Thursday, 5 September 2013

Back to school & home visit

Minggu ni anak-anak mula bersekolah selepas Summer Holiday yang panjang. Di UK sesi persekolahan bermula bulan September iaitu Autumn Term. Rutin mama siapkan bekal dan hantar/ambik diorang kat sekolah pun berulang lagi...tak boleh dah mama nak bangun lambat huhu...

Untuk sesi baru ni Aliff akan ke Year 6, Aiman di Year 4 dan Danish ke Year 1. Mia pun akan mula bersekolah (nursery) tapi mula lambat sket, 16 September nanti...

'rombongan' ke sekolah

4/9/2013 teacher Mia (Mrs. Stephenson) datang buat home visit ditemani oleh school nurse (Mrs.Kennedy). Di sini, sebelum anak2 mula sekolah diorang akan datang buat home visit supaya dapat berkenalan dengan murid dan parents, terangkan aktiviti yang bakal murid lalui dan berbincang kalau parents ada apa2 concerns berkenaan sekolah atau anak mereka.

Mia denga tcher

Diorang memang dah maklumkan lebih awal nak datang ke rumah. Mia excited sangat tunggu teachers datang, pagi2 lagi dah bangun mandi. Teacher pulak datang bawak macam2 mainan, sambil borak dengan Mia sambil main...suka sangat la dia walaupun baru pandai speaking omputih sikit2 jer..tu pun hasil tengok Cbeebies dan citer favourite dia kat sini, Peppa Pig:)

Sorang tcher (yang school nurse tu) main dengan Mia dan sorang lagi borak dengan mama. Basically dia nak tahu development Mia, dan tanya kalau ada health problem atau apa-apa yang patut diorang tahu...So far rasanya Mia tak problem sangat sebab dia pun dah toilet trained. Dia pun very keen to go to school; mungkin tak de drama lah bila start sekolah nanti (harap-harap). Cuma maklumkan pada tcher yang Mia can only take vegetarian food...Sebab slalu juga teacher sediakan makanan kat sekolah eg. kalau ada party.

Pendapat saya, saya rasa approach diorang ni bagus sgt2.. Anak-anak dah kenal teacher personally, and in their familiar environment. So that tak la diorang terkejut bila kena tinggal di hari pertama persekolahan nanti...

Lepas teacher balik, lagi la tak sabar Mia nak ke sekolah...Penat nak jawab bila dia tanya bila dia boleh pegi school macam abang2...hehehe...

Monday, 2 September 2013

Kek Nenas Terbalik

Hahaha...lawak tak nama kek ni? Nama omputihnya Pineapple Upside Down Cake..

Saya mula-mula kenal kek ni bila dibawa oleh seorang kawan sebagai buah tangan ke rumah. Jatuh cinta pada pandangan pertama..hehe...nampak cantik dan rasa pun sedap. Terus minta resepi...

Kebetulan Sabtu lepas ada open house rumah member so saya buat kek ni untuk dibawa ke sana. Ni percubaan pertama, rupa tak cantik sangat. Next time kena cuba perbaiki lagi. Gambar pun tak edit sebab m***s. Kalau nak tengok yang lebih cantik dan menggiurkan boleh cari kat google image..



Macam biasa letak resepi supaya mudah nak rujuk bila nak buat lagi next time...

Pineapple Upside Down Cake

Bahan-bahan:
454g butter
1 setengah cawan gula castor
4 biji telur
2 tsp baking powder
2 2/3 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan jus dari can pineapple
1 tsp esen vanilla.
Beberapa kepingan nenas dalam tin, ikut design yang disukai
Glazed cherry.

Cara:
1. Pukul butter dan gula castor (butter cream)
2. Tambah 4 biji telur satu persatu dan esen vanilla.
3. Dalam mangkuk yang lain - ayak baking powder dengan tepung naik sendiri
4. Tambahkan campuran tepung+baking powder ke butter cream tadi sikit2 bergilir2 dengan jus dari can pineapple.
5. Panaskan oven 180 celcius dan cover baking tin dengan baking paper.
6. Tabur gula pasir, gula perang dan 2 tablespoon butter.
7. Masukkan dalam oven sampai caramelised. Ratakan caramel.
8. Susun nenas dan glazed cherry cantik2 dan masukkan semula dalam oven selama lebih kurang 10minit hingga nenas tu caramelised.
*Ingat nanti kita nak terbalikkan kek, so pastikan bahagian cherry yang licin berada di bawah.
9. Tuang adunan tepung tadi.
10. Bakar selama 30-40minit.
11. Bila dah masak, tunggu sejuk sedikit dan terbalikkan...

Kek yang dibuat di atas, menggunakan separuh adunan sahaja...

Sunday, 1 September 2013

Tips Menangani Anak

Just sharing, untuk panduan diri saya dalam mendidik anak-anak...
Sumber: Facebook

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.