Wednesday 8 June 2016

Ramadhan 1437H

Alhamdulillah tahun ini adalah tahun keempat kami berpuasa di perantauan. Sama seperti di Malaysia, kami mula berpuasa pada hari semalam 6/6/2016. Bezanya di sini tempoh masa puasa yang agak lama iaitu hampir 18 jam 44 minit. Waktu Subuh jam 2.46 pagi jadi terpaksa bangun awal pagi untul bersahur.

Hari pertama puasa Along, Aiman dan Nash dapat menghabiskannya dengan baik. Alhamdulillah. Kebetulan minggu ini adalah Enterprise Week di sekolah, di mana banyak aktiviti-aktiviti yang mereka perlu sertai di sekolah. Tema tahun ini ialah 'health and fitness' jadi sepanjang minggu ni pelajar cuma perlu berpakaian sukan ke sekolah. Tak payah pakai uniform.

Enjoying the sun..pegi sekolah naik scooter

Hari pertama puasa teacher buat panggilan kepada ibu bapa muslims bertanyakan status puasa anak-anak. Maksudnya diorang aware bahawa Ramadhan telah tiba. Mia kami bagi kelonggaran belum berpuasa tahun ini tambahan pula dia ambil school dinner. Tak nak pula pihak sekolah pandang serong macam kita paksa anak kecil berlapar untuk jangka masa yang lama dalam cuaca yang agak panas sekarang ni. Ada juga kawan-kawan yang teacher call tanya boleh ke nak bagi air kalau anak yang berpuasa dahaga. Rasanya diorang concern pasal kesihatan tapi tak nak memandai-mandai dalam hal yang melibatkan agama. Nash saya masih bekalkan water bottle dan sedikit makanan. Kalau dia rasa dia tak larat dan nak berbuka terpulang lah kat dia. Inilah cabaran yang ada bila kita berada di perantauan. Mendidik anak-anak berpuasa lebih mudah bila di negara sendiri bila hampir semua di sekeliling kita berpuasa.

Sejak seminggu yang lalu, kami ada tetamu yang datang dari Malaysia. Kawan kami semasa sama-sama di MRSM, Nije datang denga wifenya Rosma dan tiga orang anak. Kebetulan cuti sekolah di Malaysia sama dengan cuti anak-anak di sini, jadi kami telah merancang untuk bercuti ke Europe pada 31/5 hingga 5/6 yang lalu. Kami pulang betul-betul sehari sebelum puasa. Tiba di rumah lebih kurang jam 9 malam. Sempatlah berterawih pada malam yang pertama. Nije dan family hendak merasai pengalaman berpuasa di UK jadi mereka stay lagi beberapa hari. Malam ini mereka akan berangkat pulang ke Malaysia, InsyaAllah.

Mudah-mudahan kita sama-sama dapat merebut ganjaran di bulan Ramadhan ini.
Mohon maaf atas segala salah-silap.
Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.

No comments:

Post a Comment