Thursday, 10 October 2013

Pohon Epal di Halaman

Sewaktu mula-mula menyewa di rumah ini, kami tak sangka dua batang pokok besar di halaman belakang rumah ni rupa-rupanya pokok epal. Maklumlah, orang kampung mana pernah tengok pokok epal. Tambahan pula waktu kami sampai dulu penghujung musim sejuk, pokok2 masih semua botak-botak lagi...


Pokok yang togel dalam gambar di atas tu lah pokok epal nye. Nampak macam pokok yang dah mati je kan? Gambar ni diambil semasa hari pertama snow sejak kami datang pada bulan Mac yang lepas...Rasa excited bila landlord bagitau pokok tersebut adalah pokok epal yang hampir seusia rumah yang dibina sejak tahun 1930-an ini...katanya lagi buah epal dari pokok ni besar-besar saiznya...

Hidup di negara empat musim bagi peluang kepada kami untuk melihat pokok-pokok berubah wajah. Keajaiban alam ciptaan Allah. Dari pokok tanpa daun di musim sejuk ke musim bunga (spring) dimana pokok-pokok mula berdaun kembali dan berbunga...Oleh kerana terdapat dua batang pokok yang berdekatan, memang nampak rimbun pokok nie...



Pohon epal yang mula berbunga.

Inilah juga pertama kali kami tengok bunga pokok epal..Kedua-dua pokok ini lebat berbunga buat kami tak sabar menunggu dia berbuah...Pokok ini sentiasa menjadi santapan mata saya kerana kedudukannya bertentangan dengan bilik saya di tingkat atas.



Rezeki kami, pohon epal berbuah dengan lebat...pada mulanya sangkaan kami ini 'cooking apple' yang digunakan untuk membuat juadah seperti apple pie dll...jadi semasa buah masih muda kami biarkan jer kawan-kawan ambik buat 'colek' yang dimakan dengan kicap+belacan+gula+cili api, sebagai pengganti mangga muda...sedap juga makan begitu apatah lagi bila makan beramai2...

Bila dibiarkan lebih lama rupa-rupanya buah-buah epal ini bertukar warna dari hijau ke merah...
Wah, dah tak payah susah2 cari tempat apple picking lagi...anak-anak paling enjoy sebab sambil bermain boleh petik epal yang rangup dan fresh...Alhamdulillah, dapat sewa rumah sekali dgn pakej pokok epal hehe...

Antara hasil kutipan...

Sekarang cuaca dah mula sejuk kembali. Hari ni suhu 10°C.....pokok dah mula kekuningan. Buah-buah yang tidak dikutip pun dah mula luruh...Tak lama lagi kitaran akan berulang. Pokok akan habis kehilangan daun dan bakal ditimpa salji di musim winter nanti.

Monday, 7 October 2013

Southampton & Portsmouth

5 Oktober 2013 (Sabtu)

Hari Sabtu yang lepas adalah hari jadi adik bongsu saya. Anak-anak panggil dia Pak Cu. Dia belajar  Engineering tahun kedua di University of Southampton. Jadi kami ke sana untuk melawat dia disamping berjalan-jalan ke bahagian selatan England.

Saya anak kedua dan anak perempuan sulung dalam keluarga manakala adik bongsu saya ni anak yang ke-sembilan. Jarak antara kami adalah 14 tahun. Sewaktu emak mengandungkan adik, saya tinggal di asrama di Kuala Lumpur. Ketika itu saya di tingkatan 2. Dulu-dulu memang susah untuk menghubungi keluarga kerana di rumah tiada talian telefon. Saya tahu emak mengandung pun cuma waktu balik bercuti dan bila pulang bercuti buat kali kedua, adik dah pun dilahirkan...dalam ramai-ramai adik, yang ni je la yang saya tak jaga sangat sebab jumpa pun cuma time cuti2 sekolah jer...Kalau adik2 yang lain memang membesar di tangan saya, lepas balik jer sekolah rendah terus kena jaga adik sebab mak sibuk buat keje2 rumah yang lain..maklum la, adik-beradik ramai kan...

Untungnya kami tinggal di Midlands, untuk ke mana2 tak terasa jauhnya..ke Southampton juga cuma 2 jam perjalanan. Kami bertolak pada pagi Sabtu selepas saya menyediakan nasi lemak dan lauk2 untuk bersarapan dengan adik. Tak sempat nak buat kek sebab mixer tak beli lagi *alasan*. Mulanya ingat nak beli kek kat Iceland jer hehe..tapi hari Jumaat tu Mr. Hubby bizi la pulak tak sempat nak gi beli...

Sampai di So'ton dlm pkl 10am..Adik tinggal di rumah sewa dengan 3 lagi kawan. Seronok la anak-anak dapat jumpa Pak Cu. Tambahan di belakang rumah ada trampoline besar..melompat aje la keje diorang...


makan nasi lomak dulu!

Semasa summer holiday aritu Adik balik ke Malaysia...banyak jugalah barangan kiriman dari keluarga di Malaysia untuk kami...termasuk tudung yang Mia pakai tu...:)..Duit raya dari Aki dan Tok Wan pun ada! Sayang betul aki dan tokwan kat cucu2 diorang ni...hehe...Sebelum balik ke Malaysia, Adik terlebih dahulu pergi menunaikan umrah dari sini...bangga juga dengan adik bongsuku ini...di saat kawan2 lain yang datang ke sini berjalan ke merata-rata negara Eropah, dia kumpul duit untuk memunaikan umrah terlebih dahulu. Alhamdulillah...kerana dia buat keputusan yang bijak...selesai menunaikan umrah baru dia balik ke Malaysia dari sana untuk berhari raya dengan keluarga..

Lepas makan-makan kami jalan-jalan di sekitar universiti...







Kemudian kami ke Portsmouth yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dengan kereta dari Southampton. Sesuai dengan namanya, Portsmouth ialah sebuah bandar pelabuhan yang cantik...ada satu outlet yang famous kat sini iaitu Gunwharf Quay. Entah kenapa hari kami datang tu ramai betul orang hinggakan jalan hampir jammed dan parking di Gunwharf Quay pun penuh. Jadi kami park di tempat letak kereta di Historic Dockyard..dari sana kami berjalan kaki...jalan pun best jugak sebenarnya coz dapat tengok kawasan sekitar...


Kat dalam ni boleh beli tiket untuk tour...Mcm2 kapal termasuk kapal-kapal perang angkatan tentera British ada dipamerkan. tapi kami jalan-jalan kat luar jer..free..hehe








Dari sini boleh nampak Spinnaker Tower yg terletak kat dalam Gunwharf Quay.



Tunnel nak ke Gunwharf Quay

Tempat shopping di Gunwharf Quay ni memang cantik sebab terletak kat tepi laut...boleh tengok bot2 dan kapal dagang yang banyak kat situ...kat bahagian pesisiran tu pulak banyak kedai-kedai makan dan coffee house...sambil shopping2 blh makan2 sambil jamu mata tengok keindahan lautan...best..tapi kami cuma window2 shopping jer...


Ni jer yang dapat....

Kat dalam ni juga sedang ada pameran kenderaan polis..macam2 jenis motor & kereta dari dulu2 hingga yang digunakan sekarang dipamerkan..kereta yang pernah guna untuk filem pun ada...Sebenarnya tak pasti la diorang ada event apa...sebab selain pameran kereta polis tu ada juga pasukan Hampshire Police Choir buat persembahan.







 Polis buat rondaan dengan menaiki kuda


Kat tepi laut ni jugak terletaknya Spinnaker Tower..mercu tanda bandar Portsmouth ni...bentuknya macam layar kapal...




Dah penat jalan-jalan kami pun balik semula ke Soton...






Thursday, 3 October 2013

Mia's first day of school - Nursery

Minggu ni dah minggu ketiga Mia ke nursery (preschool). Mia start sekolah 16/9 yang lepas.

Mia sekolah sesi pagi iaitu dari pukul 8.45am hingga 11.45am. Dari hari pertama sekolah Mia memang ceria dan bersemangat jer. Sepatutnya hari pertama parents boleh tunggu anak-anak tapi Mia awal2 lagi dah cakap "Mama balik masak ye...nanti datang ambik Mia"..hehe confident habis tak bagi mama tunggu..Alhamdulllah setakat ni momentum masih sama. Apa tak seronoknya, dalam kelas penuh dgn toys dan mcm2 activiti. Cuma masih malu-malu nak bercakap dengan teacher dan kawan-kawan sbb tak terer cakap English lagi...

Ni gambar2 Mia masa hari pertama tempohari. Mama macam biasalah, walaupun dah anak keempat tapi tetap excited bila anak first day ke sekolah...


 Mia dgn bodyguards:)

 Paling suka main playdoh
 Main masak-masak
Hasil kerjatangan hari pertama...bawak balik untuk Mama:)

So mulai sekarang everyday Mama ada 3 trips ke sekolah - pukul 8.40pg hantar semua, jam 11.45am ambik Mia dan 3.30pm pulak ambik abang-abang. Tak pe lah, asalkan anak-anak rajin belajar....

Hari Jumaat masa first week tu dapat certificate!