Semoga Allah kuatkan hati saya untuk istiqamah dan lebih sabar dalam mendidik anak-anak.
Monday, 6 January 2014
Azam Tahun Baru 2014
Dah seminggu masuk new year baru nak tulis azam. Tak kisah lah, tapi nak tulis juga untuk peringatan diri sendiri. Saya baru bertemu dengan blog ini yang sarat dengan panduan mendidik anak mengikut acuan Islam. Sangat terinspirasi dengan usaha beliau mendidik anak sedari usia yang kecil. Tak sempat nak membaca kesemuanya, jadi saya letakkan link di blog saya upaya dapat rujuk kembali bila ada kelapangan. Plan pengajian anak-anak ini menarik minat saya dan berharap saya juga dapat melaksanakan perkara yang sama pada anak-anak. Inilah azam saya untuk tahun ini. Mungkin kena modified sikit sebab ada buku yang belum dimiliki. Sebelum ni pun ada buat sikit-sikit dengan anak-anak, sumber utama adalah dari internet. Kalau ada rezeki balik Malaysia nanti boleh la dapatkan buku-buku yang tersenarai...
Saturday, 4 January 2014
Winter Holidays Part 2 - Glencoe, Scotland
Dari Lake District, kami tiba di Glasgow selepas melalui perjalanan selama hampir 2 jam setengah. Alhamdulillah perjalanan kami lancar tanpa sebarang masalah walaupun kadang-kala agak kecut perut kerana terasa kereta 'lari' akibat tiupan angin yang kuat. Tak putus-putus berdoa di dalam hati semoga perjalanan kami dipermudahkan. Sebelum tu memang dah tengok weather forecast dan dah dimaklumkan angin agak kuat di belah Scotland.
Di Glasgow kami bermalam di rumah office-mate hubby yang belajar di University of Glasgow. Ketibaan kami disambut oleh beliau dan isteri, Kak Ina serta dua anak perempuan dan seorang anak lelaki mereka. Ibarat langkah kanan, kami dijamu makan malam dengan nasi berlaukkan sup kambing dan ayam goreng. Time cuaca sejuk2 ni dapat pekena sup panas memang marvelous!...Sudah lama mereka mengajak kami ke teratak mereka, akhirnya sampai juga kami ke sana.
Berbeza dengan kebanyakan rumah student di England, student di Glasgow ini kebanyakannya menyewa di apartment. Rumah Kak Ina adalah di ground floor, dan mempunyai dua bilik tidur, serta dua bilik air. Menurut Kak Ina, di Glasgow bilangan pelajar Malaysia agak ramai...jauh berbeza dengan pelajar Malaysia di Warwick University....di apartment ini sahaja terdapat hampir 10 keluarga rakyat Malaysia yang tinggal. Oleh kerana Glasgow terletak lebih ke utara, cuaca di sini lebih sejuk tapi di kawasan sekitar bandar Glasgow tidak bersalji waktu kami tiba.
Pagi 24 Dis 2013, selepas bersarapan nasi kerabu special; lengkap dengan daging bakar, solok lada, keropok, ayam goreng dll...kami bersiap untuk keluar berjalan. Abg. Rasif dan Kak Ina membawa kami ke Glencoe, kawasan pergunungan yang terkenal dengan aktiviti ski di Scotland (Glens= a narrow and deep mountain valley).
Sekali lagi, sepanjang perjalanan kami diiringi oleh cuaca mendung dan titisan hujan. Kata Kak Ina, cuaca di Glasgow ni memang selalunya gloomy pun...Mr. Hubby memandu dengan berhati-hati sambil menuruti kereta Abg. Rasif di hadapan. Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan pemandangan semulajadi yang mempesonakan, terutamanya apabila tiba di kawasan Loch Lomond (Loch = tasik). Bayangkan suasana tasik dengan banjaran gunung di belakangnya, sebijik macam gambar-gambar pemandangan yang selalu dilihat di majalah atau di lukisan kanvas. Dari jauh juga kelihatan tompokan-tompokan salji yang memutih di puncak bukit dan gunung....Subhanallah!
Semakin tinggi kami mendaki dengan laluan yang agak bengkang-bengkok, kelihatan salji mula memutih. Makin hampir ke Glencoe, salji di permukaan jalan semakin tebal. Kelihatan juga beberapa kereta yang terbabas dan terkandas di pinggir jalanraya akibat salji yang agak tebal. Setibanya di Glencoe, kami keluar sebentar kerana anak-anak excited untuk bermain salji. Tetapi oleh kerana cuaca yang amat sejuk, ditambah dengan angin yang agak kencang...titisan salji yang turun terasa kasar hingga memedihkan muka. Mereka main sekejap aje...dah surrender nak masuk balik dalam kereta.
24 Disember sebenarnya hari ulangtahun perkahwinan saya dan Mr. Hubby yang ke-12. Alhamdulillah, tak sangka anniversary kali ni disambut bersama anak-anak tersayang di atas kawasan tanah tinggi Scotland yang cantik berlatar-belakangkan salji yang memutih!Syukur Ya Allah....
Hajat untuk meneruskan perjalanan lebih ke utara terpaksa dibatalkan. Perjalanan 2 jam lagi ke utara akan menemukan kami dengan Loch Ness. Tetapi oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kami buat keputusan untuk terus pulang. Semasa cuba membuat U-turn untuk perjalanan pulang, kereta kami pula tersangkut di dalam salji tebal tu...tak dapat bergerak. Syukurlah kami datang dengan keluarga Abg. Rasif. Jadi dia dan Mr. Hubby lah yang berusaha mengeluarkan kereta yang tersekat....
Di Glasgow kami bermalam di rumah office-mate hubby yang belajar di University of Glasgow. Ketibaan kami disambut oleh beliau dan isteri, Kak Ina serta dua anak perempuan dan seorang anak lelaki mereka. Ibarat langkah kanan, kami dijamu makan malam dengan nasi berlaukkan sup kambing dan ayam goreng. Time cuaca sejuk2 ni dapat pekena sup panas memang marvelous!...Sudah lama mereka mengajak kami ke teratak mereka, akhirnya sampai juga kami ke sana.
Berbeza dengan kebanyakan rumah student di England, student di Glasgow ini kebanyakannya menyewa di apartment. Rumah Kak Ina adalah di ground floor, dan mempunyai dua bilik tidur, serta dua bilik air. Menurut Kak Ina, di Glasgow bilangan pelajar Malaysia agak ramai...jauh berbeza dengan pelajar Malaysia di Warwick University....di apartment ini sahaja terdapat hampir 10 keluarga rakyat Malaysia yang tinggal. Oleh kerana Glasgow terletak lebih ke utara, cuaca di sini lebih sejuk tapi di kawasan sekitar bandar Glasgow tidak bersalji waktu kami tiba.
Pagi 24 Dis 2013, selepas bersarapan nasi kerabu special; lengkap dengan daging bakar, solok lada, keropok, ayam goreng dll...kami bersiap untuk keluar berjalan. Abg. Rasif dan Kak Ina membawa kami ke Glencoe, kawasan pergunungan yang terkenal dengan aktiviti ski di Scotland (Glens= a narrow and deep mountain valley).
Sekali lagi, sepanjang perjalanan kami diiringi oleh cuaca mendung dan titisan hujan. Kata Kak Ina, cuaca di Glasgow ni memang selalunya gloomy pun...Mr. Hubby memandu dengan berhati-hati sambil menuruti kereta Abg. Rasif di hadapan. Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan pemandangan semulajadi yang mempesonakan, terutamanya apabila tiba di kawasan Loch Lomond (Loch = tasik). Bayangkan suasana tasik dengan banjaran gunung di belakangnya, sebijik macam gambar-gambar pemandangan yang selalu dilihat di majalah atau di lukisan kanvas. Dari jauh juga kelihatan tompokan-tompokan salji yang memutih di puncak bukit dan gunung....Subhanallah!
Semakin tinggi kami mendaki dengan laluan yang agak bengkang-bengkok, kelihatan salji mula memutih. Makin hampir ke Glencoe, salji di permukaan jalan semakin tebal. Kelihatan juga beberapa kereta yang terbabas dan terkandas di pinggir jalanraya akibat salji yang agak tebal. Setibanya di Glencoe, kami keluar sebentar kerana anak-anak excited untuk bermain salji. Tetapi oleh kerana cuaca yang amat sejuk, ditambah dengan angin yang agak kencang...titisan salji yang turun terasa kasar hingga memedihkan muka. Mereka main sekejap aje...dah surrender nak masuk balik dalam kereta.
Bersama family Kak Ina
Hajat untuk meneruskan perjalanan lebih ke utara terpaksa dibatalkan. Perjalanan 2 jam lagi ke utara akan menemukan kami dengan Loch Ness. Tetapi oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kami buat keputusan untuk terus pulang. Semasa cuba membuat U-turn untuk perjalanan pulang, kereta kami pula tersangkut di dalam salji tebal tu...tak dapat bergerak. Syukurlah kami datang dengan keluarga Abg. Rasif. Jadi dia dan Mr. Hubby lah yang berusaha mengeluarkan kereta yang tersekat....
Gambar pemandangan sepanjang perjalanan pulang...
Friday, 3 January 2014
Winter Holidays Part 1 - Lancaster & Lake District
Rasanyan belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam tahun baru untuk semua. Berakhirlah tahun 2013 yang amat bererti buat kami sekeluarga kerana merupakan tahun pertama kami memulakan kehidupan di perantauan. Alhamdulillah Mr. Hubby telah menjalani progress panel dengan baik pada penghujung November yang lalu dan dibenarkan meneruskan pengajian di tahun 2. Penghujung tahun 2013 yang agak sibuk - bawa anak-anak bercuti dan juga menerima tetamu di rumah.
Sejak datang ke UK bulan Mac 2013, rasanya ini percutian kami yang paling lama. Oleh kerana kat sini cuti sempena Christmas Day, supervisor Mr. Hubby bagi cuti dan Aiman pun tiada football match atau training selama dua minggu...dapat la berjalan lama sikit. Kami merancang untuk buat 'lawatan balas' ke rumah kawan di Lancaster dan Glasgow, di samping ke tempat-tempat menarik di sana.

Kami bertolak pada hari Ahad, 23 Dis 2013 ke rumah Ja'a dan Dar di Bentham Road, Lancaster. Dar dah di tahun akhir pengajian, insyaAllah bulan tiga nanti akan kembali ke Malaysia. Tiba di sana hampir jam 3 petang. Kami disambut dengan hidangan lunch iaitu kari ikan sea brim, udang goreng dan sambal belacan serta ulam-ulaman yang sedap dan menyelerakan. Selesai makan dan berbual-bual, mereka mengajak kami berjalan-jalan di sekitar bandar Lancaster. Oleh kerana hari dah malam, kebanyakan kedai-kedai dah pun ditutup..kami cuma singgah di kedai milik rakyat Malaysia (Cina) yang dah lebih 20 tahun menetap di sana. Tapi auntie ni masih fasih berbahasa Malaysia. Kedai kepunyaan dia dan suami tu dua tingkat, di tingkat bawah jual groceries brg2 Asian manakala kat tingkat atas pula kedai makan.
Suasana malam di Lancaster city
K.F Oriental Food Store milik orang Malaysia
Pulang bersiar-siar kami dijamu pula dengan pulut durian, kuih-muih dan teh tarik. Kenyang betul....kemudian Mr. Hubby memenuhi permintaan mereka untuk buat roti canai. Malam tu uli tepung untuk ditebar esok pagi. Keesokan paginya, Mr. Hubby mulakan operasi menebar sambil Dar dan Ja'a pun belajar sama...selain roti canai, buat juga roti telur dan roti bom (marjerin+gula). Sedap makan dengan kuah kari ikan semalam. Selain tu Dar juga dah siap sediakan mee goreng untuk sarapan kami.
Lebih kurang jam 12 tengah hari, kami 'check out' untuk meneruskan perjalanan ke Glasgow. Sebelum itu, Dar dan suami bawa kami ke Lake District di Cumbria, lebih kurang 45 minit dari rumah mereka. Lake District ini merupakan tasik yang terpanjang di England. Sayangnya waktu kami tiba hari hujan tapi Lake District tetap kelihatan cantik dan mengagumkan. Tidak hairanlah ia menjadi tempat tumpuan pelancong tak kira apa musim sekalipun.
Kat situ ada aktiviti lake cruising. Kebetulan waktu kami tiba di situ ada satu boat yang dah bersedia nak bergerak. Kami cepat-cepat beli tiket sebab kalau terlepas yang tu next boat adalah 2 jam kemudian. Boat tersebut membawa kami menyusuri tasik yang terbentang luas. Oleh kerana hari hujan, tiada penumpang tempat duduk di deck atas. Senang la kami nak berposing kat atas tu...
Boat yang kami naik tu mengambil masa 45 minit mengelilingi tasik. Ada beberapa lagi trip lain, yang paling panjang ialah 3 jam (kalau tak silap). Yang itu mungkin perjalanannya lebih jauh lagi.
Selesai mengelilingi tasik, kami bersiar-siar di kawasan sekitar sambil singgah di kedai cenderamata. Oleh kerana hari dah mulai gelap, kami berpisah seketika dengan Dar dan family...Mereka pulang ke rumah manakala kami pula meneruskan perjalanan ke Glasgow, Scotland.

Subscribe to:
Posts (Atom)