A reminder to myself!
Saturday, 30 March 2013
Applying for a UK visa in Malaysia
Ini sambungan entry sebelum ni...
Kalau dah cukup dokumen-dokumen yang kat atas tu, dah boleh
mula buka online application form (VAF 9).
Untuk student tajaan JPA/KPT/MARA etc...korang kena pilih
Tier 4 (General) (Sponsored ) Student.
Untuk pasangan pula pilih Study Visa -> Tier 4 (General) Dependent
Partner dan Tier 4 (General) Dependent Child untuk anak-anak. Setiap seorang
kena isi satu form.Jadi kalau ada empat anak (macam kitorang ni) total form
yang nak kena isi 6 ler...Form untuk student quite straight forward tapi untuk
pasangan dan anak-anak agak pening sikit sebab dok tanya no passport anak2
berulang-kali...kalau tak berapa sure betul ke tidak cara isi borang tu boleh printkan
page yg last before turunkan signature tu nak bawa ke MABEC untuk check
(percuma). They were very helpful dan akan cek satu2 borang. Bila semua dah ok,
barulah proceed dengan online payment dan kemudian print and sign. Untuk
anak-anak, main applicant yang kena sign. Semasa kami buat application, fee
untuk UK visa adalah USD477 seorang (RM 1476.80).
Lepas tu boleh buat appointment dengan VFS office di
Bangunan MCA, Jalan Ampang KL. Appointment juga dibuat secara online di website
yang sama.
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa submit application
ialah:
1. Borang VAF 9 yang dah ditandatangan.
2. Borang Points Based System Appendix 8, Tier 4
(General) Student, Self-Assessment. Yang ni kena isi manually (tulis tangan). Kat
dalan borang ni yang nak kena tulis CAS number tu...Apa yang Mr. Hubby buat dia
isi dulu dengan pensel dan tunjukkan pada agent di MABEC untuk disemak. Dah ok
semua turunkan signature kat borang tu jugak.
3. Offer letter dari universiti
4. ATAS certificate
5. IELTS Test Report Form
6. Passport
7. CAS statement – ada dimaklumkan cuma perlu
tuliskan CAS number di borang Self-Assessment tu, tapi kami sertakan juga
sebagai supporting document.
8. Apa-apa dokumen tambahan yang dimaklumkan di
dalam CAS. Macam Mr. Hubby Cuma perlu sertakan Master certificate (in English) –
bawa yang original dan salinan.
9. Financial affidavit dari sponsor.
10. Gambar ukuran passport (mesti latar belakang
putih)
Untuk anak-anak pula bawa:
1. Borang VAF 9 yang dah ditandatangan oleh main
applicant.
2. Passport.
3. Surat beranak anak – Kalau bukan yang dwibahasa
kena ditranslate oleh certified translator. Kena submit surat beranak original,
surat beranak yang dah ditranslate dan salinan fotokopi kedua-duanya.
4. Gambar ukuran passport
Untuk pasangan dokumen yang
diperlukan sama seperti di atas, tapi instead of surat beranak kena sertakan
surat nikah asal, surat nikah yang ditranslate dan salina fotokopi
kedua-duanya. Borang VAF 9 pasangan, pasangan boleh sign sendiri x perlu main
applicant. Untuk main applicant dan pasangan tak payah bagi surat beranak ye....
Pada hari appointment, selepas
submit application forms dan dokumen-dokumen, mereka akan panggil ke satu bilik
seorang-demi seorang untuk biometric test. Kanak-kanak below 5 years old tak
payah buat test. Lepas selesai biometric test, boleh la balik sambil berdoa
agar visa diluluskan; kalau tak burn la duit bayaran beribu-riban itu....;)
p/s: Maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman kami membuat permohonan visa pada Feb 2013. Untuk maklumat terkini sila rujuk website UKBA dan VFS Malaysia.
Thursday, 28 March 2013
Dokumen untuk apply visa UK
Entry ini ditulis untuk memudahkan kawan-kawan yang baru nak
apply UK visa. Ramai kawan-kawan Mr. Hubby yang tanya proses nak apply visa coz
dalam badge dia yang dapat HLP 2013, dia antara yang terawal register di Uni.
Walaupun Mr. Hubby yang akan sambung study di sini, sebagai isteri mithali
banyak hal-hal admin kat rumah kami aku yang buat...
Sebelum kitorang apply visa, aku banyak gak buat rujukan
dari blog-blog lain..tapi untuk tahun 2013 ada sedikit perubahan yang dibuat oleh
UK Border Agency (UKBA) iaitu perlu buat TB screening test dan bayaran visa
kena buat secara online. Panduan yang aku bagi ni mainly untuk post-graduate
student di UK.
Sebelum buat visa kena ada:
- Passport
- Memula sekali korang kena check bila tarikh tamat tempoh passport korang tu. Untuk lebih mudah dan tak pening di kemudian nanti, sebelum apply CAS elok pegi renew dulu passport supaya tempoh tamatnya sehingga korang tamat study. Jadi nanti tak payah lagi nak susah-susah renew passport masa dah kat UK atau nak kena bawak dua passport ke mana2 sebab visa dok kat passport lamaJ. Lagipun buat passport sekejap jer satu hari pun boleh siap. Boleh buat sekali masa buat passport anak-anak yang tak ada passport lagi. Macam Mr. Hubby aku ari tu..memula dah apply CAS guna passport lama, pastu ada kawan advised untuk renew passport supaya tempohnya sampai tamat belajar. Bila dah buat passport baru, then only perasan nanti no passport baru tak sama dengan CAS. Memula cuak jugak takut ada masalah masa apply visa ....maklum la kalau visa tak approve tak boleh refund. Tapi bila contact VFS Malaysia diorang kata tak pe sebab kat belakang passport baru tu nanti akan diprint no passport lama...Fuh, lega...
- Academic Technology Approval Scheme
(ATAS)
- Diperlukan
untuk postgraduate research student. Biasanya pihak universiti akan bagi
link melalui offer letter yang dihantar melalui email. Semasa buat ATAS
application ni, kena bagi summary of your research proposal. Mesti apply
yang ini dulu sebab ia akan ambik masa lebih kurang 4 minggu untuk
approval. Sebaiknya sejurus dapat offer letter terus buat application.
- Bila
dah dapat, printkan.
- CAS number
- CAS
pulak ialah Confirmation of Acceptance for Study yang akan diberikan oleh UKBA
melalui universiti. Uni akan proses CAS no. bila kita dah accept
unconditional offer by that university. Kalau nak tukar uni lain kena apply
CAS no. yang lain pulak from that particular uni. Uni hanya akan proses
CAS no ni dalam masa 6 bulan sebelum start date. Kalau start date lambat
lagi diorang tak akan bagi lagi. Maklumat masa apply CAS ni kena isi
betul-betul macam maklumat untuk apply visa nanti.
- TB Screening test
- Syarat
ni mula diwajibkan mulai 31.12.2012. Dan-dan time kitorang nak apply
visa. TB screening test ni kena buat kat klinik-klinik yang diorang dah
tetapkan jer. Kalau di KL cuma di Gleneagles Hospital dan Life Care
Diagnostic Medical Centre (LCDMC) di Bangsar South sahaja. Dekat Penang,
Sabah dan Sarawak pun masing-masing ada satu klinik. Untuk maklumat
lanjut boleh tengok kat sini.
Kitorang buat kat Life Care Diagnostic. Kos seorang ialah RM210 so kalau
enam orang macam family aku ni cer kira agak2 kena brp RM hu hu hu....
Yang sadisnya JPA tak bagi claim lak tu kos TB screening test ni.... Kat
Hospital Gleanegles kosnya murah sikit (RM170/person, kalau tak silap) tapi waktu
kami nak buat appointment tu lagi lambat nak kena tunggu. Oleh kerana
kami kesuntukan masa jadi kami buat je kat LCDMC tu...
- TB Screening test untuk UK visa cuma buat medical check-up dan chest x-ray sahaja. Tak perlu buat Mantoux test. X-ray pun cuma untuk adult jer kanak-kanak bawah 11 tahun yang Dr sahkan takde sign and symptoms of TB tak payah buat...Kanak-kanak kena bawak sekali sebab Dr kena buat medical check-up untuk diorang. Bila dah siap nanti Dr akan keluarkan certificate bagi setiap seorang yang nak kena bawa masa buat visa nanti. Jangan lupa bawa pasport dan sekeping gambar berukuran pasport sebab nak kena lekatkan di borang/certificate tu nanti.
- IELTS Test Report
- Yang ni pun nak kena ada masa apply visa nanti.
Untuk steps seterusnya, bersambung lepas ni....
Wednesday, 27 March 2013
Minggu pertama di Coventry
Rumah yang kami diami semasa mula-mula sampai tu ownernya Miss
J. Dia orang Singapore. Oleh kerana dia berketurunan Baba dan Nyonya Melaka,
dia pandai berbahasa Melayu tapi tak pandai cakap Mandarin/Kantonis. Dia dah
lama tinggal di Coventry dan ada beberapa buah rumah sewa. Hebat kan? Rumah ni rumah
teres 2 tingkat yang dah direnovate jadi 5 bilik tidur. Oleh kerana syarat
rumah sewa kat sini satu bilik hanya boleh ada dua kanak-kanak, jadi kami terpaksa
sewa dua bilik di tingkat atas. Sewa bilik ikut minggu. Untuk dua bilik ni rate
untuk seminggu ialah 168gbp..lebih kurang RM840. Kalau convert mmg rasa mahal
tapi tu la rate yang paling murah boleh dapat kat sini. Sebuah lagi bilik di
atas disewa oleh pasangan pelajar Master yang juga dari Malaysia. Mereka la
yang banyak membantu kami...manakala dua bilik di bawah masing2 disewa oleh
seorang pelajar dari China dan satu pasangan dari Romania. Kami berkongsi dapur
untuk memasak. Oleh kerana ada adik dari Malaysia tu, jadi dia dah tawarkan
kitorang untuk guna peralatan memasak dia..so tak la susah sangat.
Kadang-kadang dia pulak masak lebih and ajak kitorang makan sekali...malu pulak
aku!
Hari pertama - di John Rous Avenue
Malam pertama dan kedua di Coventry, anak-anak masih jetlag
lagi. Diorang bangun pukul 3-4 pagi waktu tempatan dan bermain bersuka-ria.
Siap mintak nak makan nasi lagi sebab time tu kan lebih kurang 12 t/hari kat
Msia...aku layan jer la sebab tahu diorang baru nak biasakan diri dengan sleep
cycle kat sini tapi penat gak la larang diorang supaya tak buat bising sebab
orang lain kan tengah syok tido...Dah la British house yang lama-lama ni lantai
kayu..so bila berjalan sikit dah bunyi kriak-kriok apatah lagi kalau budak
berlari/melompat.. Malam pertama ok lagi, tapi malam kedua tu agaknya budak perempuan
Romania yang betul-betul kat bawah bilik kitorang tu dah tak boleh sabar. Dia
naik atas dan sound kitorang...kitorang tak terkata apa tapi lepas tu kasi
brainwash sikit kat budak-budak..diorang pun terkejut dan terus diam dan tidur
balik....baru diorang paham agaknya kenapa aku dok potpetpotpet larang diorang
jangan buat bising!
Lepas kena sound dengan si Romania tu kitorang tekad nak
pindah rumah cepat-cepat. Rasa macam bengkek la jugak kan kn sound ngan student
he he.. Actually memang dah plan nak masuk satu rumah ni sebab kami dah contact
tenant lama yang kebetulan Malaysian family yang dah balik Malaysia pada hari
kami sampai tu.. tapi nak kena tunggu landlord bersihkan rumah...Stress jugak
masa tu duduk serumah dengan orang yang tak boleh faham keadaan budak-budak
ni..Alhamdulillah hari ke-empat kami di sini landlord call untuk tengok rumah. Aku
dah bincang ngan husband, kalau landlord izinkan kami nak pindah hari yang sama
jugak sebab tak sanggup nak hadapi waktu malam kat rumah sewa tu lagi...penat
weh nak kontrol 4 orang budak yang jetlag sampai aku rasa nak bagi ubat Phenergen
jer kat diorang biar diorang tido ha ha...
So petang 7/3/2013 tu lepas check rumah dan sign tenancy
agreement kitorang pun balik ke rumah sewa dan angkut barang-barang...Syukurlah
ada kawan Malaysian yang sudi tolong kitorang pindah sebab time tu tak de
kereta lagi...Lepas tu pulak dia tolong bawak kitorang ke Tesco berdekatan
untuk beli peralatan asas rumah termasuk bantal dan duvet.
Malam tu dapat la aku tido dengan lena kat rumah baru kami...budak-budak
nak bangun bermain kat bilik diorang pun aku buat tak tau jer hihi...kasi can
la diorang nak lepas geram...
Tuesday, 26 March 2013
3.3.2013 – Mendarat di bumi Ratu
Hari berganti hari, minggu berganti minggu.. akhirnya hari
yang ditunggu pun tiba. Pada 3.3.2013 jam 10.40 pagi kami berlepas dari KLIA ke
Heathrow, London. InsyaAllah, kami akan menetap di Coventry selama 3 tahun
kerana menemani Mr. Hubby yang akan sambung study kat University of
Warwick...dan dengan rasminya juga aku menyandang jawatan surirumah sepenuh
masa.
Pemergian kami telah diiringi oleh adik-beradik dan
sanak-saudara...Meriah KLIA hari tu..dah macam nak pegi haji pulak. Terharu
rasanya bila mak/abah & mertua, adik-beradik, ipar-duai dan anak2 sedara
datang hantar kitorang...adik-beradik
aku jer dah 9 org, husband aku pulak 12 beradik..so boleh imagine betapa
besarnya keluarga kitorang... he he
Memang mencabar perjalanan selama hampir 13 jam dengan 4
orang anak nie..diorang memang tak reti duduk diam. Dah la dok kat Business
Class (tq JPAJ)
rasa segan pulak kat penumpang lain. Mesti diorang bengang jer ngan bebudak nie..nak
buat camana kan,dah nama pun budak-budak...Jam 4.30 ptg (waktu London) akhirnya
kami mendarat di Heathrow Airport. Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Tak
banyak soal jawab di kaunter imigresen. Queue pun tak lama sangat sebab dapat
lalu kat priority lane. Waktu ni anak-anak dah keletihan ditambah pulak dengan
jetlag...terutamanya si budak kecik Mia..kejap2 dok melepek time tgh2 Q
tu...sbb time tu dah tgh malam waktu Msia...
Dari Heathrow Airport kami naik taxi yang dah dibook secara
online...selepas lebih kurang sejam kami tiba di homestay tempat tinggal
sementara kami iaitu di John Rous Avenue.
Bermulalah kehidupan kami di sini.......................
Subscribe to:
Posts (Atom)