Monday, 10 August 2015

Kenangan Iftar 2015

Dah buat post pasal raya, rasanya nak kena buat juga post tentang kenangan iftar di sini. Kebanyakan hari sepanjang Ramadhan, kami berbuka secara sederhana di rumah bersama keluarga kecil kami. Bulan puasa ni bulan mencuba pelbagai resepi disebabkan terliur dengan gambar-gambar juadah yang dishare kawan-kawan di facebook/whatsapp. Sekali-sekala kami bertukar juadah dengan kawan-kawan yang tinggal berhampiran. Cuma di hujung minggu je berpeluang berbuka dengan kawan-kawan untuk menambah ukhwah di sini.

Adik datang dari Soton berbuka dengan kami

Weekend pertama Ramadhan, kami menjemput Abg. Fuad dan Kak Idah sekeluarga berbuka di rumah kami. Abang Fuad dan Kak Idah adalah 'super senior' kami dimana diorang sudah menetap di Coventry lebih 16 tahun, bersama-sama dengan enam orang anak mereka. Anak pun dah besar-besar. Mereka lah yang memainkan peranan penting dalam menyatukan pelajar-pelajar Malaysia yang baru datang dengan pelajar-pelajar yang lama. Waktu kami baru sampai di Coventry, banyak juga bantuan yang mereka hulurkan. Selain itu Abang Fuad & Kak Idah memang pemurah, ada saja jamuan makan dibuat di rumah mereka ataupun kadang-kala mereka menghantar juadah ke rumah. Malahan, pernah sewaktu kami balik bercuti di Cornwall Abg. Fuad telefon supaya singgah ambil makanan yang telah disiapkan di rumah mereka supaya tak payah susah2 kami nak masak bila sampai di rumah. Terharu dengan kebaikan mereka :). Jasa baik mereka akan kami kenang hingga kami balik ke Malaysia nanti.

 Abang Fuad, Kak Idah dan anak-anak lelaki mereka Aidi, Adam & Faiz. 
Anak-anak perempuan makan kat bilik sebelah.

Solat Isya' dan terawih bersama

Hujung minggu kedua bulan Ramadhan pula, Malaysian Coventry/Warwick Society (MCS) mengadakan majlis Iftar beramai-ramai. MCS menyewa bilik dewan di Excel Leisure Centre. Ini boleh dikatakan acara tahunan MCS. Hidangan yang disediakan ialah nasi butter & kari kambing serta murtabak yang dimasak secara bergotong-royong di rumah Abang Fuad. Manakala setiap keluarga/individu yang bujang membawa dessert secara potluck. Selepas berbuka puasa, kami bersama-sama menunaikan solat tarawih.

Kaum bapa sediakan juadah utama


 Tunggu waktu berbuka

 Makan-makan


Solat berjemaah




** Gambar diambil dari fb MCS, dari cameraman En. Hafiz. Saya save dan simpan 
kat sini untuk kenangan

Di Prayer Hall universiti, iftar juga disediakan pada setiap hari hasil daripada derma orang ramai. Menu yang berlainan disediakan setiap hari. Kalau berbuka di sana, boleh lah rasa masakan pelbagai negara. Saya cuma berkesempatan berbuka di sana  dua kali sahaja sebab Mia slalu tidur awal. Kat sini berbuka pukul 9.30 malam, memang time2 dia nak tidur. Saya pergi tu pun sebab K.Shilla jemput, yang kebetulan giliran dia menyediakan juadah berbuka di prayer hall. Sedap makan beriani kambing. Selepas itu sembahyang terawih dengan jemaah dari negara-negara lain.

 Kenangan berbuka di prayer hall

Hari ni Mia puasa. Muka monyok jer letih. Tahun ni dapat lah dua hari Mia puasa penuh, semasa hujung minggu.

Kami juga dapat jemputan dari Azhan/Wani untuk berbuka di rumah mereka. Terima kasih sudi jemput kami. Selain juadah utama yang disediakan wani iaitu nasi dengan gulai nanas+ikan kering, ayam goreng & sambal sotong yang best, dapat juga merasa kuih-muih yang dibawa kawan-kawan lain. Kak Shilla yang rajin memasak bawa cendol!homemade cendol pastinya sedapppp sangat. Lepas kerinduan nak makan cendol. Saya cuma bawa kek batik biskut marie. Selain dari tu ada juga roti john, roti jala, kuih sagu, popia dan lain-lain. Kami berterawih di rumah Wani dimana Azhan menjadi imam. Azhan bekerja sebagai doktor di sini. Lepas Azhan tamat pengajian di Belfast, diorang terus menetap di UK.


 Sedap cendol ni..teringat-ingat lagi :)

 Sedap sangat kot ayam goreng, sampai macam tu mata si Nash


Ayu (Adik Wani), Kak Shilla, Wani, Ria & Gee

Minggu terakhir Ramadhan, kami di Tile Hill buat majlis berbuka puasa bersama-sama. Konsep potluck yang dibuat di rumah kami. Masing-masing bawa lauk/desserts. Oleh kerana majlis diplan secara adhoc oleh kaum bapa, sebagai tuan rumah saya cuma sediakan nasi putih denga gulai daging, dan fruit koktail sebagai dessert. Tapi sebab masing-masing bawa lauk, banyak juga juadah kami malam tu...Semuanya sedap-sedap belaka. Ada juga bihun goreng, murtabak, spagetti dan apam balik. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang datang. Seronok aktiviti macam ni dapat eratkan ukhwah kami yang sama-sama tinggal di Tile Hill ni. Geng-geng Tile Hill memang best! Oleh kerana anak-anak kami bersekolah di sekolah yang sama (Templars Primary), diorang pun bukan main seronok dapat berkumpul bersama. Tapi oleh kerana ada antara kami yang ada anak-anak kecil, dan keesokan hari adalah hari persekolahan, terpaksa bersurai lebih awal.


 Bihun goreng, sayur campur, ayam masak merah, tembikai, rendang daging, kerabu taugeh, kerabu sotong,murtabak, sayur campur, kuih bakar, apam balik, puding koktel...meriah sungguh!


 Geng ibu-ibu

 Geng bapa-bapa

 Sambung meeting kat luar

 Gugirls

Kanak-kanak cilik

Aktiviti boyz bila jumpa...main games X-box di bilik anak bujang.
** Gambar dari cameraman En. Onn

Begitulah serba-sedikit cerita iftar kami yang pastinya akan menjadi kenangan manis. Tahun depan masih belum pasti berpuasa di mana.

Tuesday, 4 August 2015

Riang Ria di Kebun Lavender

Hari Sabtu lepas bawa anak-anak ke lavender farm di Snowshill, Cotswolds. Sejam perjalanan dari rumah kami. Lavender berkembang mekar cuma semasa summer, dari bulan Julai hingga awal Ogos. Tapi biasanya di penghujung musim tu lavender dah kena harvest untuk menghasilkan produk-produk komersil. Lavender farm yang besar adalah di Mayfield Lavender Farm berhampiran London. Kami ke Cotswold kerana lebih dekat dengan Coventry.

Gambar ini diambil oleh satu pasangan Mat Salih yang tiba-tiba menegur dan berbual dengan kami. Katanya dia pernah ke Bali, Indonesia.

Sedikit bayaran dikenakan untuk masuk. Sepatutnya cuma under 5 yang free, tapi masa kat entrance orang yang jaga tu cakap dia tak kira untuk Nash & Mia..so bayar untuk 2 adults & 2 kids jer...


Cantik sangat kat dalam tu melihat hamparan warna ungu. Baupun pun wangi je. Di sebalik kuntuman lavender tu banyak sangat bees yang warna hitam kuning tu tapi tak kacau orang pun.

Kami datang pun dah agak terlewat, dah ada lavender yg dah faded warnanya.

Bee

1,2,3.....cheeeessee....


Aktiviti kat sini cuma berposing-posing sambil anak-anak berlari dan melompat riang di antara batas-batas lavender.






candid.
Alhamdulillah cuaca agak baik pada hari tersebut walaupun sesekali awan kelabu datang. Time summer ni bukan selalunya cerah, kadang-kala hujan turun jadi nak ke mana-mana kena selalu check weather forecast. Ramai juga pelawat lain yang datang, termasuk satu bas pelancong dari China.

Kat atas bukit ada sheep farm.


Selepas beberapa jam, kami bergerak pulang. On the way home ada nampak satu kawasan orang ramai sedang berpicnic berhampiran dengan Broadway Tower. Kalau tahu ada tempat picnic boleh bawa bekal. Kami tak singgah sebab dah lapar.

Broadway Tower, ambil gambar dari tepi jalan.

Sewaktu melalui bandar Stradford-Upon-Avon, nampak ramai betul orang. Waktu kami ke sini dulu taklah seramai ini pengunjung. 



InsyaAllah sebelum balik Malaysia, nak datang sini lagi sekali. 

Monday, 3 August 2015

Prof Dave Datang Beraya

Masih lagi dalam mood beraya.

Minggu lalu kami menerima kedatangan tetamu yang agak special, Prof Dave yang merupakan supervisor PhD Mr. Hubby. Dia datang dengan isterinya, Pippa. Kat sini walaupun ada pangkat Professor, tapi di kalangan pelajar PhD, diorang lebih suka dipanggil nama biasa. Mungkin untuk rasa lebih mesra.

Mulanya saya risau juga bila Mr. Hubby bagitau diorang nak datang beraya. Risau nak masak apa. Tertanya-tanya boleh ke diorang makan makanan kita yang agak pedas. Takut pulak kalau diorang tak boleh nak telan nanti huhu. Karang kena potong markah pulak PhD Mr. Hubby hehe..Macam-macam lah fikir. Untuk selamat, saya decide nak masak Nasi Lemak sebab MAS punya inflight meals pun serve nasi lemak. Diorang mesti dah buat research apa yang foreigner suka makan, kan?. So saya sediakan nasi lemak with sambal & friends, lontong & friends dan rendang ayam. Mr. Hubby buat lemang. Untuk desserts saya buat kuih bakar pandan dan Along pula tolong buat cornflakes cookies (ni bukan kuih tradisional hehe).

Dave & Pippa sampai tepat-tepat jam 6.30 petang seperti dijanjikan. Punctual sungguh. Nasib baik semuanya dah ready. Terharu juga diorang sudi datang ke rumah. Sebelum makan-makan kami berbual di ruang tamu, saling berkenalan sebab saya baru pertama kali bertemu dengan mereka. Kedua-duanya baik dan peramah.

Kemudian sambung berbual di meja makan sambil introduce makanan-makanan kita tu. Mula-mula diorang makan nasi lemak dengan sambal & rendang. Tengok Dave makan slow,slow saya dah mula risau takut dia terpaksa makan jer. Tapi dah habis sepinggan dia minta tambah. Owh ok lah...lega...Pippa dari awal steady je makan. Dia kata dia suka rendang ayam tu. Alhamdulillah. Lepas makan nasi diorang makan lemang dan sambung dengan lontong pula. Pun habis semangkuk sorang makan lontong walaupun dah kenyang makan nasi. Sambil-sambil bersembang diorang makan kuih bakar dan cookies. Lega sungguh saya diorang ni tak cerewet.

Kat dalam tureen tu kuah lodeh/lontong

Oleh kerana saya tak sure macam mana nak prepare minuman untuk diorang, saya cuma letak gula dan freshmilk untuk diorang buat bancuh teh sendiri. Mujur juga, rupanya diorang tak guna gula langsung. Cuma teh dan freshmilk!errkkk..kalu saya tak boleh telan macam tu. Padanlah orang-orang kat sini nampak sihat walaupun dah berusia.

Mia je yang sempat ambik gambar dengan diorang. 
Lupa nak bergambar ramai2 sebelum balik

Seronok berbual-bual dari kisah anak-anak mereka, adik beradik (rupanya Dave ada twin di Uni of Chester).,citer honeymoon diorang pun keluar. Macam dah kenal lama pulak, tak terasa dah Dave tu 'boss' Mr. Hubby. Bertuah sungguh Mr. Hubby dapat SV yang baik macam ni.

Hampir 3 jam juga mereka di rumah kami, sebelum balik diorang bagi presents pulak. Coklat & gula2 untuk anak-anak. Saya dan Mr. Hubby pun dapat hadiah juga :)..Memang budaya diorang agaknya bawa hadiah bila ke rumah orang. Macam kita juga bawa buah tangan bila menerima jemputan.

Sesi buka hadiah

Coklat dah selamat awal-awal. Maaf sayang, Haribo tu tak boleh makan, tak halal.

Strawberry jem tu Pippa buat sendiri dari strawberries di allotment mereka. Diorang suka gardening, macam-macam plants diorang tanam di rumah mereka di Kenilworth. Katanya orchard pun ada untuk tanam pokok yang lebih besar. 

Diorang minta diri untuk balik bila hari dah beransur gelap. Lebih kurang jam 9.30pm. InsyaAllah, suata hari nanti kita jumpa di Malaysia pula.

Esoknya Mr. Hubby dapat email dari Dave.


Mat salleh (yang baik-baik) memang very appreciative walaupun yang kita buat tu takde lah hebat sangat. Puji-memuji macam dah jadi budaya diorang. Cikgu-cikgu di sekolah pun macam tu. Orang kita, kadang-kala yang berpangkat besar agak ego dengan orang bawahan. (Ayat2 manis rupanya nak ajak meeting hehe).