Thursday 16 June 2016

Europe Trip Day 2: Eiffel Tower, Musee de Lourve, La Vallee Village

Hari ni dah 10 Ramadhan. Minggu ni saya berbuka dengan anak-anak je sebab Mr. Hubby menghadiri World Conference on NDT (WCNDT) di Munich, Germany. Semalam hari Rabu 16 Jun dia present oral paper. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Mengenali Mr. Hubby dari bangku sekolah (Form 4) saya berbangga dengan pencapaian dia sekarang..Dulu waktu sekolah, punya lah pekat loghat Klate, sampai dia refused nak ambik ujian lisan Bahasa Melayu untuk trial SPM..boleh macam tu???hahaha...English jangan cakaplah. Tak sangka bila dah kerja Mr. Hubby boleh buat presentation di international conference. 

OKlah. Sambung cerita trip ke Europe. Hari kedua 1 Jun 2016 selepas sarapan kami terus check out sebab dah nak keluar jalan-jalan. Tapi still boleh parking kat situ sampai pukul 12 tengahari sebab bayar parking per day. Kalau lebih kena caj for another day. Memandangkan kami tak punya banyak masa, jadi cuma sempat ke beberapa attraction sahaja. Kata Nije yang wajib adalah Eiffel Tower sebab anaknya Auffa memang nakkk sangat ke sana akibat terpengaruh dengan lakonan Mia Sara dalam cerita Strawberi & Karipap:)

Ambik gambar dulu depan Ibis Budget lepas checkout.

Kami berjalan kaki ke Metro Station yang terdekat iaitu station Porte d'Italie. Kami beli Paris Visite Pass Zone 1-3 untuk 1 Day. Susah nak tanya banyak sebab pekerja di kaunter tak boleh berbahasa Inggeris. Dari situ kami ambik Metro (line 6) untuk ke station Trocadero. Baca pengalaman dari blogger2 lain, view dari sini yang terbaik untuk tengok atau ambik gambar Eiffel Tower. Dari Trocadero Station, kami berjalan kaki ke arah dataran bangunan Palais de Chailotte. Di situ kami disambut oleh penjual-penjual souvenirs yang mula mendekati kami. Penat juga nak menolak, lepas sorang..sorang lagi datang. Di penjuru dataran, dah mula nampak Eiffel Tower. Tetapi oleh kerana hari sebelumnya hujan berpanjangan hingga ke malam, pagi itu pula cuaca mendung dan berkabus..Eiffel Tower tak nampak sampai ke puncaknya...Itu jer rezeki kami untuk hari tu..





Dengan Rosma

Dah puas bergambar kat situ kami menuruni tangga ke arah Jardine du Trocadero (Trocadero Garden). Di tengah-tengah garden yang cantik ni ada fountain yang dinamakan Fountain of Warsaw.


Water fountain

Cari rezeki dengan menjual souvenirs

 Eiffel Tower yang berkabus

Palais de Chailotte kat belakang tu..tempat ambik gambar tadi

Kami terus berjalan kaki dalam hujan renyai-renyai melintasi jalan ke arah Eiffel Tower. Untuk ke sana perlu menyeberangi jambatan yang merentasi River Seine. Pada hari tersebut kami dah nampak air dan mula naik. Tak sangka beberapa hari selepas itu Paris dilanda banjir iaitu dikatakan banjir terburuk di Paris selepas 30 tahun. Syukurlah pada hari kejadian kami dah keluar dari bandar Paris. Kalau tidak naya juga kalau terperangkap di sana.

River Seine & jambatan Pont d’léna 


 Kalau tak silap Cafe kat atas boat ni..apalah nasib dia selepas banjir hari tu..

Menyeberangi jambatan

Selepas menyeberangi Pont d’léna Bridge kami tiba di Eiffel Tower. Walaupun sampai agak awal di sana, tapi queue untuk naik ke puncak Eiffel Tower dah mula panjang berlingkar-lingkar. Kami just pusing-pusing ambik gambar kat bawah jer. Tertunailah hasrat anak-anak nak tengok binaan yang berusia 127 tahun tu. Kat bawah tu nampak beberapa orang askar/tentera sedang berkawal. Mungkin lanjutan daripada Paris Attack yang berlaku pada November 2015 mereka meletakkan anggota di tempat-tempat awam.





Tentera yang berkawal
 Kaki Eiffel Tower yang besar gedabak


Dari sana kami ke Metro Station Bir-Hakiem, lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Kami hendak ke Musee du Louvre (Louvre Museum) pula. Sekali lagi kami mengambil Metro dan berhenti di Station Palais Royal-Musee de Louvre. Keluar je dari station dah nampak bangunan muzium tersergam di depan mata. Ambil gambar di kawasan luar dahulu...




Louvre Museum adalah muzium yang terbesar di dunia. Di dalam muzium ini tersimpan lukisan tersohor 'Monalisa' hasil karya Leonardo da Vinci pada tahun 1507. Ia juga dikenali dalam penggambaran file 'Da Vinci Code'.


antara yang dipamerkan kat dalam muzium..scalptures

Kami tak masuk ke dalam muzium, cuma bergambar di kawasan sekitar. Dari luar masuk melalui satu pintu (ikut jer orang ramai2 masuk) akan bawa kita ke ruang tengah muzium yang ada piramid ni..

 Louvre Pyramid


Ada dua piramid, satu yang besar dan ini yang kecik.




Tengah sibuk nak ambik gambar tiba-tiba disapa oleh seseorang yang menawarkan diri untuk tolong ambik gambar. Mereka orang Malaysia yang berjalan bertiga, dua orang lelaki dan seorang perempuan...saya rasa macam kenal jer yang perempuan tu..rupanya bekas pelakon, Wan Khatijah. Dia datang bersama suami dan rakannya, merangkap jurugambar kot...baik jer dia ni..tak sombong. Dah jumpa retiss apalagi...ambik gambar la kan...

Tinggi Wan Khatijah ni

Berjalan dengan 7 orang budak-budak ni (4 anak kami dan 3 anak Nije) memang kena ikut mood diorang. Bila dah tengahari dah bunyi macam-macam. Sejuk lah...penat lah..laparlah semua ada. Jadi kami ambik keputusan untuk balik ambil kereta yang di parking kat hotel. Ambik semula Metro di station Palais Royal-Musee de Louvre.

Destinasi seterusnya ialah La Valle Village Designer Outlet, yang terletak kira-kira 30 minit dari hotel kami menginap. Dalam perjalanan tu kami berhenti di Aires (R&R) untuk lunch. Makan bekalan yang kami bawa. Di France ni motorwaynya ada banyak sangat R&R..kalau tak silap setiap 20km ada R&R besar yang ada stesyen miyak, cafe, kedai dll..tengok gambar di signboard untuk tahu apa facilities yang ada di R&R tersebut. Kami pilih R&R yang ada gambar play area dan ada tempat makan untuk berhenti. Kemudian sambung perjalanan ke La Vallee..

Basically outlet2 yang ada kat sini mcm Bicester Village juga. Cuma kata kawan2 harga kat sini murah sedikit sebab guna currency Euro berbanding £££ di UK. Jalan2 pusing2 tak jumpa yg rasa berbaloi nak beli. Sementara tunggu Nije & family menyopping, layan anak-anak makan macarons, confection yang famous kat French ni.

Selesai semuanya kami bertolak ke Troyes sbb dah booked hotel kat sana. Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam. Kali ini kami pilih jalan tanpa tol (maksudnya lalu jalan countryside la tu..) sebab bila compare sama je tempoh perjalanannya. Memang tak menghampakan sebab dapat tengok French countryside yang cantik di sepanjang perjalanan. Cuma masa awal-awal tu roundabout punya la banyak...mencabar juga bila memandu sebelah kanan ni. Beberapa kali Mr. Hubby lupa nak pandang kiri bila nak keluar roundabout sebab dah biasa kereta datang dari kanan. Bila dah banyak kali lalu roundabout tu dah rasa biasa..practice makes perfect!hehe..










No comments:

Post a Comment