Monday 7 March 2016

Dah Tiga Tahun

Pejam-celik, pejam-celik...3.3.2016 yang lalu genap tiga tahun kami merantau di Tanah Ratu. Sebelum datang ke sini rasa macam lama sangat tempoh tiga empat tahun tapi sekarang ni rasa cepat sangat pulak masa berlalu. Tinggal enam bulan lagi tempoh masa untuk mengutip pengalaman di negara orang.

Papa belanja hot chocolate di Costa sempena ulangtahun ketiga.

Sepanjang tiga tahun ni sudah pasti banyak kenangan pahit dan manis yang kami lalui. Semua tu adalah rencah kehidupan. Selain pengalaman yang tersimpan di memori, saya harap catatan di blog ini dan photobook-photobook yang dihasilkan sepanjang berada di sini dapat mengembalikan nostalgia anak-anak setelah kembali ke tanahair.


Tak sangka juga hari Jumaat lepas, snow turun lagi di Coventry seolah-olah meraikan ulangtahun ketiga kami di sini :). Snow in Spring -  sama macam tahun pertama kami datang. Walaupun tak lebat sangat, tapi anak-anak cukup excited nak bermain snow.




Mula-mula main depan rumah je tapi lepas tu Mr. Hubby ajak ke kawasan uni sebab katanya kat sana lampu lebih terang.


Sempat jugalah main snow fight kat sini..

Esoknya cuti sekolah jadi pagi2 lagi sambung buat snowman kat belakang rumah guna salji-salji yang masih berbaki.


'snowgirl' kata Mia. Hasil usaha Mia dan abang-abang.






No comments:

Post a Comment