Tuesday 14 May 2013

Stay-at-home Mom

Sebelum datang sini aku sebenarnya ragu2 mampu ke aku jadi stay at home mom..kenapa??ye la...kat sini aku takde gaji masa kat Msia aku ni jenis independent. Apa yang aku boleh buat sendiri semua aku uruskan. Dari groceries shopping, settlekan bil2, renew lesen/roadtax/insurance keta aku dan hubby atau apa saje lah....Ada keta sendiri so senang nak bergerak ke sana ke sini. Kalau rasa stress dgn study esp. lepas kena bebel dengan supervisor, boleh kuar sorang2 gi retail therapy jap...atau gi spa/facial...atau gi massage...Paling kurang pun bila rasa otak dah beku tak de idea nak tulis thesis aku gi kat Julius Centre UM,  kat dept aku tu...kat situ ramai budak2 Master/PhD/DrPH so boleh tukar2 idea...atau sesi meluahkan perasaan....aku jarang gi sana, lebih kurang seminggu sekali jer sebab aku umah aku kat Nilai...kalu nak gi sana tiap2 hari x kuasa aku nak ngadap traffic jam yang sangat teruk lepas tol Sg. Besi tu....jadi lepas abis collect data, aku lebih suka buat keje di Library Awam Bangi. Supervisor aku x kisah janji every 2 weeks htr progress report kat dia....

Kat sini tiap hari memang aku dok rumah jer la..paling hebat pun gi hantar anak sekolah. Sebab tu aku memang tunggu2 weekend sbb tu jer peluang dapat jalan2 dan kadang2 jumpa kwn2 Malaysian. Ceh!...macam budak kecik jer suka jalan2 hahaha...

Tapi apa yang aku appreciate kat sini, aku rasa lebih close dgn anak2 aku.....Mungkin sebab tiap hari aku yang masakkan untuk diorang 3-4 kali sehari...dan sambil berjalan pegi/balik sekolah kami berbual apa saje..Tentang kawan, cikgu, sekolah, pendapat2 diorang tentang life kat sini vs kat Msia dll....Dengan Mia lagilah...sebab aku 24jam dok dengan dia...Anak aku yang no.3 si Danish berkali2 dok ulang cakap kat aku..."Nash suka kat sini, sebab mama x pegi work. Nash saayang sangat mama..." sambil peluk-peluk aku...Auuwwww...terharu you!

Mia pulak jenis yang suka cakap sweet2...tiap hari pat-lima belas kali dia akan ulang..."Mama comey", "Mama cantikk", "Mama baikkk sangat", dan bermacam-macam kata pujian yang buat hati aku kembang setaman....Kalau kiss aku tu sekali kiss kat 5-6 tempat kat muka sampai rasa penuh muka aku ngan air liur dia..hahaha

Dulu kalo weekdays aku cuma ada beberapa jam jer sehari dgn diorang. Sampai rumah dah dekat pukul 6ptg, pastu pukul 9mlm diorang dah kena tidur..aku rasa ini situasi yang biasa dihadapi oleh mak2 yang bekerja kan?

Tu la..kita tak akan dapat semua mende yang kita nak. Tapi kita kena appreciate apa yang kita ada. Kena selalu look at the positive side. InsyaAllah aku akan manfaatkan masa yang aku ada ini sebaik2nya...Sebab bila aku balik bekerja semula nanti aku dapat rasa tanggungjawab aku akan bertambah berat sebab dah tambah satu paku kat bahu...Aku bersyukur kerana Allah pinjamkan masa ini untuk aku..iaitu masa anak-anak tengah membesar. Jadi InsyaAllah aku akan didik mereka dengan acuan kami sendiri.

Aku harap bila diorang dah dewasa nanti diorang akan ingat apa sahaja yang aku buat dengan diorang. Sebab apa jer kenangan yang kita buat masa kecik dengan mak, kita mesti slalu ingat betul tak?...walaupun kecik, tapi pasti tinggalkan kesan yang besar pada kita.....



I luv you kids!


No comments:

Post a Comment