Monday, 27 July 2015

Aidilfitri 2.0 Coventry

Tahun ini tahun kali kedua kami beraya di tanah ratu. Kali pertama tahun 2013. Tahun lepas berkesempatan berhari raya bersama keluarga di Malaysia sebab kebetulan saya kena balik viva di bulan raya.

Sama seperti di Malaysia, 1 Syawal tahun ini jatuh pada 17 Julai 2015 iaitu hari Jumaat. Oleh kerana pada hari tersebut anak-anak masih bersekolah, diorang memilih untuk ke sekolah. Tambahan pula hari itu adalah hari terakhir persekolahan untuk sesi 2014/2015 sebelum bermulanya Summer Holiday. Seperti biasa pada hari terakhir, ada Golden Assembly di sekolah. Macam hari penyampaian hadiah. Ibu bapa dijemput untuk melihat anak-anak yang menerima ‘awards’. Tu yang buat diorang sayang nak ponteng. 

Malaysian Coventry Society (MCS) juga dah bersetuju untuk menganjurkan sambutan hari raya pada 2 Syawal memandangkan hari Jumaat ada yang masih bekerja dan bersekolah. Untuk tak rasa sangat kesedihan beraya di perantauan, saya dan Mr. Hubby dah plan untuk jemput beberapa orang kawan untuk beraya di rumah pada 1 Syawal. Kalau tidak sedih la sangat kan tinggal berdua je kat rumah selepas solat sunat Aidilfitri di Prayer Hall. Anak-anak ke sekolah. Dah tu di facebook adik-beradik dan kawan-kawan mesti dok trending hantar gambar raya sakan di Malaysia. 

Mr. Hubby pula semangat nak buat juadah raya favourite dia iaitu lemang. Kalau berhari raya di Kota Bharu, memang dia lah mastermind untuk buat lemang. Walaupun ada cara untuk buat lemang kukus atau masak dalam microwave, tapi dia nak yang ori jugak bakar dengan bara api sebab boleh hentak-hentak bagi padat katanya…Selepas berbagai cara difikirkan, akhirnya dia dapat idea untuk buat dalam paip aluminium. Dia dapatkan paip dari lab di uni. Siap kena isi borang untuk bawa keluar paip tu dan potong ikut size yang diperlukan. See, how determined my husband is!hehe…Maka petang Ramadhan terakhir tu, dia buat projek melemang dengan anak-anak teruna sambil saya merendang di dapur.

 Assistant bakar lemang. Siap pakai goggle tak bagi asap masuk mata

Lemang dan rendang daging

Adik-adik di Malaysia pun hantar gambar-gambar persediaan raya di rumah. Kebetulan tahun ini semua adik-adik yang bergiliran raya di Jengka. Bestnya!. Abang long memang biasanya balik selepas solat raya sebab dia imam di Masjid Rompin. Dah tu kalau dia balik raya siapa pulak nak jadi imam kan?Malam raya sebelum tidur dah telefon mak dan abah untuk ucap Selamat Hari Raya dan mohon maaf. Maklumlah jam 12 malam  di sini, di Malaysia sudah jam 7 pagi. Sedihnya tak dapat beraya bersama. Cuma saya dan adik bongsu yang belajar di Southampton yang tak balik. 

Raya Pertama (1 Syawal)

Pagi raya, selepas hantar anak-anak ke sekolah Mr. Hubby ke Prayer Hall untuk solat sunat Aidilfitri. Di sini agak berlainan dari Malaysia. Solat sunat ada 2 sesi, sesi pertama pukul 7.30 pagi dan sesi kedua pukul 10 pagi. Boleh pilih nak pegi yang mana satu.

Mr. Hubby dengan sebahagian warga Coventry selepas solat raya

Balik dari solat sunat raya kami menunggu tetamu datang ke rumah. Kami jemput keluarga Kak Shilla dan Wani sebab masa bulan puasa tempoh hari diorang dah jemput kami untuk berbuka. Tak berani nak jemput ramai-ramai sebab tak pandai nak masak banyak-banyak huhu…Itupun Mr. Hubby terserempak dengan kawannya Adibi yang tinggal di Newcastle dan datang beraya di rumah adik dia di sini. Jadi dia jemput sekali Adibi dan adiknya Najmi datang beraya di rumah. Ini baru pra-hari raya sbb Adibi datang sorang jer. Hari Ahad ni dia dah janji nak bawa wife dan anak-anak.

Tetamu undangan - Stefano, labmate Mr. Hubby. Orang Italy


Juadah raya pertama ialah nasi dagang bersama gulai ayam dan acar, lemang dan rendang daging serta kek coklat sebagai dessert. Kuih raya sempat buat dua jenis je.


 Buah tangan raya dari Kak Shilla (gambar atas dan bawah)


Petang raya pertama, kami bergotong-royong merewang untuk penyediaan juadah hari raya MCS yang akan diadakan pada hari raya kedua. Untuk penyediaan makanan, ahli MCS dibahagikan kepada empat kawasan iaitu Tile Hill (kawasan kami), Canley, Earlsdon dan Foleshill/city centre. Kawasan kami ditugaskan untuk meyediakan pulut kuning, rendang ayam dan nasi putih yang akan digandingkan dengan daging dendeng. Kak Ira dan Abag Mazuir telah bermurah hati untuk sponsor daging dendeng untuk jamuan hari raya.

Dengan tuan rumah, NFarahin merangkap masterchef Rendang Larut Malam

Kami masak rendang bersama-sama di rumah N yang terletak di Standard Avenue. Sebelum mula kerja, N jamu kami beraya dengan lontong, nasi impit dan sambal jawa yang sedap!Jadi petang itu dengan gigihnya kami merendang 7 ekor ayam. Seronok buat kerja rewang ramai-ramai mula dari kupas bawang dan lain-lain. Cabarannya ialah tak ada kuali besar jadi kena buat 2-3 round. Sampai tengah malam baru siap. Jadi rendang kami dinamakan Rendang Larut Malam hihihi...

Raya Kedua (2 Syawal)

Sambutan hari raya MCS diadakan di Cryfield Sport Pavillion yang terletak di dalam kawasan University of Warwick. Semua Malaysian yang bekerja dan belajar di sekitar Coventry/Warwick berkumpul di sini. Makanan yang di masak ikut kawasan dihidangkan untuk jamuan beramai-ramai. Macam raya di Malaysia juga ada nasi impit dan lontong, kuah kacang, sate goreng, mee sup, daging dendeng juga nasi putih, pulut kuning dan rendang ayam yang kami sediakan. Selain daripada tu ada juga dessert2 lain yang dibawa oleh kawan-kawan termasuk kuih2 raya dan kerepek. Sebelum acara makan-makan, kami bergambar beramai-ramai di luar kawasan dewan. Alhamdulillah kebetulan cuaca pada hari itu sangat baik. View kat belakang Sport Pavillion ni pun cantik dengan padang dan pokok-pokok yang menghijau...

Buat-buat sibuk siapkan meja hidangan

Baju raya kami pakai baju tahun lepas jer. Yang lain masih ok, cuma seluar dan baju melayu Nash dah singkat sangat. Cepat Nash membesar dari tahun lepas. Belasah je lah Nash, nak pakai sekejap jer.



Sambil ibu2 dan bapa2 bersembang dan makan-makan, anak-anak pula seronok berlari berkejaran dengan kawan-kawan diorang.





Ambik gambar kenangan dengan kawan-kawan di sini, manalah tau tahun depan dah tak sempat nak beraya kat sini lagi.

Azhan, Wani & baby Sofea

 Erni dan Kak Ira

 Kak Ira lagi

 Mr. Hubby dan kawan-kawan


Raya Ketiga (3 Syawal)

Kawan sama badge HLP Mr. Hubby yang belajar di Imperial College London dah bagitau nak datang beraya pada hari raya ketiga. Dah alang-alang nak masak-masak untuk kedatangan diorang, Mr. Hubby jemput Adibi lagi sekali. Kali ini dengan familynya. Adik Adibi, Najmi juga datang dengan wife, Gee dan anak-anak.

 Adibi & Junita (Newcastle), Rafiq & Norle

With hotmama, Gee & baby Muneera

Raya ketiga saya masak nasi kerabu & friends, nasi impit dan kuah kacang. Itu jer. Saya ni jenis slow kalau kat dapur jadi tak pandai nak masak banyak-banyak menu macam orang lain.



Rafiq dijangka sampai pukul 4.30ptg. Sementara tunggu tu kawan kami kat sini, Sya & Onn serta anak-anak datang beraya. Nash memang dok tunggu2 Fiqri datang. Seronok lah diorang ada kawan datang.


With family Sya & Onn 

N yang tinggal ‘sekampung’ dengan kami pun sama badge HLP dengan Mr. Hubby. Kat rumah dia ada kawan sebadge diorang, Yati dari Nottingham datang beraya. Bila Rafiq sampai petang tu kami pun roger2 N jemput dia dan Yati serta family datang beraya bersama. Dah jadi mini reunion untuk diorang lah.

N & Azrul, Yati & Naza (Nottingham), Rafiq & Norle

Malam tu pula dapat jemputan raya dari Aishah & Shauqi di Coventry city centre. Sebenarnya ada hal nak ke rumah diorang. Diorang jemput beraya pula. Rezeki jangan ditolak hehe. Sebelum tu hantar Rafiq dan wife, Norle ke rumah N sebab N jemput diorang beraya rumah dia pula. Di rumah Aishah kami makan laksa terengganu yang best!Terima kasih Aishah...

Raya Keempat

Masih beraya dengan Rafiq dan Norle sebab diorang bermalam di rumah kami. Pagi itu Mr. Hubby nak buat roti telur untuk diorang. Jadi kami bersarapan roti telur dan kari ayam.



Jemput juga Aishah dan Shauqi. Lupa pula nak ambik gambar dengan diorang.

Petang tu hantar Rafiq & Norle naik Megabus di Tesco Cannon Park. Bas yang sepatutnya sampai pukul 4.30ptg tak sampai-sampai. Dah beberapa kali Rafiq call katanya 15 minit, 15 minit tapi tak sampai jugak. Dah pukul 6 lebih ada satu bus ke London sampai, tapi rupanya ini bus yang trip 5.30 dari Birmingham. Bus diorang trip 4.30, dari Manchester. Lepas pujuk2 driver untuk naik bas tu akhirnya dapat naik. Mulanya driver tak bagi sebab katanya insurans tak cover sebab bas yang lain dari tiket. Ingatkan public transport kat UK ni tak ada masalah macam ni, tapi ada juga rupanya. Mungkin once a while lah agaknya. Mungkin ada accident di motorway yang buat diorang delay. Agaknya lah...The good thing is bila delay macam ni diorang nak refund harga tiket.

Dah habis cerita raya....kembali dengan rutin harian seperti biasa. Weekend kedua raya ada beberapa jemputan open house. Alhamdulillah...

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.
11 Syawal 1436

Friday, 3 July 2015

Teddy Bears' Picnic

Dua minggu lagi summer holiday akan tiba bermakna berakhir sesi persekolahan 2014/2015. Minggu-minggu terakhir ini banyak aktiviti-aktiviti yang dibuat di sekolah sebelum menyambut cuti. Antaranya school trips, movie night dan acara tahunan 'Enterprise Week' dimana pelajar-pelajar menjual hasil kerjatangan mereka kepada ibubapa.

Salah satu lagi acara ialah 'Splat the Teachers'. Bayar 50pence dan boleh baling teacher kat situ dengan whipping cream yang dah diletak dalam plate. Acara ni macam tak sesuai nak dibuat di Malaysia yang mementingkan adab dan tatasusila pada guru.

Sporting kan cikgu-cikgu ni..

Semalam pula pelajar Reception, Year 1 dan Year 2 ada Teddy Bears' Picnic. Saje nak buat catatan kat sini sebab rasa comel jer tengok diorang bawa teddy masing-masing ke sekolah.

Bergambar dengan teddy sebelum ke sekolah.

Balik dari sekolah sibuk bercerita diorang ber'picnic' di tepi padang sekolah beramai-ramai. Teachers sediakan makanan seperti sanwiches,chips,biscuits dan juga minuman. Tentu seronok berpicnic dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Nash tak puasa lah hari ni sebab nak berpicnic huhu..


Thursday, 2 July 2015

Ramadhan di Musim Panas 2015

Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun ketiga kami berpuasa di UK. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ramadhan kali ini juga jatuh di musim summer. Hari ini dah 15 Ramadhan. Sedar tak sedar kita dah masuk ke fasa ke dua bulan Ramadhan. 

Cabaran berpuasa di musim summer, waktu siangnya panjang dan malam yang pendek. Kami bersahur lebih kurang jam 2 pagi kerana waktu Subuh masuk jam 2.30+ pagi. Maghrib masuk jam 9.30+ malam menjadikan waktu kami berpuasa pada waktu siang selama 19 jam. Malam pula hanya lebih kurang 5 jam. Lepas berbuka, solat maghrib, solat isya', terawih dan ibadat2 lain...dah nak makan semula untuk sahur. Kadang-kadang rasa perut penuh lagi. Tapi tetap kena jamah makanan atau minuman untuk bekalan esok hari pula.

Waktu solat di Coventry

Dugaan untuk anak-anak, bermula dari hari pertama puasa lagi. Kebetulan pada 1 Ramadhan ada acara larian 'Run for Life' di sekolah yang dianjurkan oleh Cancer Research UK bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit-pesakit kanser. Semua pelajar lelaki datang ke sekolah dengan baju biru, dan yang perempuan pakai baju pink. Saya pujuk diorang untuk minta excuse dari teacher untuk tidak sertai larian, tapi diorang nak masuk juga. Mungkin seronok berlari beramai-ramai dengan kawan-kawan. Habis acara larian masing-masing dapat medal.



Minggu ini pula minggu yang paling panas di UK yang dikenali sebagai heatwave. Hari Selasa dan semalam cuaca memang panas, mencecah hingga 31 degree celcius. Panas dan terik kerana udara yang kering. Memang dugaan betul berpuasa dalam cuaca yang panas dan waktu yang panjang. Teacher Danish pula telefon minta izin untuk bagi air kat dia. Tak mengapalah, Danish pun baru 7 tahun dan masih lagi belajar berpuasa. Kesian juga. Kita yang dewasa ni pun terasa perit tekak dan keletihan dek cuaca yang panas ni. Itupun bila balik ke rumah dia tak nak makan. Katanya nak puasa makan, minum air dia memang tak boleh tahan tadi..

Suhu semalam.


View di hadapan rumah jam 2 petang. Terang-benderang. Dah macam kat Malaysia rasanya.

Jam 9 malam menunggu waktu berbuka. Masih cerah.

Bila dah panas begini, barulah tercari-cari kipas yang tersimpan di stor. Kipas di sini kecil dan comel je. Jangan haraplah nak ada kipas siling. Kipas kecil lebih praktikal sebab jarang digunakan jadi senang untuk disimpan.

Masa untuk kipas kecil bertugas

Hari ini cuaca dah agak mendung. Alhamdulillah. 

Semoga Allah menerima amal-ibadat kita di bulan Ramadhan ini.