Friday 7 June 2013

Sekolah di UK - Enterprise Week

Hari ni hari terakhir Enterprise Week di Templars Primary School. Enterprise Week ni bertujuan untuk develop skill pelajar2 termasuk team work, creative thinking, marketing dll.

Sepanjang minggu ni macam-macam aktiviti dibuat di sekolah. Hari Selasa lepas adalah Dress Up Day. Budak2 ni dikehendaki pakai pakaian mengikut apa cita2 diorang bila besar nanti...Seronok tengok bermacam ragam datang sekolah pakai baju doktor, nurses, bomba, army, footballers dll...Yang budak girls pulak ramai yang datang pakai baju princess...hahaha...tapi mama pulak lupa bawak phone pd hari Selasa tu so x dapat nak capture gambar2 diorang.....

Untuk minggu ni juga diorang kena reka cipta sesuatu untuk dijual pada hari terakhir (hari ni). Jadi tiap2 kelas kena merancang aktiviti, design, buat dan iklankan produk2 mereka di bawah bimbingan guru kelas masing2. Iklankan tu maksudnya buat posters la...macam2 poster digantung/tampal di sekeliling kawasan sekolah. Sehari sebelum hari jualan ibu bapa dijemput datang gerai2 di setiap kelas...dapat tengok hasil kreativiti diorang....

 Kelas Danish (Reception) buat play doh ice cream & placemat 


 Kelas Aiman buat Danglers

Kelas Aliff buat car-stickers

 Aiman dgn poster yang dia buat


 Door hangers


Hari ni diorang kena datang sekolah wearing their best dress sbb nak berniaga...So kena bagi good impression la kononnya....Jual kat kawan2 sekolah juga..tapi at the end of the day parents dijemput datang tengok dan boleh juga beli barang2 jualan. Diorang buat bersungguh2 sebab pada perhimpunan hari Isnin nanti akan diumumkan kelas yang dapat kutipan paling banyak....



 Aliff beli ni untuk papa..."Number 1 Dad"...


Danish di stall kelas dia...

Kelas sape la yang menang agaknya ye?..:)

4 comments:

  1. bestnya.
    patut dkt sini pun dah start buat mcm ni...lebih bnyk yg diaorg akan belajar bila buat aktiviti2 mcm ni

    ReplyDelete
  2. haah...best kan?
    budak2 pun seronok & enjoy:)

    ReplyDelete
  3. Seronok baca pgalaman awak menguruskan anak2 sekolah di sana...saya sbg cikgu di malaysia kagun dengan aktiviti sekolah dan sistem pengurusan kelas disana..murid malaysia terbeban sebab banyak subjek nak belajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, anak-anak lebih enjoy sekolah di sini, tak perlu bawa beg berat dan kurang homework...

      Delete