Monday 17 June 2013

Shopping Makanan Asia di Birmingham

Di Birmingham ada satu superstore yang menjual pelbagai jenis Asian and oriental food iaitu di Wing Yip. Memang besar kedai ni.....macam2 barang dari Asia termasuk yang dari Malaysia pun ada. Kat sini la tempat kami beli stok2 barang utk masakan....Selain di Birmingham, Wing Yip ada jugak branch di Manchester.


*promosi percuma*

Kebetulan rempah kari daging kat rumah yang dibawa masa mula2 datang dah abis; tu yang aku ajak Mr. Hubby datang sini. Nak tunggu family poskan, kos postage lebih mahal rasanya....Oleh kerana jarak ke Birm dalam 45minit dari Coventry jadi bila datang tu memang borong banyak2 sebab malas nak datang banyak kali....sesetengah barang mcm kicap kipas udang dan sos cili Maggi, di kedai cina coventry pun ada...tapi rempah kari from Malaysia tak ada kat situ. Di Wing Yip ada jual rempah kari Adabi (Babas tak de), kicap Adabi, sos nasi goreng Nona, Sardin Ayam Brand. Kat sini juga kalau nak cari daun pandan, lengkuas, agar2 kering, pau kukus (made in Malaysia), telur masin, tauhu dan lain2...

Yang tak ada kat sini ialah daun kunyit..Jadi kpd kawan2 yang baru nak datang UK dan suka masak guna daun kunyit, sila bawak banyak2 untuk buat stok (frozenkan). Lada kering kat sini pulak pedas giler...dulu kawan dah pesan sebelum datang, jadi kami bawak seguni lada kering..ha ha..lebih kurang 5kg. Tapi ok lah sebab lada kering bukan berat pun...Lagi satu ikan bilis pun elok buat stok banyak2 sebab susah nak cari dan kalau ada pun kualiti tak sama macam yang kat Malaysia....penting tu nak makan dengan nasi lemak! :)

Sesetengah barang pula macam santan Chaokoh, harganya lebih murah di sini berbanding di kedai2 di Coventry...jadi kami terus borong satu kotak (26 tin) untuk buat stok...kami dah try macam2 brand lain untuk santan, tapi rasanya santah Chaokoh yg paling elok nak guna utk masak...

Penuh satu troli borong barang makanan kat sini. Yang tak bestnya kalau shopping kat Tesco, satu troli pun biasanya GBP50-60 jer, atau mungkin kurang drpd tu...tapi kalau kat Wing Yip ni penuh troli confirm la lebih GBP100 punya...memang la harga mahal sket dari barang tempatan di sini, tapi dah memang tekak dan selera Malaysia nak buat macam mana kan?...tak larat pulak nak makan spagetti, cheese hari2...

Siap shopping kami lunch nasi Arab di Mindi House. Kemudian beli ayam halal dan beberapa keperluan lain di Al-Halal Store, Small Heath, Birmingham...Sebelum balik kami ke kedai buku di Coventry Road untuk beli Al-Quran besar utk anak2. Yang kami bawa dari Msia saiz kecik, susah sket diorang nak baca.....Di Coventry Road ni memang byk kedai2 middle east esp. Pakistan...sbb tu Mr. Hubby gelar area ni sbg 'Karachi UK':)..

No comments:

Post a Comment