah 9 org, husband aku pulak 12 beradik..so boleh imagine betapa besarnya keluarga kitorang... he he



Memang mencabar perjalanan selama hampir 13 jam dengan 4 orang anak nie..diorang memang tak reti duduk diam. Dah la dok kat Business Class (tq JPAJ) rasa segan pulak kat penumpang lain. Mesti diorang bengang jer ngan bebudak nie..nak buat camana kan,dah nama pun budak-budak...Jam 4.30 ptg (waktu London) akhirnya kami mendarat di Heathrow Airport. Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Tak banyak soal jawab di kaunter imigresen. Queue pun tak lama sangat sebab dapat lalu kat priority lane. Waktu ni anak-anak dah keletihan ditambah pulak dengan jetlag...terutamanya si budak kecik Mia..kejap2 dok melepek time tgh2 Q tu...sbb time tu dah tgh malam waktu Msia...

Dari Heathrow Airport kami naik taxi yang dah dibook secara online...selepas lebih kurang sejam kami tiba di homestay tempat tinggal sementara kami iaitu di John Rous Avenue.

Bermulalah kehidupan kami di sini.......................

No comments:

Post a Comment