Wednesday, 24 July 2013

Kuih Bakar Pandan

Nak kongsi resepi kuih bakar pandan. Ada juga yang panggil kuih bengkang atau bingka. Ni salah satu kuih kegemaran saya. Dulu cuma tau makan jer...ni hasil percubaan pertama...




Masa mula-mula keluar dari oven, ingatkan tak jadi sebab bila potong jadi lembik kat bawah bijan yang garing tu...rupa-rupanya kena tunggu betul-betul sejuk baru  elok cantik bila dipotong....

Kuih Bakar Pandan
Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan - sebagai hiasan

Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blender hingga sebati.
2. Sapukan loyang dengan sdikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya.
3. Taburkan bijan (jika suka).
4. Bakar selama 40 minit pada suhu 180c hingga masak. Untuk dapatkan permukaan yang berkerak/garing boleh tambah masa membakar..

Asalnya kawan saya kat sini yang selalu bawa kuih ni bila ada majlis. Tapi makan kat rumah orang segan la nak makan banyak-banyak walaupun sukeee sangat hehehe....bila buat sendiri baru boleh makan puas2:)







Saturday, 20 July 2013

Graduation

Bukan graduation saya tapi anak ketiga saya Aqil Danish.

Hari Rabu lepas 17/7/2013 sekolah buat majlis graduation untuk kelas Reception. Walaupun Danish sekolah sini tak sampai empat bulan tapi teacher bagi Danish join juga majlis tu...Majlisnya simple jer, tak macam graduation Along (Aliff) dan Aiman masa diorang kat kindergarten dulu - ada mcm2 persembahan murid2 dll. Graduation kat sini cuma headteacher (Mrs Ward) bg ucapan sedikit seterusnya bagi sijil kat seorang demi seorang. Akhir sekali semua anak2 nyanyi ramai2 kat atas stage. Lepas tu bagi peluang kat parents ambik gambar dengan anak-anak dan..bersurai....




With his favourite teacher, Mr. Johnson

Mulai hari ni sekolah bercuti hingga bulan September. Sesi persekolahan baru nanti Danish akan masuk Year 1.

Thursday, 18 July 2013

Skype Session with Lecturers

Lega dah abis sesi presentation research progress dengan lecturer2 saya di UM pagi tadi. Course saya ni tiap semester wajib ada progress presentation. Oleh krn saya dh membawa diri di sini so HOD mintak dibuat melalui skype..syukurlah internet connection pun ok..Selasa lepas dah pun buat trial session dengan diorang untuk check internet connection, audio/visual etc...

This is my first experience berSkype secara formal mcm ni. Timing pun kena sesuaikan antara kedua2 pihak sebab perbezaan masa 7 jam dgn Msia. Lecturer sy pilih pkl 2pm waktu Msia iaitu pukul 7 pagi di UK...Kerana takut terlajak kalau tido lepas sahur, saya menahan mata tunggu pukul 7am...pastu kemas2 bilik supaya tak nampak background yang x sepatutnya kat webcam tu...PC yang slalu saya buat keje ada kat bilik tido kami so haruslah diadjust betul2....takkan tengah present nampak katil pulak kat belakang kan..lawak la pulak nanti...Timing pun kira ok la sebab biasanya jam 7 anak2 belum bangun lagi...sebelum bermula saya angkat Mia pegi tido kat bilik abang2 dia...itu pun dah akhir2 dekat nak abis dia dah bangun dan mula ketuk2 pintu...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....biasanya kalau present di department ada 2-3 panels je tapi agaknya kali ni diorang pun excited nak berskype dgn student...Saya berhadapan dengan 5 orang panel hari ni. Bertubi-tubi lah dapat soalan masa Q&A huhu...Apa2 pun syukur juga diberi peluang present via skype ajer. Nasib baik tak dipaksa balik present di department, kalau tak rabak ler poket ai....

Pengalaman baru ber PJJ...:)